My Life Journal Part One

16:30


Assalamualaikum,

My Life Journal Part One


Actually, hari ini Mya nak bandingkan antara journal app dengan  jot down journal. Mya harap tak ada sesiapa terasa ya. Ini pandangan Mya sendiri. Zaman sekarang, kita boleh lihat pelbagai aplikasi (jurnal) seperti food tracker, calorie tracker, weight tracker, planner, diary dan to do list. Kadang-kadang bila iklan app ini lalu di timeline sosial media, rasa macam nak install la. App sekarang mudah, tak perlu nak conteng banyak-banyak. Isi yang penting je 

Tapi kita tak boleh harapkan app sangat. Macam Mya sebelum ini, macam-macam app Mya install antaranya; period tracker, to-do list app, savings account app, diary, fitness tracker dan calorie tracker. Yang masih lagi hidup dalam smartphone Mya cuma tinggal period tracker dengan diari sahaja. Period tracker tu jangan cakap la, memang penting untuk semua wanita. Benda yang sudah dijangka, boleh prepare awal-awal. 

Macam diari tu pula, mula-mula fikir nak jadikan personal diary. Tempat luahkan perasaan. Tapi lama kelamaan jadi tempat buat draft entri blog. Apa-apa idea yang terlintas dekat kepala, terus tulis kat sini. Jadi ke tak jadi tu belakang kira. Kadang-kadang seronok bila baca entri yang dah publish. Menaikkan semangat untuk terus berblogging walaupun bulan Mac agak sendu.

Manakala app yang dah uninstall, pakai sekejap je. Lepastu, jarang update pula tu. Benda-benda macam ini kena konsisten, baru nampak perubahan. Macam Mya ni kena struggle dulu, baru boleh fokus satu benda. Kena paksa, cari semangat baru boleh buat. Kalau tak, hangat-hangat tahi ayam. Bagi jot down jurnal pula, memang banyak collection tapi yang betul-betul guna berapa kerat je. 

Masa Mya menganggur dulu, ada buku resepi, buku blog, buku Nurraysa dan diari. Tak tahulah kenapa mesti ada diari, banyak sangat masalah agaknya. Buku resepi itu Mya catatkan resepi yang Mya nak masak dan yang dah cuba masak. Buku resepi tu ada lagi cuma dah comot je. Asyik kena bahan masakan aje. Mana tidaknya, sentiasa bawa buku resepi bila memasak. Lebih-lagi bila buat tat telur. Walaupun dah buat banyak kali, mesti lupa.

Buku blog semestinya untuk blog. Idea-idea, draft, design blog, dan apa-apa yang berkaitan dengan blog. Password untuk setiap akaun yang ada atas talian sekali. Dulu lagi banyak password, mungkin tak berapa nak matang. Semua benda nak kena ada. Apa yang orang ada, kita pun nak. Tapi sekarang, mana yang penting je kita simpan. Yang tak penting, nak delete tak boleh. Sebab lupa password. Hehehe. Bila nak recover balik, banyak pula procedure dia. Recover untuk buang benda yang tak patut. Idea blog pula, tengok keadaan. On the spot, diary app la tempatnya. Yang kena rangka isi, ayat tip top tu, jurnal la tempat contengnya. 

Buku Nurraysa pula mestilah berkaitan dengan produk Nurraysa. "Apa sa? Nurraysa." - tagline Nurraysa yang sudah dikenali ramai. Buku ini Mya tulis customer database; maklumat  diri customer, produk yang selalu customer beli dan harga jual setiap produk. Mya juga menulis setiap komisen yang Mya terima untuk setiap pembelian. Alhamdulillah most customer adalah dari sanak saudara walaupun jualan tak selebat orang lain.

Mya masih lagi menyimpan buku-buku diatas serta beberapa buah jurnal tambahan antaranya buku agama, jurnal self-care, jurnal weight loss, buku savings dan buku to-do-list. Nak tahu apa kandungan setiap buku yang disebut dan apa punca Mya mengumpul buku-buku ini. Nantikan bahagian kedua My Life Journal.

Yang Ikhlas,
Mardhiyyah Rosli

You Might Also Like

0 comments

Assalamualaikum..
Selamat berkenalan.
Sila komen dengan perkataan yang baik-baik sahaja.
Terima kasih.

Total Pageviews

Top Comments

Shoutbox

Sila tinggalkan link anda di profile atau di ruangan mesej. Mudah untuk saya blogwalking ke blog anda.