Temuduga SPP (Pembantu Makmal C19) - Lovely Sunshine Temuduga SPP (Pembantu Makmal C19)

Temuduga SPP (Pembantu Makmal C19)

TEMUDUDGA SPP (PEMBANTU MAKMAL C19) | Assalamualaikum, Alhamdulillah sekarang sudah masuk bulan ketiga Mya bekerja sebagai pembantu makmal sekolah. Persekitaran dan Guru-Guru semuanya okay. Budak-budak faham jelah. Banyak kerenah. Hari ini Mya nak bagitahu sedikit pengalaman temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP).


Temuduga SPP

 Mya mula memohon pekerjaan melalui SPA dan SPP selepas habis belajar. Mya memohon seperti biasa bagi SPA. Bagi pengguna baru, perlu mendaftar di sini. Isi maklumat diri dan akademik tidak lupa juga jawatan yang ingin disandang. Manakala SPP pula, Mya memohon melalui JobsMalaysia. Jawatan yang dipilih tak semestinya dapat. Ia bergantung kepada kekosongan setiap jawatan. Jika ada kosong, In Sha Allah jawatan itu milik anda.

Sebelum Mya mendapat surat temuduga bagi jawatan pembantu makmal C19, Mya pernah dipanggil untuk peperiksaan atas talian bagi jawatan Penolong Pembantu Tadbir. Bagi Mya, soalan yang diberi mungkin boleh dijawab jika masa mencukupi. Pelbagai soalan yang diberi termasuk soalan Matematik. Soalan mengira paling mencabar apabila kena mencongak dengan cepat. Masa tidak mengizinkan. Dari situ, Mya dah tahu memang tak lepas punya lah. 

Pada November 2017, Mya menghadiri satu temuduga bagi jawatan Pembantu Makmal C19. Pada mulanya, Mya fikir hanya untuk jawatan ini sahaja, rupa-rupanya ada temuduga jawatan lain juga seperti Pembantu Pengurusan Murid dan Pembantu Operasi. Jumlah calon temuduga ramai dan dibahagikan mengikut jawatan masing-masing. 

Semasa pendaftaran berlangsung, calon akan dipanggil mengikut nama dan memberi petugas fail sijil asal dan salinan sijil untuk disemak. Selepas itu, calon perlu menunggu giliran masing-masing. Memang lama sangat-sangat sebab Mya datang pukul 9 pagi. Ditemuduga pukul 11 pagi. Temuduga dijalankan di Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya.

Setiap bilik temuduga mempunyai 3 orang penemuduga. Manakala calon dipanggil untuk setiap bilik adalah dalam berkumpulan. 1 kumpulan 5 orang. Masa ni memang nervous sangat-sangat. Dah revise banyak mana sekalipun, masuk situ terus blank. Persaingan sangat sihat. Macam biasa perkenalan diri diutamakan. Calon yang hadir ada yang berpengalaman dan ada juga yang zero experience macam Mya.

Soalan-soalan yang diberi berkaitan dengan SPP dan skop jawatan. Antara soalan-soalan yang Mya ingat ialah:-
  1. Siapakah pengerusi/naib pengerusi SPP?
  2. Dimanakah pembantu makmal ditugaskan?
  3. Apakah subjek yanh memerlukan bantuan pembantu makmal?
  4. Bagi pendapat sendiri bagi soalan yang dikemukakan.
  5. Adakah anda ingin diposting di Sabah dan Sarawak?
Sebenarnya ada lagi soalan tapi tak berapa nak ingat. Hehehehe. Soalan 1 - 3, calon perlu berebut; siapa cepat dia dapat. Bagi soalan 4 dan 5, setiap calon perlu bagi pendapat masing-masing. Terus-terang Mya cakap, Mya lah calon paling pendiam dalam bilik tu. Bila Mya nervous dan berdebar-debar, tak boleh fokus. 

Habis sahaja temuduga, terus Mya balik. Dalam hati, 100% Mya cakap, memang tak dapatlah kerja ini. Sebab kita tahu kat mana kita akan pergi based apa yang kita jawab. Selalunya, result temuduga akan keluar selepas 2/3 bulan selepas temuduga. Ada juga Mya cuba cek result atas talian. Tapi tidak ada keputusan. 
Mya redha je mungkin tak ada rezeki lagi.

