Resepi Bubur Butir Nangka Sedap - Lovely Sunshine Resepi Bubur Butir Nangka Sedap

Resepi Bubur Butir Nangka Sedap

RESEPI BUBUR BUTIR NANGKA SEDAP | Assalamualaikum.. Hari ini Mya nak throwback sikit masa mula-mula Mya dan mak buat bubur butir nangka. Mya buat resepi ini menggunakan resepi asal Azie Kitchen. Mya memang suka bubur butir nangka sebab rasa kenyal butir nangka. Tapi tak adalah beli selalu. Bila terasa nak makan, belilah. Disebabkan Mya teringin nak makan selepas melihat pelbagai jenis pencuci mulut di sini. Mya suruh ayah beli bahan-bahan untuk membuat bubur butir nangka.


resepi bubur butir nangka

Pada percubaan pertama, butir nangka menjadi. Tetapi kuahnya sedikit tawar mungkin kerana terlebih air pandan. Mya yang terpaksa habiskan. Tak nak membazir. 3 hari yang lepas, Mya membuatnya kembali tetapi terlebih adunan lah pula. Nak tahu tak bahan-bahan dia apa?

RESEPI BUBUR BUTIR NANGKA SEDAP

BAHAN-BAHAN

BIJI NANGKA

1 cawan tepung beras pulut - saya guna 700g tepung pulut
4 helai daun pandan
Air
Pewarna epal
Sedikit air kapur
Garam
* saya pakai tepung pulut dan tepung gandum sebab tiada tepung beras pulut

KUAH SANTAN

Santan pekat - saya guna 1 biji santan kelapa
2 helai daun pandan - disimpul
Gula dan garam secukup rasa
1/2 sudu teh halba

CARA-CARA

  • Masukkan daun pandan di dalam blender. Masukkan air sama paras dengan daun pandan. Kemudian, blend daun pandan.
  • Sebelum menguli, panaskan dahulu air separuh di dalam periuk.
  • Masukkan semua bahan biji nangka kecuali air daun pandan ke dalam besen. Uli sehingga sebati.
  • Masukkan tapisan air daun pandan sikit demi sedikit sehingga tepung tidak melekat pada tangan.
  • Kemudian, bentukkan doh seperti biji nangka. Terus masukkan doh biji nangka ke dalam periuk yang sedang mendidih.
  • Apabila biji nangka dah timbul di permukaan air, bolehlah angkat dan masukkannya dahulu ke dalam bekas berisi air masak.
  • Satukan semua bahan kuah santan ke dalam periuk yang lain. Masak menggunakan api yang sederhana. Sentiasa kacau supaya tidak berketul
  • Rasakan garam dan gula. Kacau sampai menggelegak.  Tutup api.
  • Masukkan biji nangka yang dah masak tadi ke dalam kuah santan.
  • Dah siap.

Resepi Asal: Azie Kitchen


bubur butir nangka

Resepi kali kedua ini memang betul-betul menjadi. Sedap dan berlemak. Puas makan banyak butir nangka. Semua kata sedap, siap tambah gula lagi sikit nak bagi manis. Memang terbaik.

Selamat Mencuba.

Love, 
Mya Rosli

Post a Comment

1 Comments

Terima kasih atas komen yang diberi.
Mya akan blogwalking ke blog anda semula.