11 Resepi Kuih Raya Popular Digemari Ramai - Lovely Sunshine 11 Resepi Kuih Raya Popular Digemari Ramai

11 Resepi Kuih Raya Popular Digemari Ramai

11 RESEPI KUIH RAYA POPULAR DIGEMARI RAMAI | Assalamualaikum.. Hari ini sudah masuk 15 Ramadhan 1441 Hijrah, pertengahan bulan Ramadhan. Tinggal 15 hari lagi sebelum menyambut Hari Aidilfitri. Sebelum ini kita membuat persediaan Hari Raya dengan membeli baju raya dan kuih raya pada bulan Ramadhan.

11 ResepI Kuih Raya Popular Digemari Ramai

Tahun ini lain ceritanya, baju raya ambil yang mana ada sahaja. Yang tahun lepas punya atau baju kerja harian biasa. Manakala kuih raya pula, kita kumpul koleksi resepi untuk dibuat sepanjang PKP berlangsung. Tak perlu susah-susah nak beli, cari je atas talian. Senang cerita catat resepi yang akan saya kongsikan hari ini. Koleksi Resepi Kuih Raya Popular dari rakan-rakan blogger dan saya. 

11 RESEPI KUIH RAYA POPULAR DIGEMARI RAMAI

#1 RESEPI BISKUT ROSELLE

Biskut Roselle

BAHAN-BAHAN

50g roselle - dicincang dengan lumat
90g gula aising
180g tepung gandum
90g marjerin
1 biji kuning telur

CARA-CARA

1. Campurkan marjerin, gula aising, kuning telur dan roselle dalam satu bekas. Gaul sebati.
2. Masukkan tepung gandum, uli sehingga doh menjadi lembut. Canaikan dan buatlah bentuk korang suka.
3. Sediakan loyang dan kertas minyak. Susun biskut yang hendak dibakar. Bakar dalam suhu 160 darjah Celsius selama 15 minit.
4. Siap dan hidangkan bila sejuk.

Resepi Asal: KakGojes

#2 RESEPI CORNFLAKES CRUNCHY COOKIES AZLINA INA

cornflakes crunchy

BAHAN-BAHAN

Bahan A

1 cawan mentega
1 cawan gula perang
1/2 cawan minyak masak
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanilla
Sedikit garam halus 

Pukul semua bahan A di dalam mixer sehingga sebati.

Bahan B

4 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung susu
1 sudu teh tepung beras
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat

Ayak semua bahan B ke dalam mangkuk lain.

1 cawan cornflakes dikisar

CARA-CARA

1. Campurkan cornflakes ke dalam bahan A.
2. Perlahan-lahan masukkan pula Bahan B. Kacau sehingga sebati.
3. Masukkan adunan biskut dalam peti ais selama 20 minit.
4. Bentukkan adunan. Gaulkan biskut yang dibentuk dengan cornflakes yang diramas kasar.
5. Bakar dalam oven selama 20 minit pada suhu lebih kurang 170 darjah Celsius.
6. Siap dan hidang.

Resepi Asal: Adianiez

#3 RESEPI NUTELLA CORNFLAKES

Nutella Cornflakes

BAHAN-BAHAN

50g badam cincang - disangai
125g kepingan badam - disangai
300g coklat gelap
200g coklat putih
100g nutella - anggaran 3 sudu besar
500g baby cornflakes

CARA-CARA

1. Masukkan dark chocolate dan white chocolate ke dalam mangkuk. Cairkan menggunakan teknik double boiler.
2. Kemudian, masukkan 3 sudu besar nutella ke dalam adunan coklat tadi. Kacau sehingga sebati. Jangan lupa tutup api ya.
3. Lepaa dah sekata, masukkan pula baby cornflakes dan kepingan badam.
4. Gaul sehingga cornflakes disaluti chocolate.
5. Masukkan adunan ke dalam paper cup.
6. Taburkan badam cincang di atas adunan tadi.
7. Sejukkan cornflakes nutella tadi di bahagian freezer selama 5 minit.
8. Dah siap.

