Monthly Expenditure ( May 2019 ) - Lovely Sunshine Monthly Expenditure ( May 2019 )

Monthly Expenditure ( May 2019 )

MONTHLY EXPENDITURE (MAY 2019)Bulan baru sudah tiba, bulan Syawal bakal menjelma. Sambutan Aidilfitri yang dinanti menggunakan duit yang banyak samada secara kecil-kecilan mahupun besar-besaran. Raya tahun ini merupakan kali pertama Mya membeli barang persiapan raya seperti baju kurung, kuih muih dan barang personal. Bukan sahaja duit banyak dilaburkan di bazaar ramadhan malah melayan kerenah adik bongsu. 

monthly expenditure

Alhamdulillah, mendapat rezeki lebih di bulan ini dikongsi bersama. Keperluan di Hari Raya menjadi tumpuan lebih-lebih lagi kuih-muih dan pakaian. Pakaian di Hari Raya semestinya sepasang baju raya. Lagi satu hari lagi sebelum Syawal menjelma. Tahun ini, keluarga Mya tak ada tema. Pakai mana yang ada sahaja. Mya syukur sangat-sangat sebab dapat beraya dengan family tahun ini. Tahun lepas beraya seorang diri di Kuala Lumpur atas urusan kerja. Beraya di tempat kerja bersama rakan sejawatan. 

Antara perbelanjaan Raya pada tahun ini adalah:-

Baju Kurung 3 pasang : RM170
Shawl Nenggeulis 4 helai : RM100
Tudung Konfius 4 helai : RM 100


Monthly Expenditure ( May 2019 )

KUIH RAYA

Bercakap pasal kuih raya ni, tak sah kalau tak ada di setiap rumah. Pelbagai jenis yang dihidangkan. Kadang kala kuih yang jarang dijumpai juga turut serta. Siapa yang kat sini tak ada kuih raya kegemaran. Kuih raya kegemaran Mya ialah tat nenas. Tak kisah apa bentuk sekali pun, gulung, bunga dan kek pun. Mya makan. 

Raya kali ini, Mya membeli 4 balang tat nenas dan 2 balang biskut mazola daripada Mak Ti. Mak cik Mya membuat tat gulung nenas dan disukai sanak saudara. Mya membeli 6 balang kesemuanya dan percuma lagi satu balang. Yang percuma ni boleh pilih nak tat nenas atau biskut mazola. Mak Mya memilih tat nenas. Mak Ti menjual 2 balang yang berbeza saiz; 1 balang 30pcs, RM15 dan 1 balang 50pcs, RM30.

Selain itu juga, biskut yang disaluti coklat juga menjadi pilihan. Mya membeli 3 jenis biskut coklat iaitu Badam Coklat, Brownies Cookies dan Cornflakes Coklat daripada rakan sekerja. Belum raya lagi, dah habis satu balang Brownies Cookies. Tahun ini Mya hanya membeli biskut raya yang berkenan di hati saja. Takut membazir di kemudian hari.

Tat Nenas 4 balang : RM60
Biskut Mazola 2 balang : RM30
Badam Coklat 2 balang : RM30
Brownies Cookies 2 balang : RM30
Cornflakes Coklat 2 balang : RM30

DUIT RAYA

Sejak mempunyai pekerjaan sendiri, tanggungjawab untuk memberi duit raya adalah semestinya. Seperti tahun sebelum, duit raya akan diberi kepada anak-anak yang berusia 17 tahun ke bawah. Mya masih lagi mempunyai sepupu dan anak saudara yang berumur bawah 12 tahun. Bilangan anak saudara semakin bertambah, jumlah duit raya juga makin bertambah. Tahun ini Mya hanya melaburkan RM200 untuk duit raya sahaja. RM100 untuk RM1 dan RM100 lagi untuk RM5.

Mya menggunakan konsep siapa balik kampung, dapat. Tak semua sanak saudara yang balik kampung pada waktu yang sama. Mya fokus pada keluarga yang pulang sahaja. Kemungkinan anak-anak yang datang beraya di kampung juga menerima duit raya yang sama. Apa perbezaan antara 2 sampul yang mempunyai nilai yang berbeza? Marilah datang beraya. Dijangka beraya di Sri Medan, Batu Pahat, Johor.

PRODUK KECANTIKAN

Siapa tak nak nampak cantik kan semasa beraya? Kalau boleh nak nampak bergaya dari head to toe gitu. Tapi tahun ni ala kadar je, tema tak ada. So, kita fokus dekat wajah pun jadilah. Mya banyak menggunakan produk Nurraysa sebagai main makeup. Kulit yang sensitif menyebabkan Mya stick to one product. 

Antara produk kosmetik Nurraysa yang Mya sudah miliki ialah Magic Lipstick, Shining Mineral Blusher, DD Glowing Moist Cake, Exclusive Velvet Lipmatte, Argan Whitening Moisturizer, UV Cream, Treatment Serum, Vial Perfume dan Kabuki Brush. Mya menambah lagi satu produk Nurraysa di dalam senarai iaitu Miracle Two Way Cake. Jumlah perbelanjaan bagi produk kecantikan untuk bulan Mei ialah RM55.90.

Miracle Two Way Cake 1 unit : RM34.90
Magic Lipstick 1 unit : RM23.00 - Promosi Aidilfitri. Beli 3 unit RM69. Share dengan 2 orang rakan.


nurraysa produk

Berbelanja, belanja juga. Tapi berpada-pada lah ya. Selagi boleh berjimat, berjimat ala kadar pun jadilah. Yang penting boleh merasakan suasana Hari Raya Aidilfitri. Di kesempatan ini, Mya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin jika ada terkasar bahasa dan terguris hati. Jangan lupa gambar raya ya!

Yang Ikhlas,
Mardhiyyah Rosli

Post a Comment

2 Comments

  1. Salam Aidilfitri :)
    Semoga terus bahagia dan ceria ya...

    Betul tu..jimat jimat..hehee

    ReplyDelete
  2. dh lama xtrack perbelanjaan...hehehe....Selamat Hari Raya...

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen yang diberi.
Mya akan blogwalking ke blog anda semula.