Maggi Pedas Giler Tom Yummz - Lovely Sunshine Maggi Pedas Giler Tom Yummz

Maggi Pedas Giler Tom Yummz

MAGGI PEDAS GILER TOM YUMMZ | Assalamualaikum. Maggi Pedas Giler ialah salah satu keluaran Maggi. Mi goreng segera yang kepedasannya setanding dengan Samyang. Pertama kali Mya makan masa orang lain sibuk buat maggi pedas giler challenge. Nak juga buat challenge tapi tak ada partner in crime. Masa mula-mula Maggi Pedas Giler ni dikeluarkan, ada dua perasa je iaitu Tom Yummz dan Ayam Bakar. 

Maggi Pedas Giler

Disebabkan Maggi Tom Yam adalah favourite Mya. Mya pilih Maggi Pedas Giler Tom Yummz. Mya sebenarnya bukan boleh makan pedas banyak sangat. Nanti gastrik, siapa susah. Nak merasa sangat, Mya beli satu dan kongsi dengan mak dan adik beradik. Bila bercakap pasal pedas ni, Mya laa orang yang pertama give up. 

Maggi Pedas Giler Tom Yummz ni sedap, rasa tomyam dia memang kaw dan begitu juga dengan rasa pedas. Rasa masam dalam maggi membuatkan Mya nak makan lagi dan lagi. Mya lebih sukakan Maggi Pedas Giler dari Samyang. Samyang sedap tapi tahap kepedasan terlalu keterlaluan buat Mya.

Maggi Pedas Giler Tom Yummz

Akhirnya, Mya dapat juga makan Maggi Pedas Giler Tom Yummz selepas craving tengok post orang. Hehehe. Tapi kan untuk yang kali kedua ni, dia dah tak rasa pedas dan masam tomyam je yang lebih. Selalunya sebelum ini, baru makan beberapa suap dah cari air, tapi kali ini tak pula. Adik pun makan selamba je, selalu dia pun cari air juga.

Apa-apa pun hajat nak makan Maggi Pedas Giler tercapai. By the way, Mya perasan ada perasa terbaru masa pergi membeli. Perasa Seafood Berapi katanya. Walaupun ada perasa terbaru, pilihan Mya tetap Tom Yummz. Tangy version.

Terima kasih.

Lots of Love,
Mya Rosli

Post a Comment

6 Comments

  1. makan maggi ni..pedas dia rasa nak tampar org jer..haha

    ReplyDelete
  2. Saya jarang makan maggie, tapi kalau bihun pama 3 bungkus sekali makan...
    #jmbelog

    ReplyDelete
  3. tulah, sekarang ni ramai pula buat challenge maggi pedas giler. kena beli satu ni! betul ke pedas giler? heheee

    ReplyDelete
  4. x minat instant noodles tpi makan jugakla. yang ni ada cuba ritu sikit.
    surrender hhaha..

    ReplyDelete
  5. Dulu suka pedas. Skrg perut dah tak boleh terima sangat.

    ReplyDelete
  6. Tak berani nak cuba.. perut tak tahan..

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen yang diberi.
Mya akan blogwalking ke blog anda semula.