Minggu Sains dan Matematik Bahagian Satu - Lovely Sunshine Minggu Sains dan Matematik Bahagian Satu

Minggu Sains dan Matematik Bahagian Satu

MINGGU SAINS DAN MATEMATIK BAHAGIAN SATU | Assalamualaikum, Hari ini baru berkesempatan nak update entri terbaru. Pada minggu lepas, sekolah di mana Mya bekerja mengadakan Minggu Sains dan Matematik. Mya sebagai pembantu makmal turut terlibat dalam membantu menyediakan aktiviti-aktiviti yang terlibat. Minggu yang seronok tapi memenatkan.

Minggu Sains dan Matematik Bahagian Satu

Minggu Sains dan Matematik ini berlangsung selama seminggu dari 8 April sehingga 12 April 2019. Pelbagai aktiviti yang dijalankan. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah Explorace Sains, Parachute, Roket Air, Sudoku dan Origami. Sebagai pembantu makmal, kami terlibat dalam aktiviti Explorace Sains. Penggunaan makmal sains sepenuhnya bagi aktiviti ini membuat kami berinteraksi secara langsung dengan pelajar yang terlibat.

Explorace Sains mempunya 8 stesen setiap makmal. Setiap stesen mempunyai aktiviti dan cabaran yang diberi. Di stesen pertama, pelajar perlu mengenal pasti radas eskperimen yang disediakan. Di sini kita menguji ingatan pelajar dalam mengenal pasti radas. Setiap radas yang disediakan telah dipelajari sejak tingkatan 1 lagi. Radas yang dipamerkan ialah burette, balang gas, rak tabung uji, bikar 2000ml, tabung didih, penunu Bunsen, tungku kaki tiga, picagari, corong turas dan piring sejat. 

Setelah selesai menjawab di stesen pertama, pelajar pergi ke stesen kedua untuk cabaran Who I Am. Untuk cabaran ini, kami meletakkan pelbagai jenis barang ke dalam kotak hitam. Pelajar hanya perlu memasukkan tangan dan meneka barang yang disentuh tanpa melihat. Ramai pelajar menunjukkan sifat keberanian dan ada juga yang penakut. Mungkin disebabkan barang-barang yang ada di dalam kotak hitam tersebut ialah permainan plastik; labah-labah, lipan, ular, kala jengking, dan telur. Selain itu juga, terdapat bateri, gelang getah, bola ping pong, marker pen dan span. Ada juga pelajar yang mengeluarkan barang tersebut untuk suka-suka.

Minggu Sains dan Matematik Bahagian Satu

Seterusnya, stesen ketiga; meneka larutan yang disediakan sama ada asid, alkali dan neutral menggunakan penunjuk universal. Di stesen ini, pelajar diberi tabung uji beserta label A, B, C, D dan E. Setiap tabung uji yang dilabel perlu diisi larutan yang disediakan mengikut label masing-masing. Mereka perlu meneka asid dan alkali setiap larutan berdasarkan perubahan warna. Jika berwarna merah dan oren, larutan adalah asid. Manakala biru dan ungu adalah alkali. Satu-satunya warna neutral adalah hijau. Larutan yang disediakan ada lima iaitu cuka, sodium hydrogen, air garam, air soda berkarbonat dan air kapur. Pelajar paling suka di stesen ini kerana gabungan warna setiap campuran akan berubah bila bercampur dengan larutan lain. 

Kemudian, stesen Don't Let Me Go. Di sini belajar tentang tekanan air melalui eksperimen cawan polisterin dan kadbod. Pelajar perlu mengisi air di dalam cawan separuh penuh. Letakkan kadbod di atas cawan dan terbalikkan cawan tersebut. Kemudian tekapkan cawan sedikit, dan pegang cawan supaya tidak terlepas. Lepaskan tangan yang memegang kadbod. Buat pemerhatian berdasarkan hasil eskperimen. Di sini pelajar perlu membulatkan jawapan yes atau no. Eksperimen yang dihasilkan memberi pelajar jawapan yes. Cawan akan terus melekat di kadbod walaupun tangan telah dialihkan. Tapi jangan alihkan tangan dekat cawan pula. Habis basah meja yang digunakan. Pastikan pelajar lakukan di dalam sinki, bukan di atas meja. 

Pelbagai ragam pelajar yang boleh Mya lihat sepanjang minggu Sains dan Matematik. Nak tahu tak berapa banyak kelas kitorang handle sepanjang minggu sains dan matematik. 1 tingkatan ada 12 kelas. SMKTC ini ada 5 tingkatan. So, 5 x 12 = 60. 60 kelas termasuk sesi petang. Cuba bayangkan pula 1 kelas, 30 orang. 30 x 60 kelas = 1800. Itupun plus minus yang tak hadir dan tak sempat masuk makmal. Memang penat. Dari pagi hingga petang. 

Setakat ini sahaja entri kali ini. In sha Allah, Mya sambung entri untuk 4 stesen lagi dalam minggu ini juga. Mya akhiri entri ini dengan serangkap pantun:

Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong ajarkan.

Yang Ikhlas,
Mardhiyyah Rosli

Post a Comment

2 Comments

Terima kasih atas komen yang diberi.
Mya akan blogwalking ke blog anda semula.