Majlis Hi Tea Akhir Tahun 2019 - Lovely Sunshine Majlis Hi Tea Akhir Tahun 2019

Majlis Hi Tea Akhir Tahun 2019

Majlis Hi Tea Akhir Tahun 2019 | Assalamualaikum. Hari ini Mya nak throwback sedikit Majlis Hi Tea Akhir Tahun 2019 anjuran Kelab Guru SMK Taman Connaught. Bulan Disember bakal tiba tetapi Mya baru nak up cerita awal November yang lalu. Bukanlah apa, masa itu sentiasa ada cuma mood nak mencari idea dan mengarang entri itu tak ada. Blog ini dah macam ikan pula. Hanya timbul bila ada makanan sahaja. Berbalik kepada tajuk asal.

Pada 2 November yang lalu, SMK Taman Connaught mengadakan Majlis Hi Tea Akhir Tahun di Grand Millenium Hotel, Bukit Bintang. Majlis ini berlangsung selama 2 jam setengah bertemakan white and blue denim. 

Pendaftaran dibuka pada pukul 11.30 pagi untuk tanda tangan kehadiran serta menerima goodies bag. Disebabkan lokasinya di Bukit Bintang, kami serta guru-guru merancang untuk pergi menaiki MRT. Kami tidak perlu menempuh kesesakan lalu lintas dan menjimatkan masa.

Pada hari kejadian, kami pihak AKP berkumpul di sekolah untuk pergi ke Majlis Hi Tea bersama-sama. Saya, Kak Ros, Kak Misya dan Kak Ecah berkumpul di sekolah pada pukul 10 pagi sebelum menaiki Grab ke MRT Taman Mutiara. Hanya AKP wanita sahaja yang merancang untuk pergi bersama-sama. Sementara itu, Kak Zila menaiki MRT Taman Suntex kerana berhampiran dengan rumahnya.

Manakala, Kak Ann menaiki MRT di Cochrane. Begitu juga dengan Aizza dan Kak Siti. Mereka menaiki MRT di Taman Connaught selesai sahaja menghadiri jemputan kahwin. Dan akhir sekali, Fatin terus ke lokasi menaiki kenderaan sendiri. Kami berjumpa dengan Kak Zila dan Kak Ann setibanya di MRT Bukit Bintang. Kami mencari exit yang berdekatan dengan Grand Millenium Hotel; Pintu E.

Sampai sahaja di lobi hotel, kami terus mengambil beberapa gambar sementara menunggu kaunter pendaftaran dibuka. Pelbagai latar belakang dan posisi yang menarik kami lakukan seperti bergambar beramai-ramai di Swirl Staircase, Mini Fountain, Bunga Orkid sama ada secara solo mahupun berkumpulan. 

staircase 1

staircase 2

mini fountain

Pendaftaran bermula pada pukul 11.30 pagi hingga 12 tengahari. Sebaik sahaja kaunter pendaftaran dibuka, kami terus mendaftar di pintu masuk Mille Cafe, Tingkat 1, Grand Millenium Hotel. Selepas itu, kami mencari tempat duduk yang boleh memuatkan seramai 9 orang.

Banyak tempat duduk yang telah direserved oleh AJK Kelab Guru kepada guru-guru yang lain. Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan ucapan sepatah dua kata oleh Pengerusi Majlis. Selepas itu, kami terus mengambil makanan dengan segera secara beramai-ramai kerana sudah terlalu lapar. Mya mulakan hari dengan appetizer iaitu beberapa keping smoked chicken, sedikit mustard sauce, beberapa cucuk sate ayam dan buah-buahan seperti tembikai susu, tembikai dan buah naga.

akp table

Semasa kami menjamu selera, acara yang dijalankan sepanjang majlis iaitu cabutan bertuah telah bermula. Sebenarnya, Mya tidak menjangkakan sebarang hadiah kerana bilangan hadiah yang diberi tidak banyak. 

Syukur alhamdulillah, Mya mendapat voucher hamper bernombor dua pada permulaan majlis. Rakan-rakan AKP yang lain juga berpeluang memenangi cabutan bertuah. Antara hadiah yang dimenangi ialah voucher hamper, set alat tulis, hairdryer, toto dan gold bar.

voucher hamper

hamper

Sementara itu, kita belek apa yang ada di dalam goodies bag. Antara cenderahati yang kami dapat ialah mini tupperware, roll on collagen, honeydew perfume, vaseline, chocojar, Beryls chocolate bar dan YPC College bag (kotak pensel, sebatang pen, sebuah buku nota dan flyers).

goodies bag

inside the goodies

Selepas itu, kami terus fokus pada makanan berat pula. Mya perlu beratur untuk mengambil makanan kerana barisan sangat panjang. Pelbagai makanan yang disajikan dari Barat hingga ke Timur. Antara main course yang diambil ialah spaghetti carbonara, penne pasta, nasi goreng cina, roti + butter, sushi, rib eyed steak, steamed potatoes dan barbecued chicken.

Dan bahagian yang paling diminati ramai ialah pencuci mulut. Mya mengambil extra desserts seperti beberapa potong kek, chocolate mousse, desserts in a glass, brownies, chocolate croissant dan 3 scoops of ice cream.

desserts

Majlis tamat pada pukul 3 petang. Kami mengambil beberapa gambar lagi sebelum pulang. Kami pulang menaiki MRT bersama-sama. Majlis kali ini sangat seronok kerana kami dapat meluangkan masa bersama-sama di luar sekolah.

akp ladies

all akp's

picture at mrt

Cuma ruang di antara meja makan sangat sempit sehingga pergerakan terbatas. Mya hampir tersadung ketika ingin mengambil hadiah. Walau bagaimanapun, majlis berjalan dengan lancar.

Itu sahaja entri kali ini. Terima kasih kerana membaca. 

Love,
Mardhiyyah Rosli

Post a Comment

2 Comments

Terima kasih atas komen yang diberi.
Mya akan blogwalking ke blog anda semula.