Resepi Agar-Agar Milo Yang Sedap dan Mudah

by - Saturday, May 02, 2020

Resepi Agar-agar Milo Yang Sedap dan Mudah | Assalamualaikum.. Hari ini Mya nak kongsi resepi Agar-agar milo. Sebenarnya, Mya bukan seorang yang rajin memasak lebih-lebih lagi bila bekerja dari pagi sampai petang. Tetapi sejak PKP dikuatkuasakan pada 18 Mac yang lalu. Rutin harian berubah 360 darjah. Antaranya ialah menghabiskan masa di dapur sambil menolong emak memasak. 

Akibat kebosanan yang melampau, Mya craving. I have sweet tooth. So, Mya tak boleh berpisah dengan benda manis terutamanya chocolate. Kalau dulu, every Friday waktu lunch mesti keluar beli barang dengan rakan sekerja. Chocolate is a must item. Always in my list. Then, PKP ini mengehadkan pergerakan dan keperluan yang penting sahaja harus dibeli.

resepi agar-agar milo

Mya cuba cari resepi desserts yang simple. I found agar-agar milo. A simple ingredients seperti Milo mesti ada di setiap rumah kan? Alhamdulillah, Milo dah ada. What left is susu pekat. Then, Mya minta tolong ayah belikan susu pekat. You know what. He bought something else too.. Such as tepung pulut, tepung ubi kayu, tepung beras dan bahan-bahan masakan yang lain. Later on, Mya sediakan segala bahan untuk sediakan agar-agar Milo.

Resepi Agar-Agar Milo Yang Sedap dan Mudah

Bahan-bahan

1 paket agar-agar tali
1.5 liter air masak
7 sudu besar Milo
1/2 tin susu pekat
3 sudu besar gula pasir
1 cawan air panas.

Cara-cara

  1. Masukkan agar-agar dengan 1.5 liter air ke dalam periuk.
  2. Masukkan gula pasir dan kacau sehingga larut.
  3. Masukkan serbuk Milo, susu pekat dan air panas di dalam bekas yang lain. Kacau sehingga larut.
  4. Masukkan air Milo tadi ke dalam periuk. Kacau sehingga ia mendidih.
  5. Tutup api. Tapiskan agar-agar Milo tadi ke dalam loyang.
  6. Sejukkan agar-agar Milo di dalam peti sejuk selama 2-3 jam sebelum dihidangkan.
Resepi Asal: Cik Matahariku

Dah siap..

Mya buat resepi ini sebelum bulan Ramadhan. Sempatlah menjamu pakcik-pakcik Mya yang menolong di kebun. Mereka kata sedap, cukup manis. Inilah hasilnya..

resepi agar-agar milo

p/s: Blog baru tukar template, banyak resepi yang telah dibuat sewaktu maintenance. Tinggal nak taip entri dan publish je. So, I hope this is the starter to commit in this blog seriously.





You May Also Like

11 Comments

  1. ini nikmat sangat kalooo sejuk2 makan time berbuka..
    nyuums..

    ReplyDelete
  2. Dah dua blog dah rasanya jumpa orang buat agar-agar milo ni hehe.
    Memang mudah dan simple kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup. simple sangat. bahan-bahan mudah didapati

      Delete
  3. waahh.. belum pernah buat lagi agar2 milo.. nak cuba juga

    ReplyDelete
  4. mudah je nak buat. nanti nak suruh bini buat esok. td dia buat puding gula hangus je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. puding gula hangus pun saya dah buat cuma tak berapa cantik bentuknya.. selamat mencuba..

      Delete
  5. tahniah sis, sedapnya agar-agar milo:) berjaya dah buat sendiri agar-agar milo kann..

    ReplyDelete
    Replies
    1. puas bila buat sendiri.. nak makan banyak mana pun tak apa

      Delete
  6. Boleh tahan beberapa hari jadi dessert masa berbuka di bulan puasa...huhu....
    Nicee...nanti nak try.. Heheeee

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
Selamat berkenalan.
Sila komen dengan perkataan yang baik-baik sahaja.
Terima kasih.