MY LOVELY BITER's | Assalamualaikum.. Hari ini Mya ingin memperkenalkan group support yang membantu dalam membangunkan blog Lovely Sunshine. Group ini adalah di bawah naungan Bite Media Consultants. Bite Media Consultants ini ditubuhkan oleh sis Siti Awadah sebagai founder dan admin utama group ini. Syarikat ini ditubuhkan untuk membantu golongan suri rumah dan blogger seperti beliau dalam menjana pendapatan menggunakan platform blog. Beliau mengajar tentang bagaimana blog itu berfungsi dan mengajar ahli group ini dari A to Z. From nothing to extraordinary.
Group ini dilatih dan diberi tunjuk ajar melalui satu kelas tertutup yang hanya boleh dilihat oleh ahli Biters ini sahaja. Setiap pertanyaan mengenai blog atau general terms boleh dibincangkan di dalam group ini. Setiap ahli tidak lokek dalam berkongsi ilmu mengenai blog dan rezeki. Mereka saling membantu sesama sendiri yang memerlukan pertolongan antaranya pasang template, edit template, exchange bloglist, exchange komen dan sebagainya. Pencapaian setiap blog ahli BITER's semakin meningkat selepas menyertai group ini. Alhamdulillah, blog Lovely Sunshine juga mempunyai peningkatan dari segi pageviews dan Adsense.
Sebelum Mya ceritakan lebih lanjut tentang Group BITERS ini. Mya nak kongsi cara perkenalan dengan BITERS. Sebenarnya, Mya dah lama tahu tentang group BITER's ini. Cuma waktu itu belum ada rezeki. Mya memang berminat dengan penulisan sama ada atas talian mahupun di dalam buku nota. Waktu itu, satu post mengenai BITERS yang ditulis oleh Sis Hawa telah menarik minat Mya mungkin dari segi ilmu yang bakal dikongsi. Tetapi komitmen yang perlu ditunjuk tidak dapat dipenuhi.
Pada bulan Mac yang lalu, semasa Sis Hawa berkongsi rezeki dengan Mya. Mya terdetik ingin mengetahui tentang BITERS dengan lebih lanjut. Alhamdulillah, Mya telah menjadi salah seorang ahli BITERS pada 26 Mac 2020. Dengan sikap yang tidak sabar dalam menuntut ilmu blog, Mya meneroka segala ilmu yang dikongsikan dan mengadaptasikan di dalam blog Lovely Sunshine. Musim PKP, banyak masa yang terluang dapat dimanfaatkan untuk blog Mya sendiri.
Pencapaian sepanjang menyertai group BITERS ini dari segi pageviews, alhamdulillah semakin meningkat dari 2 angka ke 3 angka dalam sehari. Sama ada di Blogger dashboard mahupun Google Analytics. Selain itu juga Adsense meningkat walaupun 3 sen seminggu atau 10 sen sebulan. Mya sangat bersyukur dengan pencapaian sekarang dan masih lagi berusaha untuk meningkatkan lagi pencapaian ke tahap yang lebih tinggi.
Apa yang paling seronok sekali mengenai BITERS ini ialah bonding antara ahli BITERS sangat erat seperti satu keluarga. Mya mempunyai ramai kakak, abang dan adik dalam group ini. Mereka menyokong segala perkongsian di dalam blog dengan blogwalking dan membetulkan apa yang patut. Selain itu juga, Mya memperolehi ilmu yang baru mengenai SEO, related keywords, Google Trends, Adsense dan ilmu copywriting. Disebabkan itu, Mya sangat bersyukur dapat mengenali Sis Hawa, ahli BITERs dan group BITERs ini. Thank you BITERS. Di sini Mya sertakan sedikit pencapaian pageviews di Blogger dashboard dan Google Analytics.
Sebelum Mya mengakhirkan kata-kata di entri ini, Mya ingin memperkenalkan ahli Biters yang supportive dan sporting di dalam group ini. Terdapat 113 ahli Biters termasuk Sis Hawa. Tetapi Mya hanya dapat berkongsi 71 orang ahli BITERs sahaja di dalam BITERS bloglist. So, sesiapa yang ingin mengenali ahli BITERS yang lain bolehlah ke link blog mereka di sidebar BITERS bloglist ya. Have fun.
Itu sahaja untuk hari ini. Terima kasih.
15 Comments
seronok ada kawan2 cemni yang kongsi ilmu..
ReplyDeletebagus baguss =)
ada niat juga nak join tapi belum ada rezeki :)
ReplyDeletetak apa. slow-slow, nanti ada rezeki lebih.. joinlah
DeleteBanyak ilmu dapat. Thanks to Biters.
ReplyDeleteBetul.. byk ilmu yg kita dpt bila join bitersss.. go biters..
ReplyDeletealhamdulillah... terima kasih atas feedback dan moga Mya juga terus maju jaya ya... aamiin
ReplyDeleteterima kasih juga kat sis awa sebab banyak bagi tunjuk ajar..
DeleteAlhamdulillah.. tahniah atas pencapaian Mya..
ReplyDeletebest join biters nie.. Banyak ilmu, kwn2 pun ramai support, dapat kongsi rezeki..
semoga terus sukses ^^
Tahniah di atas pencapaian ^^
ReplyDeleteByk ilmu blogging oleh dpt bila join Biters kan Mya.
ReplyDeleteBestnya..suatu hari nanti saya nak join jugalah... skrg slow down sikit dalam berblog ni...
ReplyDeletetak apa.. slow2 pun tak apa.. ilmu itu sentiasa ada
Deletehi info menarik ini :) done follow, follow me back.. thanks
ReplyDeletehttp://acuyuhan.blogspot.com/
seronok join biters kan? banyak ilmu blogging yang kita dapat, slowly improving penulisan kita
ReplyDeleteAllhamdulillah
ReplyDeleteTerima kasih atas komen yang diberi.
Mya akan blogwalking ke blog anda semula.