Tapi benda yang kita dah lupakan menjadi kenyataan. Memang tak dijangka. Nantikan pula entri Mya dilantik dan menerima surat penempatan pula ya.

Sekian, terima kasih.

Yang Ikhlas,
Mardhiyyah Rosli

Post a Comment

18 Comments

  1. Hi.assalam.sy ada terbaca blog cik tentang pembantu makmal c19. sy nak tanya, selain gaji,ada elaun lain ke?..
    sy dapat interview tapi sedang berfikir berbaloi atau tidak ☺️ .tq sudi reply

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi saya berbaloi. Termasuk elaun dapat lebih dari basic.

      Delete
  2. Hi Mya saya Bru shj iv pembantu makmal gred c19 melalui SPP. Slalunya keputusan mmg agak lama ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. mcm saya calon simpanan, dalam setahun juga la. tapi kalau yg terus dapat tu rasanya tak lama.

      Delete
    2. Haha thank you sangat publish tips ni. Memang berguna. Tp skrg lepas iv bulan 4 hari tu lama juga tunggu keputusan. Mereka bagi keputusan melalui email atau surat menyurat?

      Delete
  3. Hi..mhu tnya pembantu makmal memg utk sekolah sja,atau ada tempat lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. untuk sekolah ada gred 19-22, under SPP.
      selain dari itu, yg saya tahu universiti ataupun pusat kajian bawah agensi lain.

      Delete
  4. Hi saya baru saja dapat surat tawaran untuk jawatan pembantu makmal gred c 19. Nak tanya kalau saya stay kat selangor adakah dia akan hantar saya dlm selangor atau luar selangor?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mardhiyyah RosliFriday, 24 June, 2022

      Kalau awak iv dalam selangor, probably yes dalam selangor.

      Delete
  5. Hi, nak tanya apakah langkah seterusnya selepas menerima tawarn sebagai pembantu makmal?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mardhiyyah RosliFriday, 24 June, 2022

      tunggu KPM call bagi pengesahan alamat dan surat lapor diri.

      Delete
  6. Assalamualaikum..Cik, nak tanya waktu bekerja same rehat dgn student ke..Lg satu kalau kat Sekolah tu ade berapa ramai jer Pembantu Makmal..T.q

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mardhiyyah RosliSunday, 10 July, 2022

      Waktu kerja 9 jam termasuk waktu rehat. Waktu rehat tak sama dengan student. 1 jam sahaja. Satu sekolah bergantung pada bilangan makmal. contoh; 5 makmal, 5 pembantu makmal

      Delete
  7. Penunggu NescafeTuesday, 19 July, 2022

    Assalamualaikum. Cik, Alhamdulillah sy di terima kerja sbg Pmbntu Makmal, kalau lelaki kena pakai baju ape jer kat Sekolah..Lab Coat di sediakan ke.T.q

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. baju formal. lab coat tu jarang pakai dalam lab kecuali untuk bancuh larutan sahaja tapi atas peruntukan jabatan juga. Tak silap saya setahun sekali mesti dapat lab coat.

      Delete
  8. Assalamualaikum. Cik boleh bertanya sekiranya kite dapat jwatan pmbantu makmal c19 tetapi pengetahuan asas tu xtaw adakah kite diberi penerangan terlebih dahulu? Atau akan ada ape² kursus yang berkaitan dgn makmal dan bahan² kimia.. Dan satu lagi dimana pmbantu makmal akan ditempatkan selain drpd sekolah.. Terima kasih

    ReplyDelete
  9. Nak tanya , macam mana kita nak tahu kita dipanggil interview? Kalau SPA ada exam online kalau SPP macam mana pulak ? Dia akan email ke ?

    ReplyDelete
  10. Saya minat sngat dengan perkongsian sis..bnyak bnda sya nak tnya lbih detail..tpi mcm mna ya..

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen yang diberi.
Mya akan blogwalking ke blog anda semula.