Resepi Cheesekut Nutella Oreo - Lovely Sunshine Resepi Cheesekut Nutella Oreo

Resepi Cheesekut Nutella Oreo

RESEPI CHEESEKUT NUTELLA OREO | Hari ini Mya hendak kongsi satu resepi pencuci mulut yang baru Mya buat pada minggu lepas. Pencuci mulut ini adalah yang paling mudah Mya buat apabila menggunakan cream cheese. Sebelum ini, Mya ada membuat entri mengenai Resepi Cheesekut Oreo pada 3 tahun yang lalu. Resepi itu dibuat atas permintaan adik sepupu. Tapi kali ini Mya membuat resepi ini disebabkan Pergerakan Kawalan Pergerakan Bersyarat yang sedang berjalan sehingga 9 November 2020. 

cheesekut nutella oreo

Selain itu, tempat kerja Mya menggunakan jadual bergilir dan Work From Home (WFH) bagi yang tidak bertugas di pejabat. Masa berlalu dengan pantas lebih-lebih apabila tidak melakukan sesuatu selain laporan kerja. Disebabkan itu, Mya ingin membuat pelbagai jenis pencuci mulut bagi mengisi masa lapang. Antaranya ialah Cheesekut Nutella Oreo. Resepi ini hampir sama dengan resepi entri ini. Perbezaannya ialah Mya mengubah sedikit bahan-bahan sebelum ini kerana keluarga mengulas bahawa cheesekut sebelum ini adalah sedikit masin.So, marilah kita lihat resepi untuk Cheesekut Nutella Oreo kali ini.

RESEPI CHEESEKUT NUTELLA OREO

BAHAN-BAHAN

500g Tatura Cream Cheese 
6 sudu besar susu pekat manis
6 sudu besar susu Farm Fresh (Pure Fresh Milk) - Mya masukkan 1/2 cawan supaya kurang masin
2 sudu besar Nutella
biskut Oreo
1 cawan susu Farm Fresh; panaskan dan tidak perlu sampai mendidih
biskut cream crackers; jenama Hup Seng


bahan-bahan cheesekut

CARA-CARA

Masukkan cream cheese, susu pekat dan 6 sudu besar susu segar ke dalam blender. Mya tambah lagi susu segar sehingga rasanya cukup. Blend sehingga sebati dan berkrim.

Kemudian, asingkan sedikit adunan cheese untuk diblend bersama nutella. 

Masukkan biskut Oreo ke dalam sealable plastic bag. Hancurkan menggunakan rolling pin sehingga menjadi serbuk Oreo.

Tuangkan susu yang telah dipanaskan ke dalam bekas. Celupkan biskut cream crackers ke dalam susu panas. Jangan celup terlalu lama. Nanti biskut lembik.

Kemudian, susun biskut dalam bekas atau loyang. Susun rapat-rapat dan tuangkan adunan cheese dan ratakan. 

Taburkan serbuk Oreo di atas lapisan adunan cheese sebanyak mana yang anda mahu.

Kemudian susun biskut sekali untuk lapisan adunan nutella cheese. Ulang sehingga adunan cheese habis dan lapisan pertama adalah adunan cheese susu seperti gambar di bawah. Dah siap.

Masukkan ke dalam peti ais semalaman. Kemudian, boleh dipotong dan hidangkan.

cheesekut oreo

cheesekut oreo

Dah siap. Ini adalah Cheesekut Nutella Oreo by Mya Rosli. Rasanya sedap dan tidak terlalu manis. Cheesekut sangat berkrim dan yummy. Hanya Mya dan adik Amnan sahaja yang memakannya. Ini adalah resepi pencuci mulut pertama untuk sepanjang PKPB kali ini. Mya masih lagi mencari resepi pencuci mulut yang mudah dibuat. So, nantikan resepi seterusnya. In sha allah, dalam bulan November ini juga.

Sebelum Mya mengundur diri, Mya masih lagi mengarang idea dan draft untuk entri yang sepatutnya dipublish sebelum ini. Jika tiada kekangan masa, Mya akan cuba publish entri ini secara perlahan-lahan dalam menaikkan blog Lovely Sunshine ini semula. Itu sahaja untuk hari. Assalamualaikum.

Lots of LOVE,
Mardhiyyah Rosli

Post a Comment

6 Comments

  1. Masih mencari di manakan ku oleh cream cheese tu. Hhehehe sedap dapat cheese kut ni.

    ReplyDelete
  2. Bahan simple je, tapi kalau saya nak buat, pun tak reti juga. Terima kasih atas resepi. Nampak sedap juga tu.

    ReplyDelete
  3. Sedap nampak cheesekut ni. Tambah pulak ada nutella

    ReplyDelete
  4. singgah sini.. nampak sedap pula. boleh cuba nanti

    ReplyDelete
  5. sedapp tu bahan2 nya pun mudah nak dibuat

    ReplyDelete
  6. Tak pernah buat lagi cheesekut. Biasa makan je. Boleh buat nanti

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen yang diberi.
Mya akan blogwalking ke blog anda semula.