Karnival Keusahawanan SMKTC 2019

10:30

Assalamualaikum,

Banyak betul entri yang Mya baru update ya. Semua aktiviti ini berlaku pada bulan Ogos yang lalu. Nak buat macam mana, idea ada tapi nak susun ayat bagi cantik tu yang ambil masa sikit. Waktu lapang macam ini la, Mya ada masa nak luang dengan blog Lovely Sunshine. Here we start the main dish - topik utama kita hari ini. Siapa sini yang pernah sertai Karnival Keusahawanan aka Hari Kantin?

Mya tidak pernah terlepas sekali pun aktiviti ini di sekolah. Mana tidaknya, aktiviti ini dibuat bukan sahaja untuk menambah dana sekolah. Malah aktiviti ini dapat mengurangkan stress pelajar akibat berhadapan dengan buku sekolah sahaja. Pelajar juga dapat berjumpa kawan-kawan serta menikmati pelbagai jenis makanan yang dijual. Pelajar juga dapat melibatkan diri dalam karnival ini dengan membuka gerai dan belajar tentang jual beli yang sebenar. Pelajar boleh mengambil inisiatif ini sebagai pengalaman. 


first meet up


Apabila bercerita tentang gerai, mesti korang nak tahu gerai apa yang Mya buka di Karnival Keusahawanan kali ini. Karnival Keusahawanan ini berlangsung di SMK Taman Connaught pada 24 Ogos yang lalu. Pada mulanya, kami AKP tidak bercadang untuk membuka gerai. Mya tahu pun selepas keputusan telah ditetapkan. Kami diberi pilihan menggunakan modal masing-masing dan keuntungan 100% milik AKP. Hanya AKP dan Kelab Guru sahaja yang boleh menggunakan modal sendiri. Manakala guru yang memegang kelas perlu membuka gerai menggunakan duit PIBG. Cuba bayangkan ada 30 gerai yang dibuka dari pukul 10 pagi. Pelbagai jenis makanan dan minuman yang dijual.


poster keusahawanan

Gerai AKP D’Stall menjual 2 jenis spaghetti; Spaghetti Carbonara dan Sapaghetti Bolognaise, Lasagna, Roti Sosej, Burger Ayam, Nasi Goreng Telur Mata, Soda Herbs, Lemonade dan Fruit Cocktail. Mya agak terkejut melihat menu yang disenaraikan oleh wakil AKP. Terlalu banyak sehingga Mya terfikir, boleh terjual ke semua ini. Mya hanya mengeluarkan sedikit modal untuk Nasi Goreng, minuman dan pencuci mulut. Mya dilantik sebagai cashier dan tukang isi air. Tidak ku sangka, minuman yang dijual sangat laris. Mana tidaknya Lemonade dan Soda Herbs sangat menyegarkan lebih-lebih cuaca yang sedikit panas. 


akp dstall

Karnival ini bermula pada pukul 10 pagi dan acara dimulai dengan E-sports. E-sports dijalankan di dalam dewan sekolah dan berakhir pada pukul 12.30 tengahari. Selain itu, aktiviti seperti permainan sukan, rumah hantu, escape room serta konsert juga diadakan oleh para pelajar. Untuk pembelian kupon pula, guru-guru dan AKP perlu membayar sekurang-kurangnya RM 30 termasuk duit baju dan duit tiket konsert. Bagi yang ingin melihat konsert, konsert bermula pada pukul 6.30 petang dan berakhir pada 10 malam. Mya tak pergi pun konsert ini sebab dah penat sangat dari pagi jaga gerai. Pelanggan pula tak berhenti-henti datang beli air.


selfie time

Mesti korang tertanya-tanya menu apa lagi yang dijual di karnival ini. Ini antara menu yang dijual; tteokbokki, spicy ramen, nasi ayam, nasi kerabu, char kuey tiaw (gerai luar), cheezy chicken, cheese ball, macaroon, mini donut, bomboloni, jus buah, bubble tea, aiskrim dan pelbagai lagi. Banyak sangat pilihan sampai Mya beli kupon sampai RM50. Mya beli bukan untuk diri sendiri ya, ada orang kat rumah tunggu. Semasa di karnival, Mya membeli 2 bungkus nasi ayam, 4 biji mini donut, jus buah, 2 jenis aiskrim, cheezy chicken, spaghetti carbonara, lasagna dan 1 set button badge. 

Karnival ini juga mengadakan acara cabutan bertuah dan hadiah yang bakal dimenangi juga sangat menarik. Antara hadiah-hadiah yang dipertandingkan ialah iPad 6th Gen, Samsung Galaxy Tab A, Flash Drive 16 GB & 32 GB dan Grand Lexis Port Dickson for 2 pax. Mya sedikit hampa dengan cara pengurusan acara. Cuba bayangkan dari pagi karnival bermula, pukul 6 petang baru nak rasmikan karnival dan acara cabutan bertuah bermula. Masa tu dah tak fikir langsung pasal cabutan bertuah. Dalam kepala, fikir nak balik rumah. Dah tak larat sangat-sangat. 

Dalam pukul 6 itu juga, hujan turun dan kami perlu tutup gerai dengan segera. Kami perlu mengira kupon jualan untuk ditebus kemudian hari. Apabila ada untung, mesti ada rugi. Ada menu di gerai kami habis licin dan ada juga yang kami turunkan harga untuk habiskan jualan dengan segera. Disebabkan sedikit kerugian dan masa pun semakin terhad, kami membawa balik lebihan makanan seperti spaghetti carbonara. Kemudian, kami mengemas gerai dan tapak gerai sebelum pukul 6.30 petang. 

Ingatkan bila dah settle kira kupon, boleh terus balik. Sekali bila ada orang buat hal, mesti ada masalah timbul. Kenapa mesti menyusahkan orang lain. Tolong jangan pentingkan diri sendiri. Fikir pasal orang lain sedikit. Memang komitmen berbeza. Mya cuma minta satu je, bertimbang rasa sikit. Dari pukul 6.30 petang sampai pukul 8.30 malam, tunggu orang yang buat hal je. Benda boleh settle awal, dilambat-lambatkan. Seronok tapi penat. Penat melayan kerenah orang tertentu.

Apa-apa pun Mya sampai di rumah pukul 9 malam. Nak berdiri lama sikit pun, tak boleh. Sakit kaki, kejang pula tu. Balik rumah, mandi dan makan. Rehat badan dan terus terlelap atas katil. Maaflah ya jika entri ini ada terselit sesi luah perasaan. Tapi pengalaman yang ditimba memang seronok. Walau bagaimanapun, acara ini hanya diadakan 2 tahun sekali sahaja. Tunggulah 2 tahun akan datang, bagaimana pula ceritanya.

Itu sahaja untuk entri kali ini. Mya minta maaf jika ada terkasar bahasa sepanjang penulisan yang dibaca oleh pembaca sekalian. Sekian, terima kasih.

Love,

Mardhiyyah Rosli

You Might Also Like

1 comments

  1. Rajin betul mya meniaga hehe. Semoga sukses utk yang seterusnya! :3

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
Selamat berkenalan.
Sila komen dengan perkataan yang baik-baik sahaja.
Terima kasih.

Total Pageviews

Top Comments

Shoutbox

Sila tinggalkan link anda di profile atau di ruangan mesej. Mudah untuk saya blogwalking ke blog anda.