RESEPI PUDING KARAMEL MUDAH DAN SEDAP | Assalamualaikum.. Siapa dekat sini suka pencuci mulut puding karamel? Puding karamel atau dikenali puding gula hangus sangat diminati ramai orang kerana rasa manis gula yang dicairkan terlebih dahulu. Mya dan keluarga adalah di antara yang meminati puding karamel ini.
Setiap tahun di bazaar Ramadhan, menu pencuci mulut ini menjadi kewajipan untuk Mya dan adik-adik. Setiap hari mesti beli 2 potong puding karamel sebagai pencuci mulut. Selalunya Mya makan puding karamel ini selepas solat terawih atau moreh. Tahun ini ada kelainannya tersendiri, Mya belajar buat sendiri melalui resipi di Google.
RESEPI PUDING KARAMEL
BAHAN-BAHAN
KARAMEL
PUDING
CARA-CARA
Masukkan gula dan air ke dalam kuali. Hanguskan sehingga keperang-perangan. Kemudian, tuang terus ke dalam loyang. Sejukkan.
Di dalam mangkuk, satukan semua bahan puding. Kacau perlahan, jangan sampai berbuih. Cukup sekadar pecah telur kuning. Kacau sehingga sebati.
Tapiskan bahan puding dan tuang ke dalam loyang karamel.
Kukus selama 45 minit di dalam pengukus.
Sejukkan di dalam peti ais. Dah siap.
Rasanya cukup cuma pudingnya banyak bubbles. Pudingnya tak smooth tapi rasanya yang manis membuatkan Mya berpuas hati walaupun first try. Bagi sedikit dekat saudara-mara terdekat. Yang penting malam tu juga habis.
Selamat Mencuba..
4 Comments
Alhamdulillah
ReplyDeleteSelamat berbuka puasa
Sedapnya.. 😚 teringin pula nak buat. Btw sis, kalau ada terfikir nak jana income tpi tak tahu mcm mana, saya dgn sifu bisnes saya nak menaja sis untuk join kelas online secara PERCUMA. Asalnya berharga RM197, tapi buat masa skrg tgh offer FREE. Sis boleh tengok entry saya untuk tahu lebih lanjut. https://nasihattermasyhur.blogspot.com/2020/05/3-tricks-menambah-income-ketika-pkp.html?m=1
ReplyDeletekalau buat ni usually cedok caramel tu banyak2 sikit hehe..
ReplyDeletesha pernah try masak ni..mmg sdp
ReplyDeleteTerima kasih atas komen yang diberi.
Mya akan blogwalking ke blog anda semula.