5 Yummi Fast Foods That Can Only be Ordered in Malaysia - Lovely Sunshine 5 Yummi Fast Foods That Can Only be Ordered in Malaysia

5 Yummi Fast Foods That Can Only be Ordered in Malaysia

5 YUMMI FAST FOODS THAT CAN ONLY BE ORDERED IN MALAYSIA | Fast foods ialah makanan segera yang menjadi pilihan ramai kerana makanan ini disediakan terlebih dahulu dan masih lagi dalam keadaan panas. Anda hanya perlu memesan di kaunter dan boleh juga dibawa pulang. Tidak mengambil masa yang lama berbanding masakan panas yang perlu anda tunggu beberapa minit. 

Fast food ini juga bukan sahaja menjadi pilihan makanan di antara golongan dewasa. Malah ia juga diminati di dalam golongan remaja dan kanak-kanak. Bercakap mengenai fast foods ini, pasti setiap individu mempunyai pilihannya yang tersendiri. Di sini Mya senaraikan 5 fast foods pilihan sendiri dan mengapa Mya memilihnya.

5 Yummi Fast Foods:-

1.     KFC (Kentucky Fried Chicken)
  
KFC
Credit by Google

KFC ini menjadi pilihan Mya kerana ia digemari ramai dan boleh dikongsi bersama keluarga. Dengan adanya Family Feast bucket, Mya boleh dapat lebih dari 3 ketul ayam dalam satu menu. Sebelum ini, bila craving nak makan KFC, kita perlu beratur panjang dan kadang-kadang mengambil masa sehingga 1 jam. Lebih-lebih lagi apabila ada promosi sedang dijalankan. Untuk menjimatkan masa, kita hanya perlu memesan di atas talian sahaja. Semuanya hanya di hujung jari anda.

2.     McDonalds
     
MCD
Credit by Google


MCD
Credit by Google

McDonalds digemari ramai kerana pilihan burger yang pelbagai jenis dan pilihan menu lain yang berdasarkan sambutan perayaan, trend terkini dan sebagainya. Mya sangat meminati McChicken, McChicken Deluxe, Spicy McChicken Deluxe dan Ayam Goreng Spicy. Buat pertama kalinya, Mya merasa Prosperity Burger yang hanya setahun sekali sahaja di dalam menu apabila kita menyambut perayaan Tahun Baru Cina. So delicious. Mya dapat makan pun sebab rakan yang tolong orderkan melalui atas talian. Sangat mudah. Pesan, bayar dan tunggu.

3.     Texas Chicken


TEXAS CHICKEN
Credit by Google

Apa yang Mya suka tentang Texas Chicken ini adalah dari segi saiz ayam. Saiz ayam bagi bahagian paha dan kepak besar dan sangat memuaskan. Selain itu juga, menu biscuit sangat menjadi pilihan. Kadang-kadang Mya membeli biscuit ini lebih dari satu. Biscuit ini rangup di luar dan lembut di dalam. Biscuit ini sangat sedap untuk dimakan. Jika anda teringin untuk menikmatinya, anda boleh memilih penghantaran atas talian dan dapat menjimatkan masa anda lebih-lebih lagi pada waktu makan tengahari.

4.     Pizza Hut


     
PIZZA HUT
Credit by Google

Kadang-kadang apabila lepak bersama kawan-kawan, kita mencari makanan yang santai untuk dimakan bersama. Pizza selalunya menjadi pilihan remaja sekarang sebagai makanan harian. Apabila Mya dan keluarga teringin untuk makan pizza, kami akan memesan pelbagai jenis pizza dan side dishes untuk dikongsi bersama. Caranya sangat mudah; masukkan lokasi rumah, pesan pesanan anda dan bayar. Masa untuk delivery pun tidak lama. Tidak perlu menghadap traffic jam di kawasan rumah.

5.     Nando’s
      
NANDOS
Credit by Google

Semua menu di restoran Nando’s ini menjadi pilihan utama keluarga Mya. Lebih-lebih lagi perjumpaan keluarga yang sangat singkat. Menu ayam panggang yang diperap dengan sos istimewa Mexico, Mediterranean Rice, Peri-Peri Chips dan Mushroom Soup. Kami sangat sukakannya. Mild flavor menjadi pilihan ramai dan rasanya sangat Umphh.

Tetapi jalan ke lokasi yang selalu kami pergi terlalu sesak untuk dihadapi. Lebih-lebih jika tujuan utamanya hanya satu iaitu makan. Dengan adanya delivery atas talian, kami tidak perlu lagi bersesak-sesak untuk makan Nando’s. Pilih menu, bayar dan hanya tunggu sehingga makanan tiba. Kan senang.

So, itu adalah senarai 5 Yummi Fast Foods yang bukan sahaja menjadi pilihan Mya, ia juga bakal menjadi pilihan anda. Kerana apa? Kerana anda tidak perlu lagi memikirkan apa yang hendak dimakan, dimana lokasinya, tempat parkingnya mudah atau tidak. Semuanya hanya boleh didapati di atas talian. 

Kini dengan adanya aplikasi FoodPanda, anda tidak perlu risau lagi tentang kesesakan lalu lintas mahupun beratur dengan panjang. Fast food delivery Malaysia menghantar setiap pesanan tidak kira di mana anda berada. Sama ada anda di utara atau di selatan. 

Semuanya senang sahaja. Anda hanya perlu memilih makanan yang diingini di aplikasi FoodPanda, key in alamat rumah, pesan fast foods pilihan anda, bayar dan hanya tunggu di rumah sahaja sehingga makanan tiba. Sangat-sangat mudah.

So, apa yang anda tunggu lagi. Pesanlah makanan fast foods kegemaran anda sekarang juga. Jangan lupa install aplikasi FoodPanda dulu ya. 

Terima kasih.

Post a Comment

0 Comments