10 Aktiviti Mudah Dilakukan Sepanjang PKP - Lovely Sunshine 10 Aktiviti Mudah Dilakukan Sepanjang PKP

10 Aktiviti Mudah Dilakukan Sepanjang PKP

10 AKTIVITI MUDAH DILAKUKAN SEPANJANG PKP | Assalamualaikum.. Hari ini ialah hari yang ke 5 Perintah Kawalan Pergerakan Fasa 4. Sudah hampir sebulan setengah kita menjalani PKP dan duduk di rumah dengan rutin yang sama. Tiada perubahan kerana kekangan yang tengah berlaku di negara kita ini. 

aktiviti PKP

Bagi seorang individu mahupun sebuah keluarga, kita merasa bosan duduk terperap di rumah dengan melakukan aktiviti yang sama setiap hari. Banyak kesan yang dihadapi terutamanya dari segi emosi dan kewangan.

Di sini Mya sertakan 10 aktiviti yang boleh dilaksanakan bersama keluarga mahupun secara individu. Ada di antara aktiviti ini dapat membantu setiap orang mengendalikan emosi dengan baik dan positif. Aktiviti ini juga memberi kita fokus dalam menjalani rutin harian. 

10 AKTIVITI MUDAH DILAKUKAN SEPANJANG PKP

  1. Mencuba kemahiran baru.
    Kita boleh membuat sesuatu kelainan dengan mencuba skill baru seperti membuat kek, memasak, berkebun dan sebagainya.
  2. Membuat blog di Blogger atau Wordpress.
    Bagi mereka yang minat menulis mengenai makanan, parenting, lifestyle mahupun personal. Anda boleh membuat blog dan bercerita mengenai diri anda dalam bentuk penulisan. Anda juga boleh mencatat setiap yang berlaku di dalam blog sebagai kenangan di masa hadapan.
  3. Bekerja sebagai freelancer.
    Jika anda ada kemahiran tertentu seperti web designing atau menulis artikel sebagai guest post. Ambil peluang ini, iklankan diri anda di laman sosial media ataupun LinkedIn. Sedikit sebanyak dapat menambah side income sebagai tambahan pendapatan.
  4. Mengemas almari dan laci peribadi.
    Kesibukan bekerja menyebabkan kita tiada masa untuk mengemas rumah mahupun bilik sendiri. Kadang-kadang pakaian yang terlalu banyak di dalam almari memenuhkan ruang sehingga pakaian lama tidak terusik.
    Waktu PKP yang panjang ini, kita boleh mengambil sedikit masa mengemas baju di dalam almari dan asingkan mengikut baru dan lama. Baju yang masih boleh dipakai, disimpan mengikut jenis baju.
    Manakala, baju yang tidak boleh dipakai dan masih dalam keadaan elok, berikan kepada mereka yang memerlukan. Mana yang tidak berguna lagi, boleh dijadikan sebagai kain buruk ataupun dibuang begitu saja. 
  5. Buat senarai emosi positif dan negatif yang dihadapi.
    Bila terkurung di sebuah tempat menyebabkan kita rasa tertekan dengan persekitaran. So, cara saya mengatasi emosi dengan menyenaraikan apa punca saya bersikap positif dan negatif di atas sebuah buku. Contoh: jika anda berbual dengan seseorang menyebabkan anda stress atau marah, elakkan berbual dengan si dia pada masa akan datang.
    Jika anda ceria dan sentiasa gembira apabila menghabiskan masa dengan berkebun. Jadikan berkebun itu sebagai hobi atau pengubat apabila stress. Kadang-kadang dengan melakukan perkara yang kita suka, dapat menggembirakan hati kita sepanjang hari.
  6. Membaca buku.
    Ada pelbagai genre buku di luar sana; di antaranya adalah fakta, fiksyen, novel cinta, buku-buku ilmiah dan buku pengetahuan am. Ada di kalangan ulat buku boleh menghabiskan 2 buah buku dalam masa sehari. Mereka memperoleh banyak ilmu lebih-lebih lagi untuk genre pengetahuan am. Ilmu yang mereka dapat boleh dikongsi bersama-sama.
  7. Belajar bahasa lain selain bahasa Malaysia.
    Macam saya, saya minat menonton anime. Dari saya remaja lagi, saya nak belajar bahasa Jepun. Faham apa yang mereka perkatakan. Selain itu, saya juga belajar pelbagai bahasa Eropah yang lain menggunakan aplikasi Duolingo. Ia amat mudah untuk dipelajari.
  8. Main game bersama anak-anak.
    Banyak permainan yang boleh kita main bersama. Antara permainan legend semasa zaman kanak-kanak ialah Saidina, Old Maid, Happy Family, Scrabble, Batu Seremban, Congkak, UNO, Jenga dan sebagainya.
    Dapat merapatkan lagi hubungan di dalam keluarga. Anak-anak tidak merasa bosan atau tertekan berada di rumah sepanjang PKP.
  9. Online shopping.
    Shopping is a must for a woman. Hilangkan stress dengan membeli barang di atas talian seperti Shopee, Lazada, GrabFood dan sebagainya. Saya lebih suka membeli barang di Shopee lebih-lebih lagi alat tulis dan buku nota. Walaupun tidak membeli sekalipun, dapat cuci mata pun jadilah. Add to cart katanya. Ada rezeki lebih, boleh check out.
  10. Mencuba resepi baru.
    Sepanjang PKP ini berlangsung, sudah banyak resepi yang telah saya cuba antaranya; puding roti, agar-agar Milo, kek viral 3 bahan, tepung pelita, nasi ayam berempah dan puding karamel. Ada yang jadi dan ada juga yang tidak jadi. Mencuba pelbagai jenis makanan, makanan yang jarang kita buat. At least, we gain an experience. Mana yang tak jadi tu, boleh cuba lagi pada masa akan datang. Seronok.
Aktiviti ini boleh buat bersama-sama adik beradik, anak-anak ataupun ibu bapa. Ada peluang untuk bersama keluarga, inilah masanya. Nanti apabila sudah kembali bekerja, kekangan masa mengehadkan segala aktiviti bersama anak-anak. So, apa tunggu lagi. Lakukan apa-apa aktiviti berfaedah yang boleh dijalankan di dalam rumah sebagai perkara yang menyeronokkan. Buang segala negative vibes supaya diri tidak tertekan dengan keadaan sekarang. Have fun. 

Love,
Mya Rosli

Post a Comment

3 Comments

  1. Banyak boleh dilakukan kan sebenarnya.

    ReplyDelete
  2. banyak je aktiviti yang boleh buat.. mahu atau tak saja

    ReplyDelete
  3. betul banyak benda boleh buat..

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen yang diberi.
Mya akan blogwalking ke blog anda semula.