Lovely Sunshine #2 | Alexa Rank - Lovely Sunshine Lovely Sunshine #2 | Alexa Rank

Lovely Sunshine #2 | Alexa Rank

LOVELY SUNSHINE #2 ALEXA RANK | Assalamualaikum. Hari ini Mya nak tunjuk ranking Alexa untuk bulan Februari pula. Better buat bulanan daripada tahunan. Jenuh nak menunggu tahun yang belum tiba. Mya nak lihat ada peningkatan atau penurunan dari bulan lepas. 

Alhamdulillah, Mya tak ada masalah dalam membuat entri tetapi dari semasa ke semasa. Jika ada kelapangan dan idea yang mencurah-curah. Bila idea dah mencurah, memang Mya akan draft dan scheduled. Supaya tidak terlupa di kemudian hari. Tapi kalau tak berupdate tu maksudnya tak ada idea atau tiada masa sepanjang minggu bekerja.

Tapi kadangkala, idea sentiasa ada. Buat draft separuh tapi berhenti tengah jalan. Nak bagi entri panjang dan sedap dibaca kadang-kadang makan masa juga. Ada sekali tu, draft punya panjang menjela. Tapi lupa save pulak. Bila nak buat balik, ayat yang tadi hilang entah kemana. Terpaksa buat ayat baru.

Kadang-kadang idea dan susunan ayat datang sekali je. Hilang sekali, hilang untuk selama-selamanya. Semenjak berkerja waktu pagi dan rehat pula pada waktu malam. Mya tidak lagi menulis draft di dalam buku. Segala idea dan draft setiap entri akan Mya tulis di Diary app. App ini asalnya khas untuk personal diary. Tapi entahlah. Mya lebih suka tulis draft kat sini. Ada idea je terus tulis. Dah siap draft, copy paste kat blogger dan publish. Hehehehe. Dah siap satu entri. Macam entri ni.

Okaylah ini adalah world ranking dan Malaysia rank untuk bulan Februari ini.

Lovely Sunshine #2 - 23 Februari 2019

Lovely Sunshine #2
Lovely Sunshine #2

Alhamdulillah, walaupun ranking Malaysia turun sebanyak 18 497 disebabkan bulan ini tidak terlalu aktif berbanding bulan lepas. World ranking bagi blog Lovely Sunshine meningkat sebanyak 1 361 382. Ini adalah atas sokongan pembaca dan rakan blogger yang sentiasa menyokong Lovely Sunshine. Ribuan terima kasih Mya ucapkan. Saranghae <3


Lot's of love,
Mya Rosli

Post a Comment

1 Comments

Terima kasih atas komen yang diberi.
Mya akan blogwalking ke blog anda semula.