Hari Pertama Kerja di Tempat Baru - Lovely Sunshine Hari Pertama Kerja di Tempat Baru

Hari Pertama Kerja di Tempat Baru

HARI PERTAMA KERJA DI TEMPAT BARU | Assalamualaikum. Pada 15 Januari yang lalu, Mya perlu lapor diri di JPWPKL. Lapor diri sebagai pembantu makmal sekolah menengah. Pada mulanya, Mya ingatkan lapor diri ini selesai dalam masa satu hari sahaja. Rupa-rupanya taklimat lapor diri dijalankan selama 2 hari sebelum diberi penempatan. Mya harap-harap sangat dapat sekolah berdekatan dengan rumah dan mempunyai public transport.

Hari Pertama Kerja di Tempat Baru
 
Mya mendengar 3 slot taklimat pada hari pertama dan 2 slot taklimat pada hari kedua. Taklimat berkenaan dengan kerja sebagai penjawat awam, tatatertib, latihan, skop kerja dan cuti. Memang terlalu banyak untuk dihadam. Penjawat awam yang dilantik baru ialah pembantu makmal, pembantu pengurusan murid dan pembantu operasi.

Tarikh lapor diri merupakan tarikh lantikan pertama. Terdapat banyak perkara perlu diselesaikan. Selesai sahaja taklimat yang diberikan selama 2 hari. Penyampaian surat penempatan daripada JPWPKL sangat mendebarkan. Lebih-lebih lagi perlu menaiki pentas. Dengan baju kurung, terkedek-kedek Mya berjalan.

Alhamdulillah, Mya ditempatkan di SMK Taman Connaught. Tidak berapa jauh dari rumah cuma public transport agak jauh dari sekolah. Lesen pula tak ada. Entah bila nak amik. Kena paksa diri ni. Semalam ialah hari pertama di Taman Connaught. Sekolahnya agak besar berbanding sekolah Mya dulu. 

Di antara pembantu makmal yang hadir ke JPWPKL, 2 orang termasuk Mya mendapat SMK Taman Connaught. Yeah!! Ada buddies. Walaupun berbeza sesi. Sambutan di sekolah juga sangat baik daripada pengetua, guru mahupun staf. Syukur sangat-sangat. Tapi Mya perlu sesuaikan diri dulu. Mya ni pemalu orangnya. Mengambil masa tapi tidak lama.

Sekolah ini ada 8 makmal sains. 3 makmal sains tulen, 2 makmal sains teras dan 3 makmal menengah rendah. Memang besar dan banyak yang perlu dipelajari. Syukur alhamdulillah, senior di setiap makmal sedia tunjuk ajar kepada Mya dan rakan. Mya perlu belajar dari buku Sains tingkatan 1 hingga 5. I'm back to school. 

Mya harap dapat jauhkan diri dari STRESS. Go away! Leave me ALONE. Kena banyak bersabar dan slow-slow dalam menyediakan bahan eksperimen. Takdelah slow sangat. In sha allah, Mya cuba terbaik dan berusaha dalam melakukan setiap kerja dengan ikhlas. Aamin.

That's all for today.

Lot's of love,
MYA ROSLI <3

Post a Comment

9 Comments

Terima kasih atas komen yang diberi.
Mya akan blogwalking ke blog anda semula.