Resepi Nasi Ayam Berempah Yang Mudah

by - Sunday, May 03, 2020

Resepi Nasi Ayam Berempah Yang Mudah | Assalamualaikum.. Mostly resepi yang baru Mya update mulai semalam dibuat sebelum bulan Ramadhan tiba. Blog Mya sudah berwajah baharu, banyak berkaitan dengan peningkatan blog sudah lari. In same time, dengan adanya entri-entri baru, Mya harap pencapaian blog akan meningkat dan semangat untuk Mya sentiasa fokus pada blog semakin tinggi.

nasi ayam berempah ayam yang mudah

Hari ini Mya nak kongsi nasi kegemaran sejak kecil lagi. A little bit of history. Waktu Mya sekolah menengah dulu, Mya selalu beli Nasi Ayam Hainan dekat Bandar Tun Razak untuk adik bongsu. Yang bestnya, boleh minta nasi dan ayam lebih. Dulu makan banyak mana pun, badan tak naik. Laa ni sekejap je berat badan naik mendadak, lebih-lebih lagi musim PKP ni.

Sebenarnya, Mya nak makan nasi ayam. Mya cakap dengan mak, jom buat nasi ayam. Disebabkan itu, mak membeli 3 ekor ayam. Tapi tak pakai semua, seekor je. Ini adalah resepi emak Mya. Mak ajar, kita masak. Kita hanya menurut perintah sahaja.

Resepi Nasi Ayam Berempah

Bahan-bahan

Nasi
5 cawan beras
seinci halia dipotong nipis
3 biji bawang merah dipotong halus
4 ulas bawang putih dipotong halus
sebatang kulit kayu manis (kecil)
bunga lawang
cengkih
2 sudu besar mentega
sedikit kunyit untuk warna kuning
daun pandan simpul
garam
Maggi secukup rasa
sedikit mentega untuk menumis

1. Panaskan mentega di atas kuali.Tumis bawang merah, bawang putih, halia, kulit kayu manis, bunga lawang dan cengkih. Biar sampai naik bau. Jangan sampai garing. Biarkan layu sekejap.
2. Basuh beras dan toskan. Masukkan di dalam periuk nasi.
3. Gaulkan bahan tumis tadi bersama beras di dalam periuk.
4. Masukkan mentega, daun pandan, kunyit, garam dan Maggi secukup rasa. Gaul sehingga sekata.
5. Sukat air seperti biasa. Jangan banyak sangat takut nasi lembik.
6. Masak nasi sehingga ia masak.

Ayam Goreng Berempah.
1 ekor ayam - potong mengikut kesukaan
3 ulas bawang putih
1 halia
sedikit kunyit
garam

1. Basuh dan toskan ayam yang telah dipotong.
2. Tumbuk bawang putih dan halia sehingga lumat. 
3. Masukkan ke dalam mangkuk berisi ayam.
4. Masukkan garam dan kunyit.
5. Gaul sehingga sebati.
6. Goreng di dalam minyak yang panas menggunakan api perlahan. 
7. Nampak dah keperangan, angkat dan toskan.

Sambal
5 biji cili api
3 ulas bawang putih
5 biji limau kasturi
garam

1. Tumbuk cili api dan bawang putih sehingga lumat. 
2. Masukkan sedikit garam. Tumbuk sehingga sekata.
3. Perah limau kasturi dan buang bijinya.
4. Kacau dengan sudu supaya sebati.
5. Hidangkan di dalam mangkuk kecil.

Sup Ayam
Sedikit ayam bahagian tulang
2 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
seinci halia*
kulit kayu manis
bunga lawang 
cengkih
rempah sup Adabi
garam
Maggi secukup rasa

*dipotong nipis

1. Rebus ayam sehingga masak.
2. Tumis bawang merah, bawang putih, halia, rempah sup Adabi sehingga naik bau.
3. Masukkan ayam yang telah direbus. Kacau sehingga sekata.
4. Masukkan air sehingga paras ayam.
5. Perasakan dengan garam dan Maggi secukup rasa.
6. Masak sehingga mendidih.
7. Siap dan hidangkan.

Inilah hasilnya. Walaupun tidak berapa comel, rasa dia tu yang penting. Memang sedap. Ahli keluarga Mya makan nasi bertambah-tambah. Ialah hasil air tangan MAK dan Mya kan. Mya tidak menyediakan salad, timun ataupun sos kicap. Hanya ini sahaja yang kami sediakan.

nasi ayam berempah

sup ayam

sambal cili

Selamat Mencuba..

Love,
Mardhiyyah Rosli

You May Also Like

5 Comments

  1. Aduii tengok gambar pun tau sedap ni

    ReplyDelete
  2. Ada beza. Kalau saya gunakan sup tu untuk masak nasi.
    Apapun terima kasih kongsi resipi mak saudari.

    ReplyDelete
  3. kalau ade kt kampung ni memang try dah

    ReplyDelete
  4. makan nasi ayam ni memang akan terkenang-kenang. dari sambalnya yang sedap, sup, ayam nya pun ditambah sayuran tomato, salad dan timun. sedapnyaaa..

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
Selamat berkenalan.
Sila komen dengan perkataan yang baik-baik sahaja.
Terima kasih.