Pertama Kali Pergi Ke Family Mart - Lovely Sunshine Pertama Kali Pergi Ke Family Mart

Pertama Kali Pergi Ke Family Mart

PERTAMA KALI PERGI KE FAMILY MARTAssalamualaikum.. Hari ini Mya nak cerita pengalaman pertama pergi dan makan makanan dari Family Mart. Kejadian ini berlaku pada 12 Julai 2019 bersamaan dengan hari Jumaat pada pukul 2.00 petang. Mya bersama rakan sekerja gerak ke Cheras Leisure Mall semasa waktu rehat hari Jumaat dari pukul 12.30 hingga 3 petang. Family Mart adalah tempat terakhir kami pergi, sebelum pulang ke sekolah.

Aizza mengajak Mya untuk merasa oden di sini dan kami diberi pilihan sama ada kuah original mahupun tomyam. Mya memilih kuah tomyam dan 8 jenis oden. 4 jenis kepunyaan Mya dan 4 jenis lagi kepunyaan Aizza. Kami bungkus dalam satu bekas sahaja. Sharing is caring gitu. Lagipun, kitorang datang dengan motosikal. So, tak nak bawa barang banyak-banyak.

Selain itu juga, Mya membeli Iced Chocolate dan Melon Pan. Untuk minuman pula, Mya sebenarnya teringin nak minum Chocolate Cookie Frappe tetapi pilihan cookie dalam peti ais hanya ada Cookie ( I thought it was only coffee), Strawberi dan Mangga. Chocolate tiada, terus tak nak beli. Mya bukan peminat kopi. Bila tengok menu lagi sekali, ada Iced Chocolate. Mya grab satu cawan. Air dia boleh tahan cuma kurang rasa kick chocolate. Lagi pekat lagi sedap.

Makanan yang paling menarik hati ialah Melon Bread. Lebih-lebih lagi bila Mya sangat meminati anime dan k-drama. Pilihan roti di Family Mart ini sangat menarik. Pelbagai jenis dan warna. Lepas ini nak cuba perisa lain pula. Apa yang istimewa tentang Melon Pan ini ialah bau tembikai susu yang boleh buat terliur. Memang mengancam deria bau. Tak menyesal cuba Melon Pan disini.

Pertama Kali Pergi Ke Family Mart
Melon Bread
Kejadian ini pula berlaku pada hari Sabtu yang lalu. Rancangan last minute selepas majlis kahwin rakan sekolah. Datang asing-asing, tak jangka pun nak keluar sama-sama lepas tu. Mya tak berapa expert tentang lokasi Family Mart. Sebagai penumpang, Mya hanya mengikut sahaja. Kami pergi Family Mart area Bandar Sri Permaisuri, Cheras. 

Dekat sini, Mya tiada beli apa-apa makanan. Itupun baru lepas makan di dua buah kenduri. Di sini Mya mencuba aiskrim yang sibuk diperkatakan iaitu Sea Salt Sofuto. Dekat sini hanya available dua perisa sahaja iaitu Matcha dan Sea Salt. Sea Salt Sofuto ini berwarna biru disebabkan Spirulina Ekstrak yang digunakan. Rasanya sedap tapi bila kena bahagian masin itu. Berhenti sekejap. 

Mya masih lagi mencari Chocolate Cookie Frappe di sini. Tapi pilihan tiada. So, Mya grab Strawberry Frappe sahaja. Sampai sahaja di kaunter, Mya baru tahu kenapa Cookie Frappe di dalam peti ais ada 3 jenis iaitu Strawberi, Mangga dan Original Cookie. Yang bezanya Original Cookie ini ada 3 flavor iaitu Coffee, Milk dan Chocolate. Yeay!!

Mya terus tukar cawan Strawberry Frappe dengan cawan Cookie Frappe. Akhirnya, Mya dapat juga merasa Chocolate Cookie Frappe. Bukan Mya sahaja. 3 rakan yang lain juga mengambil 2 jenis Cookie Frappe iaitu Chocolate 2 dan Coffee 1. A beginner they said. Like a little girl, hold an ice cream on one hand and another hand hold a cup of Chocolate Frappe. hehehe. Ada orang jaga dan ambil berat pasal kita.

Pertama Kali Pergi Ke Family Mart
Sofuto With My Friends
Sebenarnya, Mya dah lama nak makan makanan di Family Mart. Tapi tiada kawan yang boleh diajak. Family sendiri tidak berapa gemar makanan begini. Hujung minggu pula sentiasa balik kampung. Masa sangat terhad lebih-lebih lagi semasa waktu bekerja. Mya nak ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang membawa Mya ke Family Mart. 

Mya sangat seronok dan beruntung ada kawan-kawan ini. Luangkan masa bersama Mya bila ada kesempatan. Bagi Mya, pengalaman ini adalah terbaik kerana ada kawan-kawan di sisi. Like Aizza always said, "First time in everything." 

Itu sahaja pengalaman Mya di Family Mart.

Love,
Mardhiyyah Rosli

Post a Comment

2 Comments

  1. Kat Seremban dah ada dah Family Mart tapi agak jauh skit dari rumah...lepas ni sure anak dara akak berzikir nak pi sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini pun member ajak. kalau gi sendiri, memang fikir 2 kali.

      Delete

Terima kasih atas komen yang diberi.
Mya akan blogwalking ke blog anda semula.