Resepi Burnt Cheesecake Simple dan Sedap - Lovely Sunshine Resepi Burnt Cheesecake Simple dan Sedap

Resepi Burnt Cheesecake Simple dan Sedap

RESEPI BURNT CHEESECAKE SIMPLE DAN SEDAP | Assalamualaikum, hari ini baru berkesempatan untuk pulun segala draft post sebelum dipublish. Buat masa sekarang, Mya hanya dapat update blog post melalui smartphone sahaja. Laptop mengalami masalah teknikal untuk mendapat access internet di rumah. Mya akan cuba sedaya upaya untuk terus konsisten update blog post secara mingguan. In sha Allah.

Resepi Burnt Cheesecake Simple dan Sedap

Resepi Burnt Cheesecake ini sebenarnya resepi asal Khairul Aming yang viral pada bulan Ramadhan yang lalu. Resepi Burnt Cheesecake simple ini dimasak menggunakan air fryer dan bahan-bahannya sangat mudah didapati. Sebenarnya Mya nak buat resepi ini selepas tengok video tiktok Khairul Aming. 

Mya cuba senaraikan bahan-bahan yang tiada di rumah untuk dibeli. Mya assume yang resepi cheesecake ini hanya perlukan cream cheese dan susu segar seperti resepi dessert cheese yang lain. Mya fokus dalam mencari cream cheese je.

Bila plan tak menjadi sebab adik punya sudden plan nak ke supermarket, memang ingat cream cheese je lah. Itupun Tatura cream cheese dah sold out. Huhu. Mya grab je cream cheese yang mana ada. Mya fikir bolehlah buat Burnt Cheesecake malam itu juga. Mya rewatch balik video tiktok tu, rupa-rupanya Mya kurang satu bahan iaitu whipping cream. Disebabkan itu, Mya punya craving nak makan Resepi Burnt Cheesecake Simple dan Sedap tidak kesampaian.

Pada hujung minggu lepas, Mya dan adik keluar untuk membeli groceries di supermarket. Mya grab segala barang yang diperlu untuk dimasak di rumah dan bahan Burnt Cheesecake yang tertinggal iaitu whipping cream. Dengan penuh semangat, Mya tak sabar nak makan burnt cheesecake buatan sendiri. Hehe. 

Mya balik je rumah dan simpan semua barang yang dibeli. Sambil-sambil tu tengok video tiktok Burnt Cheesecake untuk tahu step by step. Ini part yang paling kelakar sekali, rupa-rupanya Mya tak cukup lagi satu bahan. huhu. Rasa macam nak nangis. Mya buat juga walaupun tak cukup bahan. Mya cari juga pengganti bahan yang takde tu dengan bahan yang sedia ada kat rumah. Apa nak jadi, jadilah.

RESEPI BURNT CHEESECAKE SIMPLE DAN SEDAP

BAHAN-BAHAN

250g Tatura cream cheese

1/2 cawan gula

1 kotak kecil whipping cream

2 biji telur dan 1 biji telur kuning

sedikit garam 

1 sudu kecil esen vanila

2 sudu besar tepung gandum -> Mya gantikan dengan 5 sudu besar rolled oats


CARA-CARA

Blend semua bahan di atas sehingga sebati. -> nak pakai mixer pun boleh

Cari loyang saiz kecil yang muat dalam air fryer masing-masing.

Letakkan baking paper ke dalam loyang dan kemaskan.

Masukkan bahan yang diblend tadi ke dalam loyang.

Bakar pada suhu 180 celsius selama 20 minit. 

-> Cucuk cheesecake dengan lidi untuk pastikan masak. 

-> Mya tambah extra time dalam 5minit hingga 10 minit. 

Biarkan sejuk di suhu bilik dahulu sebelum dimasukkan ke dalam peti ais.

Dah siap dan boleh dihidang. 

Resepi Burnt Cheesecake Simple dan Sedap

Ini adalah percubaan pertama Mya dalam membuat Resepi Burnt Cheesecake Simple dan Sedap. Bagi Mya Cheesecake ini sangat sedap dan tidak terlalu manis. Sedap makan apabila sejuk. Yummy. Adik Mya pun cakap sedap dan dia suggest Mya untuk jual Burnt Cheesecake ini. Hehehe. 

Pada yang mahu mencuba, boleh cuba resepi asal atau resepi Mya menggunakan rolled oats itu. Selamat mencuba. 

Terima Kasih.

Post a Comment

12 Comments

  1. Ada rasa nak buat juga tapi belum tertunai lagi.

    ReplyDelete
  2. Mudah rupanya nak buatnya.. tq resepinya. Kak net takde air fryer.. kalau ada mau cecepat try resepi ni. hihi..

    ReplyDelete
  3. Terliur weh tengok burnt cheese cake ni. Nak try buat la...

    ReplyDelete
  4. best nya ni. aida pernah buat, tau mya. mudah rupanya :)
    tatura aida lom guna lagi. aida terus guna philadelphia cheese.
    sedapnya ya Allah! guna tatura jimat skit :) hi hi hi...

    ReplyDelete
  5. nk kena beli airfyer jugak lah macam nie

    ReplyDelete
  6. rasanya, kaella kena beli air fryer secepatnya sebab ee geram je tengok orang masak guna air fryer ni.

    ReplyDelete
  7. Baiklah nanti nak cuba resepi nih nampak mudah, nak test dekat air fyer sy tak pernah baking cake hehehe

    ReplyDelete
  8. Senang kan masak guna air fryer je...tak perlu oven2 dah. Resepi simple je.

    ReplyDelete
  9. P.S. Mya... abam kie baru kemaskini blog list ye... your link is now alive!

    ReplyDelete
  10. anak-anak memang suka sangat burnt cheesecake ni..Senang pulak tu nak buat

    ReplyDelete

Thanks for leaving a comment.
I'll reply and blog walking to yours too.