Festival Durian SMKTC 2019 - Lovely Sunshine Festival Durian SMKTC 2019

Festival Durian SMKTC 2019

FESTIVAL DURIAN SMKTC 2019 | Assalamualaikum.. Dah nak masuk bulan Oktober, Mya baru nak update stori yang berlaku bulan Ogos. Mood rajin dan idea mencurah-curah baru mai. Minta maaf ya. Kiranya entri throwback la ni. Untuk entri kali ini, Mya nak cerita pengalaman menyertai Festival Durian, Rambutan dan Manggis 2019 di SMK Taman Connaught. Festival ini adalah anjuran Kelab Guru SMKTC. Terbuka kepada semua guru dan staf AKP. Sesiapa yang ingin menyertai, perlu membayar entry fee sebanyak RM20 satu kepala. 


festival durian 2019

Pada mulanya, Mya teragak-agak untuk menyertai kerana ada banyak buah durian di rumah. Durian kampung katakan. Setiap hujung minggu, emak pasti pulang ke kampung untuk mengutip durian yang telah gugur. Buah yang selalu kita jumpa dan boleh makan percuma, siapa tak teragak-agak untuk keluarkan duit kan. Walau bagaimanapun, pada saat terakhir sebelum festival bermula. Mya membuat keputusan untuk menyertai festival ini kerana bukannya selalu Mya dapat makan buah durian secara beramai-ramai. Lebih-lebih lagi dengan rakan sekerja. Mya segera membayar duit RM20 kepada AKP yang terlibat.

Pada 8 Ogos yang lalu, Kelab Guru menyediakan pelbagai jenis buah-buahan seperti durian kampung, musang king, rambutan dan manggis. Pihak kantin juga menyediakan santan, pulut dan kelapa parut untuk dimakan bersama durian. Mya lebih berminat pada serawa durian yang dibawa oleh salah seorang guru di situ. Pemandangan kami sangat mewah dengan buah durian terutamanya musang king. Kami dibenarkan merasa seulas musang king sahaja kerana jumlahnya sangat terhad. Rasanya sangat manis dan memang tidak puas sebab dapat seulas sahaja.

Meja kami dipenuhi dengan durian kampung yang sudah dikupas. Lebih dari 5 biji. Mya agak terkejut kerana hampir semua durian dihidangkan di hadapan kami. Festival ini bermula pada pukul 11.30 pagi sehingga pukul 1 petang. Mya berasa segan dengan guru-guru kerana AKP hampir memonopoli durian kampung di atas meja. Kami juga mengambil gambar sebagai kenangan makan durian di sekolah. Selain itu, Mya diberitahu bahawa aktiviti ini adalah acara tahunan. Setiap kali musim durian, Kelab Guru akan mengumpul duit untuk festival makan durian sahaja. Kami juga diberitahu entri fee pada tahun hadapan akan meningkat kerana harga buah juga semakin meningkat.

selfie time

Bukan itu sahaja, lori Milo juga disediakan kepada semua pelajar, guru-guru dan AKP. Selalunya lori Milo ini hanya ada di festival sukan sahaja. Apa lagi Mya pun turut beratur sebelum pelajar turun rehat. Kadang-kadang tertanya juga macam mana ya, air Milo yang dibuat boleh jadi pekat, manis dan berkrim. Kalau Mya buat, hampeh. Sekejap air terlebih, ada juga terlebih pekat sebab terlebih letak Milo. Apa-apa pun air Milo dari lori Milo adalah yang terbaik.


lori milo


Siapa tak seronok apabila kongsi makanan bersama-sama secara besar-besaran. Walaupun berbeza pangkat, acara sebegini merapatkan silaturrahim antara guru-guru dan AKP. Ini adalah salah satu aktiviti yang Mya sertai di sekolah ini. Memang sangat happening. Ini adalah gambar-gambar yang kami tangkap semasa festival ini berlangsung. 


musang king
Musang King

Rambutan
Rambutan

manggis
Manggis

Durian Kampung
Durian Kampung

pulut dan serawa durian
pulut dan serawa durian
Sampai di sini sahaja entri kali ini. Terima kasih yang sudi membaca dan singgah di blog Lovely Sunshine ini. 

Lots of Love,
Mardhiyyah Rosli

Post a Comment

2 Comments

Terima kasih atas komen yang diberi.
Mya akan blogwalking ke blog anda semula.