Pertama Kali Mengenali Nurraysa - Lovely Sunshine Pertama Kali Mengenali Nurraysa

Pertama Kali Mengenali Nurraysa

PERTAMA KALI MENGENALI NURRAYSA | Assalamualaikum.. Hari ini saya ingin bercerita bagaimana saya mula jatuh cinta dengan produk Nurraysa ini. 


Pertama Mengenali Nurraysa

Saya mengalami kulit sensitif mungkin disebabkan penyakit yang dialami oleh saya. Saya mempunyai resdung dan sangat alah pada habuk dan produk kecantikan terutamanya produk mekap. Kejadian ini berlaku semasa mengikuti rombongan meminang sepupu saya. Kebiasaanya kita mesti nak nampak cantik di mata orang lain lebih-lebih lagi event yang mempunyai ramai tetamu. 

So, saya meminta tolong kakak sepupu untuk mekapkan muka saya ini. Apa yang berlaku selepas majlis ialah kami semua pulang ke rumah masing-masing. Rombongan terus pulang ke Kuantan, manakala saya pulang ke rumah. Setibanya di rumah selepas membersihkan muka, kulit saya terasa pedih dan gatal-gatal. Dari situ saya tahu, tak semua produk mekap sesuai dengan kulit saya.

Pada masa yang sama, saya masih lagi menganggur dan duduk di rumah sahaja. Pada bulan April 2017, saya tekad untuk mencari side income untuk membayar balik hutang PTPTN. Waktu itu, saya mencari melalui Facebook. Saya melihat post adik sepupu berkenaan dropship Nurraysa. Perkara yang membuatkan saya lagi tertarik untuk menjadi dropship Nurraysa pada masa itu ialah dropship TANPA MODAL

Saya tidak bekerja dan tiada gaji yang tetap, so saya ambil peluang ini dengan bertanya lebih lanjut mengenai skop sebagai dropship Nurraysa. Syaratnya sangat mudah; tidak perlu pegang stok, tidak perlu pos barang dan bahan promosi disediakan. 

Selepas saya menjadi salah seorang dropship Nurraysa, saya mempromosikan produk Nurraysa ini pada saudara mara terlebih dahulu. Alhamdulillah, walaupun jualan tidak kencang. Ada juga yang membeli. Dengan komisen yang saya dapat, saya mencuba salah satu produk Nurraysa iaitu Argan Whitening Moisturizer.

Saya sangat suka menggunakan Argan Whitening Moisturizer tersebut. Saya telah menceritakan serba sedikit feedback selepas menggunakannya di sini. Tindak balas yang positif ke atas kulit saya membuat saya percaya dan yakin dengan produk Nurraysa ini.

Kemudian, saya mencuba produk Nurraysa yang lain seperti Pearl Magic Lipstick dan Collagen Soap. Selain itu, saya masih lagi mempromosikan produk Nurraysa ini di laman sosial Facebook dan Instagram. Mungkin disebabkan saya ingin berubah dan memasang niat untuk membayar hutang, saya mendapat kerja sebagai pembantu jualan di sebuah pusat membeli belah berjenama yang terkenal di Malaysia.


Magic Lipstick Wt Marula Oil
Magic Lipstick
Collagen Soap wt Marula Oil
Collagen Soap

Selepas itu, hasil jualan semakin kurang atas kesibukan shif kerja yang berubah. Saya cuma promosikan produk Nurraysa ini apabila ada jualan murah sahaja. Dalam sebulan, jualan saya tidak sampai seratus ringgit. Setelah setahun saya bekerja di AEON, saya mendapat tawaran kerja tetap dari Suruhanjaya Pendidikan Pelajaran sebagai pembantu makmal. 

Sepanjang saya bekerja sebagai pembantu makmal, rakan saya yang lain menyokong bisnes side income ini dengan membeli produk Nurraysa. Pada tahun ini, saya dapat realisasikan impian saya untuk menaik taraf sebagai agen Nurraysa. Dengan bantuan anda semua.

Produk Nurraysa ini ialah produk mesra wuduk, mudah dicuci dan dibawa solat. Produk ini telah mendapat kelulusan KKM. Dan kini Nurraysa telah mempunyai 26 produk yang telah dihasilkan dan mendapat sambutan yang hangat daripada semua pelanggan Nurraysa di Malaysia dan Singapura.

So, apa tunggu lagi. Anda yang berminat untuk mendapatkan produk Nurraysa ini bolehlah menghubungi maklumat yang tertera dibawah:

Trusted Nurraysa Agent:
Mardhiyyah binti Rosli (ID: E8870066)
Facebook: Mardhiyyah Rosli
Cod: Bandar Tun Razak / Bandar Sri Permaisuri
Pengeposan Seluruh Malaysia.

Post a Comment

0 Comments