Bermalam di Sri Petaling Menjadi Pilihan - Lovely Sunshine Bermalam di Sri Petaling Menjadi Pilihan

Bermalam di Sri Petaling Menjadi Pilihan

BERMALAM DI SRI PETALING MENJADI PILIHAN | Assalamualaikum, Pada zaman berteknologi sekarang ini, keadaan di kawasan bandar semakin sesak. Dengan populasi penduduk yang semakin bertambah, ramai orang tinggal di kawasan bandar kerana peluang pekerjaan yang tinggi. Tetapi ada juga di antara kita yang suka tinggal di pinggir-pinggir kota untuk elakkan stress dari menghadap segala jenis kesesakan lalu lintas yang ada di bandar. 

Macam mana kalau tiba-tiba, korang ada kerja di kawasan bandar, ada meeting ke atau ada urusan yang tidak dapat dielakkan. Tapi dalam masa yang lama, korang malas nak drive jauh-jauh semata-mata satu meeting. Semestinya korang plan nak rehatkan badan selepas meeting kan? Haa ni Mya nak share pasal hotel yang korang boleh bermalam terutamanya jika korang ada urusan dekat area Sri Petaling.

Mula-mula korang Google je Sri Petaling hotel booking, korang akan jumpa banyak pilihan hotel yang korang boleh bermalam di Sri Petaling. Kawasan Sri Petaling ini berdekatan dengan Putrajaya, Sepang International Circuit, Kuala Lumpur International Airport (KLIA) dan Stadium Bukit Jalil. Pengangkutan awam seperti LRT Sri Petaling juga ada kalau korang nak menaiki kemudahan awam. Banyak juga kemudahan lain yang telah disediakan di sini. Jika korang ada urusan kerja atau meeting di Putrajaya yang melibatkan pejabat kerajaan, korang boleh sahaja bermalam di hotel area Sri Petaling ini. 

Jika korang jenis yang minat sukan pula, bolehlah tengok pelbagai aktiviti sukan di kawasan Bukit Jalil. Tidak mengambil masa yang lama pun untuk pergi ke Bukit Jalil dari hotel yang korang tinggal. Sebab memang dah dekat sangat pun. Nak tengok moto GP pun dah kira okay, kalau bermalam di Sri Petaling. Pelbagai aktiviti yang korang boleh buat, tak perlu drive jauh-jauh, cuma bermalam sahaja di hotel Sri Petaling. Korang boleh buat cheap Hotel 99 Sri Petaling booking or hotel-hotel yang lain macam Hotel Sri Petaling, EV World Hotel, B-Lot Hotel dan banyak lagi ikut bajet dan keperluan korang.

Bermalam di Sri Petaling Menjadi Pilihan
Credit: Google

Hotel Sri Petaling ini boleh dikira selesa sebab bahagian pengurusan memang jaga kebersihan hotel dan bilik yang selesa. Hotel ini juga berdekatan dengan Bukit Jalil dan Stesen LRT. Mudah untuk korang nak bersiar-siar area Sri Petaling. Korang juga boleh dapat bilik yang ada view yang menarik jika bernasib baik. Jika korang ada perancangan untuk bermalam di Sri Petaling, Mya nak cerita lebih detail pasal Bukit Jalil. Selain  daripada Kompleks Sukan Negara, bandar Bukit Jalil ini agak sibuk sedikit. Ini disebabkan jaraknya yang dekat dengan Kuala Lumpur. Kebiasaannya, orang yang tinggal di situ adalah individu yang bekerja di Kuala Lumpur.

Bermalam di Sri Petaling Menjadi Pilihan
Credit: Google

Keperluan orang ramai dalam mencari tempat kediaman ini telah memberi peluang kepada developer untuk mengalihkan perhatian mereka ke kawasan ini. Populasi penduduk dianggarkan meningkat secara drastik dalam setahun dua ini serta pertambahan projek pembangunan baru di kawasan tersebut. Walaupun Bukit Jalil merupakan sebuah kawasan yang kecil, tapi ianya padat dengan kemudahan-kemudahan yang tersedia. Ini termasuklah dua stesen LRT iaitu Sri Petaling dan Bukit Jalil, yang menjadi tarikan utama bagi para pembeli hartanah. 

Di situ juga terdapat Arked Esplanad, pusat komersial yang menyediakan restoran, bengkel, kedai dan pejabat. Terdapat juga beberapa buah sekolah dan semestinya Sekolah Sukan Bukit Jalil sebagai tumpuan utama. Selain itu, terdapat dua buah universiti swasta utama iaitu Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU) dan Universiti Asia Pasifik yang terletak di Taman Teknologi Malaysia “taman sains” Bukit Jalil.

Selain itu, kalau korang ada rancangan nak bercuti dengan keluarga pun best juga di Sri Petaling ini. Dari sini korang boleh pergi ke banyak tempat sekitar KL dengan pengangkutan awam, itupun kalau korang tak nak bawa kereta. Korang juga boleh jadikan Sri Petaling ini sebagai weekend getaway. Korang naik sahaja LRT untuk ke KL, Masjid Jamek dan Petaling Street untuk membeli belah. Tempat makan pun mudah nak cari.

Bermalam di Sri Petaling Menjadi Pilihan
Credit: Google

Pada awalnya, kawasan Sri Petaling ini merupakan kawasan ladang pokok getah dan juga tempat pelupusan sampah. Namun, pada tahun 1981, kawasan Sri Petaling ini telah dibangunkan menjadi sebuah taman permainan yang besar dan juga perumahan sempena Commonwealth Games. Walaupun Sri Petaling telah dibangunkan pada awal tahun 80-an, kawasan Sri Petaling ini tidak begitu popular kerana terletak agak jauh dari Kuala Lumpur. 

Hanya pada lewat tahun 80-an, barulah jumlah populasi orang yang tinggal di sini meningkat kerana terbinanya dua buah lebuh raya yang memberikan akses terus ke Sri Petaling. So, korang tak perlu risau kalau dalam bekerja, sambil memikirkan kos bermalam di sini. Ini adalah salah satu cara dalam menjimatkan kos secara minima yang boleh korang buat. Jimat kos, jimat masa dan tak perlu rushing. Kan senang, cuma Google sahaja.

Post a Comment

0 Comments