Peperiksaan Perkhidmatan Pembantu Makmal C19 - Lovely Sunshine Peperiksaan Perkhidmatan Pembantu Makmal C19

Peperiksaan Perkhidmatan Pembantu Makmal C19

PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN PEMBANTU MAKMAL C19 | Assalamualaikum.. Pada 24 September yang lalu, Mya menduduki peperiksaan perkhidmatan SiSPPA untuk pengesahan jawatan yang disandang. Tidak semua jawatan kerajaan perlu mengambil peperiksaan ini. Lain jawatan, lain peperiksaan. Mya perlu lulus peperiksaan ini dalam tempoh percubaan 3 tahun. Permohonan Peperiksaan SiSPPA ini boleh dimohon di laman web SISPPA. Permohonan hanya dibuka 2 kali setahun sahaja. Ia hanya dibuka pada tarikh yang telah ditetapkan.

Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, Mya memegang jawatan Pembantu Makmal C19 di Sekolah Menengah Harian. Sebagai pembantu makmal, topik yang dimasukkan di dalam peperiksaan SiSPPA ialah topik berkaitan makmal. Dari alat radas yang kita belajar waktu sekolah sehingga cara penyediaan eksperimen yang paling kompleks. Peperiksaan ini dilaksanakan secara open book. Calon boleh menjawab peperiksaan sambil buka buku rujukan yang sesuai. Antara buku rujukan yang dibenarkan di dalam dewan peperiksaan ialah Pengurusan Dan Keselamatan Makmal Sains Sekolah, Modul Kursus Pembantu Makmal dan Buku Teks Amali Sains Tingkatan 1-5.


Pengurusan Keselamatan

modul kursus

Calon perlu membawa alat tulis, kad pengenalan dan slip peperiksaan. Peperiksaan SiSPPA ini mempunyai 2 kertas iaitu Kertas Bahagian B dan Kertas Bahagian C. Bagi kertas Bahagian B, 40 soalan objektif akan dipaparkan di dalam skrin komputer. Manakala, jawapannya calon hendaklah melorekkan di atas kertas OMR yang disediakan. Bagi kertas Bahagian C pula, calon perlu menjawab 5 dari 8 soalan yang diberikan berdasarkan soalan di dalam komputer. Calon perlu menulis semua jawapan di dalam buku jawapan yang telah disediakan. Hanya markah yang tertinggi sahaja dikira jika menjawab melebihi 5 soalan.

Pada tarikh yang tertera di atas, Mya dikehendaki mengambil peperiksaan SiSPPA di IPG Kampus Bahasa Melayu, Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Masa peperiksaan bermula pada pukul 9.30 pagi untuk bahagian B. Bagi mengelak kesesakan lalu lintas, Mya bertolak dari rumah pada pukul 6.30 pagi dan tiba di lokasi pada pukul 7.00 pagi. Disebabkan tiba terlalu awal di IPG, Mya hanya menunggu rakan yang lain seperti tunggul dan tidak mampu untuk membelek buku untuk kali yang terakhir. Mya juga sempat menghilangkan rasa nervous dengan berulang alik ke tandas. Terlalu nervous sehingga nak sarapan pun tidak lalu. 

Tepat pukul 9.30 pagi, kertas Bahagian B pun bermula di Makmal Komputer. Kami perlu duduk mengikut angka giliran yang telah ditetapkan. Peperiksaan berlangsung selama 1 jam. Antara topik yang masuk di dalam kertas bahagian B ialah:-

  1. takat kilat
  2. pengawetan
  3. galvanometer
  4. jisim molar relatif
  5. jam randik
  6. mikroskop
  7. burette/pipette
Selepas selesai kertas Bahagian B, Mya bersiap sedia untuk menjawab kertas Bahagian C pada pukul 11.00 pagi. Bagi Mya, soalan kali ini agak susah berbanding soalan yang pernah dijawab semasa latihan. Dalam kelapan-lapan soalan yang diberi, Mya hanya menjawab 6 soalan, itupun tidak semua sub soalan dapat dijawab. Di dalam setiap soalan, Mya hanya dapat menjawab sebahagian soalan yang hanya didapati di dalam buku. Ada juga sub soalan yang Mya berfikir secara logik. Untuk bahagian C pula, topik yang diutarakan ialah:-

  1. Pengawetan
  2. Jisim Molar Relatif
  3. Peratus
  4. Mikroskop
  5. Jam Randik
  6. Osiloskop
  7. Respirasi Tumbuhan
  8. Galvanometer
  9. Penyediaan Gas
  10. Eksperimen Rokok
  11. Alat Radas Kaca
  12. Tiub J
Untuk kertas Bahagian C ini, Mya redha sahaja dengan keputusan yang bakal diterima hujung bulan ini. Selesai satu peperiksaan, tinggal lagi satu peperiksaan pengesahan jawatan iaitu Peperiksaan Perkhidmatan Jabatan Perkhidmatan Awam. Pada hari ini, keputusan bagi peperiksaan ini bakal diketahui dan Mya berdoa supaya dipermudahkan. Aamin.

p/s: entri peperiksaan perkhidmatan JPA is on the way. 

Love, 
Mardhiyyah Rosli

Post a Comment

3 Comments

  1. Assalamualaikum akak,nk tnya klau kita isi profil jobmalaysia ada degree slalu dpt x utk jwtan pmbntu makmal?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Jawatan pembantu makmal ada 2 kelayakan je berdasarkan spm atau diploma. If ada degree, dapat jawatan pembantu makmal. <- kawan akak pun ada degree juga, tp dia dapat jadi pembantu makmal.

      Delete
  2. Nk tanya...dekat mana boleh cari ""modul kursus pembantu makmal(fizik,kimia,bio) "" ni??

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen yang diberi.
Mya akan blogwalking ke blog anda semula.