Vacation to Pulau Tioman Last Day - Lovely Sunshine Vacation to Pulau Tioman Last Day

Vacation to Pulau Tioman Last Day

VACATION TO PULAU TIOMAN LAST DAY Assalamualaikum.. Kami mulakan hari ini dengan sarapan terakhir iaitu nasi lemak, telur dadar, sambal ikan bilis dan teh tarik. Selepas sarapan pagi, kami melakukan aktiviti bebas yang terakhir iaitu mandi manda. Kami terus turun ke laut dan mandi. Paras air pada hari ini berubah dek air pasang. Bukan itu sahaja, waktu itu negeri Pahang diberi cuti sehingga hari Selasa. Ramai pelancong dalam dan luar negara yang tiba di Jeti Kg. Genting.


Vacation to Pulau Tioman Last Day

Apabila bot penumpang tiba dan dalam masa yang sama bertolak dari jeti, air laut bergelora menyebabkan ombak besar tiba berhampiran di tepi pantai. Kami terpaksa bermandi di dalam keadaan berhati-hati. Ada di kalangan rakan-rakan mak yang berpaut pada tali bot yang telah diikat pada pokok kelapa. Kami mandi dari pukul 9 sehingga 10.30 pagi. Selepas itu, kami naik dan pulang ke bilik. Kami terus mengemas barang kerana bot akan tiba pada pukul 12 tengahari.


Vacation to Pulau Tioman Last Day
Sebelum pergi ke jeti

Kami sempat bergambar buat kali terakhir di sini. Kami berkumpul di hadapan kafeteria pada pukul 11.30 pagi. Kami bergerak ke arah jeti kerana waktu bot tiba tidak dijangka. Sampai sahaja di kawasan jeti, ada di antara kami yang menikmati makanan tengahari dan membeli cenderahati. Sepatutnya kami menaiki bot penumpang pada pukul 12 tengahari tetapi waktu bot tiba amat jauh sekali. Kami bertapa di jeti Kg. Genting selama 2 jam setengah. Bertapa sambil duduk tidak apa. Tapi masalahnya, cuaca panas dan kami berhimpit di satu kawasan yang sama. Apabila bot sudah tiba, bot terpaksa singgah di Bandar Tekek untuk urusan maritim.

Rancangan asal ialah tiba di Kuantan pada pukul 4 petang. Ayah juga perlu pulang ke Kuala Lumpur malam ini juga atas urusan kerja. Lain perancangan lain yang jadi, kami tiba di Jeti Tanjung Gemok pada pukul 6 petang. Kemudian, singgah makan di kedai kerana kami tidak disediakan makanan tengahari. Bukan kami tidak makan semasa di jeti Kg. Genting. Mya tidak mahu menaiki bot dalam keadaan kenyang. Lagipun dengan ombak bergelora disebabkan hujan lebat, lagi menambahkan rasa pening di kepala. Kami tiba di Kuantan pada pukul 8.30 malam. Cuba bayangkan ayah dan Amnan balik KL pukul berapa. Disebabkan perjalanan terlalu lama, Mya terus berehat sebaik sahaja tiba di rumah Kuantan.

Ayah dan Amnan berehat seketika sebelum memulakan perjalanan ke Kuala Lumpur. Mya, emak dan Fikri tinggal di Kuantan dan pulang ke KL pada keesokkan hari. Ayah bertolak pada pukul 10 malam dan tiba di Kuala Lumpur pada pukul 1 pagi. Percutian kali ini sangat seronok dari hari pertama hingga hari terakhir. Cuma masalah teknikal seperti masalah bot tiba lambat dari yang dijangka. Menunggu bot tiba di bawah cahaya matahari selama 2 jam setengah amat memenatkan.

Apa-apa pun percutian kali ini memang terbaik. Pulau Tioman sudah Mya jejaki. Pulau apa pula ya selepas ini? Entri percutian ke Pulau Tioman ini lambat update disebabkan kekangan masa dan kepenatan. Terima kasih kerana sudi membaca entri percutian Mya ini.


Vacation to Pulau Tioman Last Day


Lots of Love,
Mardhiyyah Rosli

Post a Comment

3 Comments

  1. Assalamualalikum, cantik sangat view dia :) SubhanAllah

    ReplyDelete
  2. bestnyaaa...teringin nak ke tioman, tapi belum ada rezeki lagi

    ReplyDelete
  3. This is a smart blog. I mean it. You have so much knowledge about this issue, and so much passion. You also know how to make people rally behind it, obviously from the responses. There are so many fun and exciting things to do and experience around the world that I thought I'd put together a list of my favourite Things to do for all travelers ...

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen yang diberi.
Mya akan blogwalking ke blog anda semula.