What A Holiday Part III - Lovely Sunshine What A Holiday Part III

What A Holiday Part III

WHAT A HOLIDAY PART III | Assalamualaikum. Di kesempatan cuti selama seminggu ini, ada juga orang yang mengambil cuti selama seminggu dan ada yang sehingga Tahun Baru Cina sahaja. Tapi tidak bagi ayah dan Mya, kami terpaksa bekerja seperti biasa pada hari Isnin, Khamis dan Jumaat. Apa yang Mya dan partner buat di sekolah semasa cuti sekolah ialah mengemas bilik persediaan makmal terutamanya bahagian kipas. Dah berapa lama agaknya tak dibersihkan. Berdebu macam dah bertahun-tahun tak dibersihkan.

WHAT A HOLIDAY

Selepas itu, kami melengkapkan keceriaan makmal dan bilik persediaan dengan menampal visi, misi, falsafah dan carta organisasi sekolah. Ada senior pembantu makmal bagitahu, bilik persediaan ini akan lagi banyak nyamuk apabila cuti sekolah. Mentang-mentang budak sekolah tak ada, kitorang pulak jadi mangsa. Makin teruk kulit kena gigit nyamuk. Dah spray Ridsect pun tetap ada lagi.

Shif pada cuti sekolah ialah 7.30 pagi hingga 4.30 petang. Apabila sekolah buka seperti biasa shif aku akan kembali seperti biasa iaitu 9.45 pagi hingga 6.45 petang. Shif ini akan kekal selama 2 tahun sebelum semua pembantu makmal dirotate supaya dapat belajar ilmu sains dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 termasuk Sains Tulen. Boleh bangun lewat sedikit tapi nak menunggu Cikgu habis kelas, lamalah juga. Kadang-kadang sampai rumah pun dah pukul 7 lebih.

Pada hari Isnin yang lalu, selepas balik kerja Mya terus merehatkan badan sebelum mandi. Mya langsung tidak menahu tentang rancangan balik kampung. Pada malam itu juga, selepas selesai makan malam, ayah mengajak kami untuk balik ke kampung. Apalagi, terus siap-siap packing termasuk laptop. Laptop tak boleh tinggal. Peneman waktu malam. Bertolak dari rumah dalam kul 8.30, ada juga lah sesak sikit dekat lebuhraya. Adik Mya yang menjadi driver dan ayah menjadi co-driver. Agak-agak bila Mya nak jadi driver ni? Dah kena amik lesen ni. Dah jadi satu keperluan sebab dekat sekolah tak ada bas yang lalu berhampiran dengan rumah. 

Kami sampai di kampung pada pukul 10.45 malam. Kami hanya menyapu di bilik tidur dan ruang tamu bagi persiapan tidur. Kami mengeluarkan barang di dalam kereta. Mya terlalu mengantuk dan ingin masuk tidur. Mya solat Isyak dulu sebelum tidur. Tetapi kena pastikan ada cahaya sedikit masuk ke dalam bilik. Kalau tak, Mya tak boleh tidur. Then, Good Night.

Apa yang Mya akan lakukan sepanjang cuti Tahun Baru Cina kali ini ya? Nantikan di entri Tahun Baru Cina yang seterusnya.

See ya.

Love,
Mya Rosli

Post a Comment

1 Comments

  1. kalo pasang ubat nyamuk yang lingkaran tu xleh ke ? itu kalo bakar lagi berkesan dari spray. time2 nyamuk degil ni dia nak yang asap tu jugak..

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen yang diberi.
Mya akan blogwalking ke blog anda semula.