Peperiksaan Perkhidmatan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) - Lovely Sunshine Peperiksaan Perkhidmatan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

Peperiksaan Perkhidmatan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA)Assalamualaikum.. Seperti yang dimaklumkan di entri Peperiksaan Perkhidmatan Pembantu Makmal, bagi pengesahan jawatan kerajaan perlulah mengambil Peperiksaan Perkhidmatan yang dibuka 2 kali setahun. Calon perlu lulus dalam 3 tahun tempoh percubaan. Calon boleh memohon di laman web kompetensi JPA pada tarikh yang telah ditetapkan. Mya memohon pada 1 Julai 2019, 3 bulan sebelum tarikh peperiksaan. 

Antara jawatan yang mengambil peperiksaan ini ialah Pegawai Polis, Pegawai Bomba, Peguam, Pembantu Tadbir, Pembantu Makmal dan lain-lain yang berkaitan. Peperiksaan ini juga adalah peperiksaan open book. Buku yang dibenarkan bawa masuk ke dalam dewan peperiksaan ialah Buku Perintah Am. Selain daripada itu, nota tangan dan slide powerpoint tidak dibenarkan bawa masuk ke dewan. Nota yang dimuat turun di laman web kompetensi JPA sahaja yang dibenarkan. Walaupun peperiksaan open book, ketebalan buku Perintah Am menyekat masa untuk mencari jawapan yang betul. So, calon perlu tagging setiap topik dengan sepenuhnya seperti ini.


Perintah Am


Buku Keselamatan

Apabila slip peperiksaan boleh dicetak, Mya dan rakan-rakan saling berbincang mengenai lokasi dewan peperiksaan. Lokasi yang diberi kepada Mya dan rakan-rakan adalah di kawasan yang sama. Walau bagaimanapun, tarikh peperiksaan Mya berbeza dengan rakan yang lain. Mya menduduki Peperiksaan Perkhidmatan JPA ini pada 8 Oktober yang lalu di Perpustakaan INTEC College, Shah Alam. Disebabkan Mya mengambil peperiksaan sesi pertama, banyak halangan pula yang tiba.

Sebelum Mya bercerita lebih lanjut tentang halangan yang dihadapi, Mya perlu mengambil peperiksaan secara online pada pukul 9.30 pagi. Peperiksaan dijalankan selama 1 jam. Mya tiba di dewan peperiksaan pada pukul 8.30 pagi. Sepatutnya peperiksaan tamat pada pukul 10.30 pagi. Tetapi halangan pertama muncul di saat Mya menjawab peperiksaan secara online. Server internet bagi calon lain yang turut serta di dalam dewan telah down. Peperiksaan terpaksa dihentikan untuk semua calon di dalam dewan peperiksaan. 

Dan kami juga perlu restart komputer supaya server berfungsi dengan baik. Apabila server telah dibaik pulih, kami mengalami masalah teknikal di mana soalan di atas talian tidak boleh dibuka. Pelbagai cara yang dicuba oleh ketua pengawas. Waktu exam di tarik sehingga pukul 11.20 pagi. Cuba bayangkan dari pukul 8.30 pagi sehingga pukul 11.20 pagi. Sepatutnya dah sampai rumah, tapi masih tercongok lagi kat dewan peperiksaan. Penyelesaian terakhir ialah menjawab secara manual. 

Kami diberi URL ke soalan tersebut dan menjawab menggunakan kertas OMR. Tepat pukul 11.20 pagi bermula Peperiksaan Perkhidmatan JPA Sesi 2/2019. Banyak soalan yang dapat dijawab berdasarkan tagging yang telah Mya buat sejak bulan Februari lagi. Mya juga sempat membuat ulangkaji soalan tahun lepas. Soalan yang diberi tiada beza cuma bentuk jawapan mengelirukan lebih-lebih lagi bila adanya perkataan ”kecuali”. Antara topik yang Mya boleh kongsikan di sini ialah:-

  1. Cuti Bersalin
  2. Cuti Menjaga Anak
  3. Berpindah Rumah
  4. Elaun di Dalam Negeri
  5. Elaun di Luar Negeri
  6. Pembelian Stok
  7. Cuti Haji
  8. Notis Perkhidmatan
  9. Perubatan
  10. Persaraan
  11. Pengurusan Fail
  12. Pengurusan Surat

Keputusan bagi peperiksaan ini bakal diketahui awal tahun depan. Lamanya nak dapat keputusan. Bukan itu sahaja, Mya perlu menunggu Program Transformasi Minda yang bakal dijalankan pada tahun depan. Dah settle program ini, in sha allah Mya bakal disahkan jawatan sepenuhnya di dalam sektor kerajaan. Program ini dilakukan secara beramai-ramai. Mya ialah calon simpanan dan bilangan yang ada pun tidak sampai 20 orang. Kami perlu menunggu intake yang terbaru supaya PTM ini dapat dijalankan. 

p/s: Alhamdulillah, Mya mendapat keputusan lulus bagi Peperiksaan Perkhidmatan Pembantu Makmal. 

Ini sahaja yang Mya dapat kongsikan bersama.

Love,
Mardhiyyah Rosli

Post a Comment

5 Comments

  1. Doakan saya kak Mya , saya hendak jawap exam perkhidmatan awam sebagai pembantu makmal 29/03/2022
    Harap ada sebarang tips buku apa yang perlu ada 😬

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga berjaya. Buku kak mya pakai dua je Pekeliling dengan Nota Arahan Keselamatan.

      Delete
  2. Salam kak mya. Saya nk bertanya pasal exam sispa utk pembantu makmal. Akak guna buku rujukan apa ye?

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen yang diberi.
Mya akan blogwalking ke blog anda semula.