10 Petua Pulihkan Mata Panda - Lovely Sunshine 10 Petua Pulihkan Mata Panda

10 Petua Pulihkan Mata Panda

10 PETUA PULIHKAN MATA PANDA | Assalamualaikum.. Dah lama Mya tidak up entri berkaitan tips kecantikan dan kesihatan kan. Hari ini Mya nak kongsi petua pulihkan mata panda. Apa itu mata panda? Mata panda adalah lingkaran gelap di bawah mata yang disebabkan kekurangan tidur atau menangis terlalu lama.

Apabila munculnya mata panda ini, pasti kita mencari penyelesaian yang mudah untuk menutupnya; concealer. Concealer bukan sahaja produk kosmetik untuk menutup mata panda, malah ia juga menutup cela di muka.


Pulihkan mata panda

Adakah anda tahu banyak lagi cara lain untuk menutup mata panda? Setiap cara yang bakal dikongsikan tidak mempunyai kos yang tinggi. Malah setiap bahan yang digunakan mesti ada di semua rumah termasuk rumah saya juga.

10 PETUA PULIHKAN MATA PANDA

1. Sudu Stainless Steel
Sejukkan sudu yang bersih di dalam peti ais selama 15 minit. Kemudian, keluarkan sudu dan urut bahagian bawah mata dengan bawah sudu.

2. Uncang Teh
Rendam 2 uncang teh sekejap ke dalam air sejuk. Keluarkan dan perah uncang sehingga baki air keluar. Letakkan uncang teh di atas mata selama 10 minit. Kemudian, bilas mata dengan air biasa.

3. Kentang dan Tomato
Kisarkan sebiji kentang yang sudah dibuang kulit dan sebiji tomato. Kisar kasar, jangan terlalu halus. Rendam bebola kapas ke dalam jus yang terhasil dan letakkan di bahagian bawah mata. Biarkan selama 15 minit dan bilas.

4. Susu
Celupkan 2 helai kapas di dalam susu sejuk. Letakkan kapas di bawah mata. Biarkan selama 20-30 minit.

5. Timun
Sejukkan sebatang timun di dalam peti ais selama 10 minit. Kemudian, hiris timun  tebal-tebal. Letakkan 2 keping timun di bawah kedua-dua mata.Biarkan hirisan timun tadi selama 10 minit. Ulang langkah beberapa kali sehari.

6. Air Suam dan Garam
Ambil segelas air suam dan masukkan 1/2 sudu teh garam ke dalam gelas, kemudian kacau. Rendam 2 helai kapas di dalam air suam tadi. Letakkan di bahagian bawah mata selama beberapa minit. Ulang langkah tadi setiap setengah jam.

7.   7. Ais
Balutkan beberapa ketul ais menggunakan kain bersih. Letakkan di bahagian bawah mata dan urut secara perlahan-lahan.

8. Strawberi
Simpan strawberi segar di dalam peti ais selama 30 minit. Kemudian, hiris strawberi tebal-tebal. Letakkan hirisan strawberi di bahagian bawah mata selama 20-30 minit.

9.  Tomato
Potong 1 biji tomato kecil dan masukkan ke dalam mangkuk. Masukkan sedikit jus lemon, dan hancurkan sehingga menjadi pes. Dengan menggunakan kapas, sapu pes tadi di bahagian bawah mata secara perlahan-lahan. Biarkan selama 10 minit dan bilas dengan air sejuk.

10. Jus Oren
Masukkan beberapa titis madu ke dalam segelas jus oren dan kacau. Rendam sehelai kapas dan sapu perlahan-lahan di bahagian bawah mata. Urut secara perlahan-lahan dan bilas dengan air.

Ini adalah senarai 10 Petua Pulihkan Mata Panda. Bagi yang mengalami kesukaran untuk tidur dan mempunyai mata panda keesokan harinya. Anda tidak perlu risau lagi. Dengan adanya bahan-bahan yang tertera di atas, anda boleh menghilangkan mata panda secara konsisten. Setiap yang semula jadi pasti mengambil masa untuk pulihkan kulit kita. Bersabarlah dalam memulihkan mata panda anda.

Selamat Mencuba. Terima Kasih.

Sumber: Purple Tea

Post a Comment

7 Comments

  1. Okay, nanti nak cuba la. Mana tau berhasil salah satunya. Mata panda teruk dah ni. Terimakasih atas perkongsian :)

    Ika datang singgah sini https://ikashoid.blogspot.com/2020/04/ebook-review-eblys-by-fatinilam-sari.html

    ReplyDelete
  2. Okay nak cubalah. Mata panda ni payah nak hilang nak nak bila ada baby ni

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah x penah ada masalah ni.. tapi saya ada sepupu yang kronik betul mata panda dia. macam kena tumbok..

    ReplyDelete
  4. Barulah saya tahu boleh guna sudu stainless steel juga.. hehe..

    ReplyDelete
  5. this is just what i needed

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum..

    saya sudah flow folback ya...

    Salam ukwah dari saya untuk anda.....jom follow blog aku ya...

    Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..

    Terima kasih sekali lagi..ya

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen yang diberi.
Mya akan blogwalking ke blog anda semula.