Ayam Masak Singgang Simple - Lovely Sunshine Ayam Masak Singgang Simple

Ayam Masak Singgang Simple

AYAM MASAK SINGGANG SIMPLE | Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Hari ini entah hari ke berapa Mya bekerja dari rumah. Bilangan kes tiada tanda-tanda nak berkurang kebelakangan ini. Mya tahu house arrest ini untuk kebaikan semua. 

Tapi sebenarnya perkara yang timbul disebaliknya memang memenatkan. Memenatkan otak dan badan.Mya rindu parents kat kampung. Mya rindu nak berborak dengan rakan sekerja kat sekolah.

 Macam-macam topik yang nak diutarakan. Bab makan terutamanya setiap hari ada menu yang dibincang untuk cuti sekolah. Mya harap sangat kes menurun dan kita semua boleh menjalankan rutin normal seperti dulu kala.

Ayam Masak Singgang Simple

Bercakap pasal menu makanan ini kan. Setiap hari memikirkan menu yang nak dimasak itu sangat tak seronok. Lebih-lebih lagi apabila kita masak untuk sorang. Kita je yang makan. Tinggal berdua, makan sorang.

 Alahai sedihnya. So, kebanyakan menu yang Mya masak adalah resepi yang dicari di dalam Google. Resepi yang dicari mestilah menggunakan bahan yang sedia ada di rumah. Kadang-kadang Mya skip je satu bahan mana yang tak cukup itu. Yang penting masak.

Resepi pilihan kali ini ialah Ayam Masak Singgang. Selalunya, menu Singgang ini Mya makan bersama keluarga dan lauk utamanya adalah ikan. Jadi, kita nak try yang luar biasa menggunakan lauk kegemaran Mya iaitu ayam.

 Kenapa pilih resepi Ayam Masak Singgang? Mya tak tahu berapa kali Mya asyik ulang menu yang sama sahaja dari PKP tahun lepas lagi. Antara menu yang Mya selalu masak ialah Tomyam Ayam, Sup Ayam dan Sotong Goreng Kunyit. Lauk ikan selalunya mak Mya je yang terer masak. hehe. Mya akan bentangkan resepi percubaan pertama kali iaitu Ayam Masak Singgang Simple.

Ayam Masak Singgang Simple


RESEPI AYAM MASAK SINGGANG SIMPLE

BAHAN-BAHAN

1/2 ekor ayam

4 cawan air

1 biji bawang merah (dihiris)

1 ulas bawang putih (dihiris)

1 inci kunyit (dihiris)

1 inci halia (dihiris)

1 inci lengkuas (dihiris)

1 batang serai

3 keping asam gelugur

1 biji cili merah (dipotong)

3 biji cili padi 

CARA PENYEDIAAN

  1. Masukkan air ke dalam periuk. Kemudian, masukkan bahan yang dihiris bersama serai, asam keping, dan garam secukupnya. Masak sehingga mendidih.
  2. Masukkan ayam, cili merah dan cili padi. Jika anda suka pedas, boleh tambah extra cili.
  3. Didihkan sehingga ayam masak.
  4. Siap untuk dihidang.

Alhamdulillah, resepi menjadi walaupun tawar sikit. Biasalah masak untuk seorang. Kadang-kadang masak terlebih garam, tak cukup garam pun ada. Tapi bila masak untuk orang lain, mestilah nak menu tu perfect kan. Cukup rasa masin dan masam. Apa-apa pun resepi Ayam Masak Singgang Simple sedap dimakan dengan nasi panas.

Nak buat resepi apa pula ya selepas ini. Lupa pula nak bagitahu yang Mya sebenarnya amatur dalam bab memasak ini. Sebab itu masih ada yang terkurang. hehe. So, kalau ada resepi yang simple dan mudah nak dikongsi bersama, boleh tinggalkan komen di bawah. Terima kasih.

Lots of Love,
MyaRosli

Post a Comment

1 Comments

  1. senangnya nak masak nie..boleh cuba..tak pernah lagi masak singgang nie

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen yang diberi.
Mya akan blogwalking ke blog anda semula.