#4 RESEPI BISKUT CORNFLAKES RANGUP

Cornflakes Rangup

BAHAN-BAHAN

250g mentega
3/4 cawan gula aising
1 sudu teh esen vanilla
1 biji kuning telur
250g cornflakes - ramas-ramas sikit
2 cawan tepung naik sendiri - diayak terlebih dahulu
mangkuk kertas secukupnya
ceri merah dihiris kecil atau mengikut saiz kegemaran anda

CARA-CARA

1. Pukul mentega dan gula aising hingga sebati.
2. Setelah sebati, masukkan telur dan pukul lagi, setelah itu masukkan esen vanilla.
3. Masukkan tepung naik sendiri dan cornflakes yang telah diramas. Gaul sebati menggunakan senduk kayu.
4. Masukkan adunan ke dalam mangkuk kertas dan hiaskan dengan hirisan ceri merah.
5. Bakar pada oven yang telaj dipanaskan pada suhu 170 darjah Celsius selama 15-20 minit.
6. Biarkan sejuk seketika dan simpan di dalam biskut kedap udara.

Resepi Asal: Bonde Zaidalifah

#5 RESEPI BISKUT SARANG SEMUT

Sarang Semut

BAHAN-BAHAN

250g mentega
1/2 cawan gula kastor
1 3/4 cawan tepung jagung*
2 1/2 cawan tepung gandum*
1 sudu teh baking powder*
1/2 cawan tepung kastard
2 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu kecil pewarna kuning (optional)

Ayak bahan bertanda *

CARA-CARA

1. Pukul mentega dan gula hingga kembang.
2. Masukkan esen vanilla dan kuning telur satu persatu. Pukul lagi sehingga sebati menggunakan mixer.
3. Kemudian, masukkan tepung kastard dan kacau rata.
4. Masukkan tepung yang diayak ke dalam adunan hingga menjadi doh.
5. Kalau adunan lembik, boleh tambahkan tepung gandum atau tepung jagung semasa menguli sehingga menjadi doh.
6. Kalau dah tak melekat tapi masih lembut tak boleh nak sagat. Jadi, sejukkan dalam peti ais. 
7. Dah keras boleh sagat sikit-sikit.
8. Adunan yang disagat masukkan dalam cawan kertas.
9. Taburkan coklat urai atau manik ikut citarasa.
10. Bakar dalam oven dengan suhu 165 darjah Celcius selama 20 minit.

Resepi Asal: MariaFirdz

#6 RESEPI COOKIES ALA FAMOUS AMOS

Cookies Famous Amos

BAHAN-BAHAN

500g mentega
2 1/2 cawan gula perang
1 1/2 sudu teh esen vanilla
2 biji telur
6 cawan tepung gandum*
1 cawan tepung jagung*
1 1/2 sudu teh baking powder*
1 1/2 sudu teh sodium bicarbonate*
10 sudu besar minyak masak
4 cawan coklat cip / coklat rice

Ayak semua bahan bertanda *

CARA-CARA

1. Campurkan mentega dan gula perang. Gaul sehingga sebati.
2. Kemudian, masukkan telur dan esen vanilla dan gaulkan lagi.
3. Bila dah sebati, masukkan bahan yang telah diayak tadi.
4. Masukkan pula minyak masak dan gaulkan sehingga betul-betul serasi bersama.
5. Akhir sekali, masukkan coklat cip atau coklat rice. Simpan adunan ke dalam fridge untuk 1/2 jam.
6. Bila dah cukup 1/2 jam, panaskan oven untuk suhu 150-160 darjah Celsius dan api atas bawah ya. Kalau oven ada kipas, sila on juga.
7. Bentukkan adunan ke dalam tray menggunakan sudu.
8. Bakar selama 20-30 minit. Dah siap.

Resepi Asal: Ajumohit

#7 RESEPI TART NENAS GULUNG PALING GEBU DAN SEDAP

tart nenas gulung

BAHAN-BAHAN

250g mentega
3 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar susu tepung
300g tepung gandum
50g tepung jagung
30g tepung kastard
30g gula aising
Secubit garam - tak letak
1 kuning telur
Jem nenas secukupnya
Kuning telur dan susu cair untuk hiasan

CARA-CARA

1. Kacau mentega, minyak sapi dan gula aising dengan sudip kayu sehingga sebati. Tak perlu kembang sangat.
2. Masukkan telur kuning, kacau lagi. Kemudian, masukkan susu tepung dan garam.
3. Perlahan, masukkan semua tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang lembut. Perap 1 jam tutup dengan tuala.
4. Gunalah acuan kesukaan. Masuk inti nenas dan gulung. Sapu campuran kuning telur.
5. Bakar dengan suhu 150 darjah Celsius atau ikut suhu masing-masing dalam 25 minit atau sehingga kekuningan.
6. Dah siap.

