Lovely Sunshine #1 | Alexa Rank - Lovely Sunshine Lovely Sunshine #1 | Alexa Rank

Lovely Sunshine #1 | Alexa Rank

LOVELY SUNSHINE #1 ALEXA RANK Assalamualaikum. Hari ini Mya nak update entri pasal Alexa rank. Alexa rank ini mencatat ranking semua website di negara dan dunia. Mya mula mengenali Alexa rank pada tahun pertama Lovely Sunshine dibuat. Mya mengenali Alexa rank daripada rakan-rakan blogger. Sejak mengenali Alexa rank, Mya mencuba untuk melihat ranking blog Lovely Sunshine.

Dari situ, Mya berfikir mungkin blog ini masih baru lagi. Perlu tingkatkan usaha dan update entri dengan banyak. Mya mula belajar lebih lagi tentang blog dan cara untuk meningkatkan rank blog. Apabila terlalu fokus dengan entri dan kerjaya, Mya sememangnya lupa tentang Alexa rank. Selepas setahun, iaitu hari ini. Mya teringin nak melihat ranking Lovely Sunshine di Alexa. Itupun selepas melihat entri blogger lain mengenai Alexa rank. So, inilah keputusannya.

Lovely Sunshine #1 - 12 Januari 2019

Lovely Sunshine #1 | Alexa Rank
Lovely Sunshine #1 

Alhamdulillah. Usia blog Lovely Sunshine nak masuk 2 tahun. Walaupun ada peningkatan di dalam rank, Mya masih lagi mencuba untuk terus update entri. Buat masa sekarang, Mya kekurangan idea dan masih mencari topik dan isi yang sesuai.

Mya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan blogger dan pembaca yang sudi meluangkan masa di Lovely Sunshine ini. Tanpa anda, Lovely Sunshine mungkin menjadi personal diary. Hehehe. Mya harap anda terus menyokong tidak kira di mana pun anda berada. Mya pun tidak akan lupa untuk menyokong rakan blogger yang lain.

Itu sahaja untuk hari ini.

Yang ikhlas,
Mya Rosli

Post a Comment

11 Comments

Terima kasih atas komen yang diberi.
Mya akan blogwalking ke blog anda semula.