Resepi Puding Karamel Mudah Dan Sedap - Lovely Sunshine Resepi Puding Karamel Mudah Dan Sedap

Resepi Puding Karamel Mudah Dan Sedap

RESEPI PUDING KARAMEL MUDAH DAN SEDAP | Assalamualaikum.. Siapa dekat sini suka pencuci mulut puding karamel? Puding karamel atau dikenali puding gula hangus sangat diminati ramai orang kerana rasa manis gula yang dicairkan terlebih dahulu. Mya dan keluarga adalah di antara yang meminati puding karamel ini.


Resepi Puding Karamel Mudah dan Sedap

Setiap tahun di bazaar Ramadhan, menu pencuci mulut ini menjadi kewajipan untuk Mya dan adik-adik. Setiap hari mesti beli 2 potong puding karamel sebagai pencuci mulut. Selalunya Mya makan puding karamel ini selepas solat terawih atau moreh. Tahun ini ada kelainannya tersendiri, Mya belajar buat sendiri melalui resipi di Google.

RESEPI PUDING KARAMEL 

BAHAN-BAHAN

KARAMEL

5 sudu besar gula - saya guna 7 sudu besar
2 sudu besar air

PUDING

5 biji telur saiz sederhana
satu tin susu cair (400ml)
150ml air
4 sudu besar gula
1 sudu teh esen vanilla

CARA-CARA

  1. Masukkan gula dan air ke dalam kuali. Hanguskan sehingga keperang-perangan. Kemudian, tuang terus ke dalam loyang. Sejukkan.

  2. Di dalam mangkuk, satukan semua bahan puding. Kacau perlahan, jangan sampai berbuih. Cukup sekadar pecah telur kuning. Kacau sehingga sebati.

  3. Tapiskan bahan puding dan tuang ke dalam loyang karamel.

  4. Kukus selama 45 minit di dalam pengukus.

  5. Sejukkan di dalam peti ais. Dah siap.

Resepi Puding Karamel Mudah dan Sedap

Rasanya cukup cuma pudingnya banyak bubbles. Pudingnya tak smooth tapi rasanya yang manis membuatkan Mya berpuas hati walaupun first try. Bagi sedikit dekat saudara-mara terdekat. Yang penting malam tu juga habis.

Selamat Mencuba..

Love,
Mya Rosli

Post a Comment

4 Comments

  1. Alhamdulillah
    Selamat berbuka puasa

    ReplyDelete
  2. Sedapnya.. 😚 teringin pula nak buat. Btw sis, kalau ada terfikir nak jana income tpi tak tahu mcm mana, saya dgn sifu bisnes saya nak menaja sis untuk join kelas online secara PERCUMA. Asalnya berharga RM197, tapi buat masa skrg tgh offer FREE. Sis boleh tengok entry saya untuk tahu lebih lanjut. https://nasihattermasyhur.blogspot.com/2020/05/3-tricks-menambah-income-ketika-pkp.html?m=1

    ReplyDelete
  3. kalau buat ni usually cedok caramel tu banyak2 sikit hehe..

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen yang diberi.
Mya akan blogwalking ke blog anda semula.