Resepi Asal: Wani Sukarno

#8 RESEPI KUIH RAYA SEMPERIT SUSU ANZALNA

Semperit Susu Anzalna

BAHAN-BAHAN

250g mentega suhu bilik - jangan lembik sangat
50g gula aising/gula pasir yang dikisar halus
120g susu pekat manis
400g tepung jagung
30g tepung kastard
1 sudu teh esen vanilla
Chocolate chip - hiasan

CARA-CARA

1. Masukkan mentega dan gula. Kacau sebati menggunakan senduk sahaja.
2. Masukkan susu pekat manis dan esen vanila, kacau sebati.
3. Satukan tepung jagung dan tepung kastard. Masukkan dalam adunan. Gaul dengan tangan sehingga menjadi doh yang lembut. 
4. Bahagikan doh kepada 3 bahagian. Satu adunan warna pink, satu adunan warna ungu dan satu adunan lagi tak perlu letak pewarna.
5. Ambil sedikit adunan dari ketiga-tiga warna, satukan.
6. Masukkan dalam acuan semperit.
7. Tekan atas dulang pembakar. Letakkan coklat cip.
8. Bakar dalam suhu 180 darjah Celsius selama 20-25 minit menggunakan api atas bawah.
9. Dah siap.

Resepi Asal: Azhafizah

#9 RESEPI BISKUT ARAB KUIH FAVOURITE MAK

Biskut Arab

BAHAN-BAHAN

3 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula kastor
1 cawan minyak masak
2 sudu besar mentega
100g kacang tanah - digoreng, dibuang kulit dan ditumbuk

CARA-CARA

1. Goreng/Sangai tepung di dalam kuali sehingga kekuningan. Masukkan ke dalam bekas adunan.
2. Panaskan minyak dan kemudian masukkan mentega di dalam kuali dalam 5 minit dan hingga mentega cair.
3. Masukkan minyak ke dalam adunan tepung bila agak sejuk, gaulkan sehingga sebati.
4. Jemput adunan lebih kurang sebesar 20sen dan bulatkan. Buatkan lubang pada adunan untuk masukkan kacang tanah, bulatkan kembali dan letak di dalam dulang pembakar.
5. Bakar dengan suhu 160 darjah Celsius lebih kurang dalam 20 minit.
6. Letakkan biskut arab yang telah dibakar dan golekkan sehingga gula menyaluti biskut. Angkat dan simpan atau boleh dimakan terus.

Resepi Asal: Umi Fuzy

#10 RESEPI BISKUT SIMPLE SUSU NESPRAY

biskut simple susu nespray

BAHAN-BAHAN

1kg tepung gandum
300g mentega
300g gula halus
2 1/2 sudu teh esen vanilla
1 3/4 sudu teh baking powder
5 biji telur
300g serbuk susu nespray + 150g gula halus - digaul dengan biskut selepas masak

CARA-CARA

1. Campur semua bahan di atas di dalam besen.
2. Uli semua bahan sehingga doh terbentuk.
3. Apabila doh berjaya dibuat, bentuk doh mengikut bentuk yang korang suka.
4. Panaskan oven pada suhu 180 darjah Celsius, api atas bawah dan bakar biskut antara 15-20 minit - mengikut oven masing-masing.
5. Bila biskut siap dibakar, masukkan biskut ke dalam serbuk susu nespray yang telab ditambah bersama gula halus tadi dan sehingga bercampur sepenuhnya. Kemudian, susunkan di dalam bekas kedap udara.
6. Siap.

Resepi Asal: MrsPip

#11 RESEPI BISKUT RAYA KACANG HIJAU MUDAH DAN SEDAP

Biskut Kacang Hijau

BAHAN-BAHAN

Bahan A

100g tepung kacang hijau
100g tepung gandum
50g gula aising
1/2 sudu teh garam
1/2 biji kuning telur

Bahan B

1/2 sudu teh serbuk penaik
Minyak secukupnya

CARA-CARA

1. Masukkan bahan A dan sebatikan.
2. Masukkan serbuk penaik dan gaul rata.
3. Masukkan minyak masak dan uli sehingga jadi doh yang lembut.
4. Uli adunan dengan plastik. Terapkan acuan biskut dan sapukan kuning telur di atas permukaan biskut.
5. Bakarkan dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 150 darjah Celsius selama 30 minit atau sehingga masak.
6. Dah siap.

Resepi Asal: Sii Nurul

Selamat mencuba.

Post a Comment

2 Comments

  1. Waa.. Byak resepi.. 😘

    ReplyDelete
  2. Mood nak buat biskut raya baru slow2 mai ni..tapi tak start lg..Hihi

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen yang diberi.
Mya akan blogwalking ke blog anda semula.