Pengalaman Vaksin Astrazeneca Dos Pertama - Lovely Sunshine Pengalaman Vaksin Astrazeneca Dos Pertama

Pengalaman Vaksin Astrazeneca Dos Pertama

PENGALAMAN VAKSIN ASTRAZENECA DOS PERTAMA | Assalamualaikum semua. Siapa sini yang dah complete dua dos? Siapa yang baru kena dos pertama? Dan siapa yang belum lagi? Hari ini Mya nak story about pengalaman Mya sebelum dan selepas dapat dos pertama vaksin Astrazeneca (AZ). Sebelum itu, Mya nak cerita apa yang berlaku semasa proses pendaftaran vaksin Az pada 26 May yang lalu. 

Pengalaman Vaksin Astrazeneca Dos Pertama

Sebenarnya, Mya dah tahu tentang pendaftaran itu melalui Twitter dan laman web vaksin Covid sendiri. Cuma Mya tak terfikir pun nak daftar untuk diri sendiri. Mya hanya menanti tarikh vaksin melalui MySejahtera. Tapi apa yang berlaku ialah apabila adik Mya tanya Mya dah daftar ke vaksin Az itu? Bila dah ditanya macam tu, Mya pun cubalah nasib. 

Mula-mula tak lepas nak daftar sebab slot tarikh dan tempat yang dipilih dah penuh. Banyak perkara yang bermain di minda. Dari segi pengangkutan, waktu dan kalau boleh adik Mya mesti ada sama. Tapi nasib memang tak menyebelahi apabila Mya seorang sahaja yang lepas. Mya dapat daftar untuk vaksin Az pada 26 Jun 2021 di World Trade Centre Kuala Lumpur. Mya hanya tunggu notifikasi waktu temujanji di aplikasi MySejahtera.

Sambil menanti notifikasi masuk, Mya scroll Twitter berkenaan vaksin Az ini. Ada macam-macam cerita. Ada yang lepas daftar vaksin Az, tapi tak dapat tarikh temujanji. Dan ada yang tak lepas daftar tapi Alhamdulillah dapat tarikh temujanji. Mya mengaku sistem pendaftaran vaksin Az memang menyakitkan hati. Lebih-lebih lagi bila dah dapat tarikh temujanji tapi waktu temujanji tak kunjung tiba. Ikut sistem sepatutnya waktu temujanji diberitahu selepas 48 jam. Tunggu punya tunggu, dah fikir macam-macam dalam kepala ini.

Antara fikiran yang bermain di dalam otak Mya ni kan adalah kalau tak dapat pun, tak apa juga. Mungkin aku dalam kalangan yang lepas daftar tapi tak dapat temujanji. Sebenarnya Mya terlalu risau memikirkan apa-apa yang berkaitan dengan Covid-19 ni. Semua benda tak kena. Selepas 4 hari membelek MySejahtera, akhirnya Mya mendapat tarikh dan waktu temujanji di World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) pada 26 Jun 2021 pada pukul 7.30 malam. What?? 7.30 malam. Satu-satu masalah muncul.

Bilalah Mya nak ambil lesen kereta ini ya? Perkara yang paling sukar Mya lakukan ialah meminta pertolongan. Bukan sombong tapi tak nak menyusahkan orang. Kenapa dapat malam? Kalau siang, boleh lagi pergi sendiri naik Grab. Sambil-sambil tu scroll Twitter lagi baca pengalaman vaksin Astrazeneca dos pertama orang lain. Kot-kot ada yang dapat malam macam Mya. Mya tabahkan hati bagi menanti hari yang bakal menjelang tiba. huhu.

Pengalaman Vaksin Astrazeneca Dos Pertama

HARI VAKSIN

Sebelum itu, Mya nak beritahu yang adik Mya dapat vaksin Sinovac pada 21 Jun 2021 melalui MySejahtera. Sekali dia dapat lagi awal daripada Mya. Dan bahagianya dia sebab tak mengalami apa-apa simptom pun. 

26 Jun 2021; hari yang dinanti sudah tiba. Tapi disebabkan Mya punya sesi pukul 7.30 malam, banyak lagi masa yang terluang perlu dijalankan. Sepanjang hari mendebarkan mungkin sebab terlalu gemuruh. Tapi Mya dah siapkan segala keperluan seperti pen, kad pengenalan dan bateri fon penuh. Selain itu, Mya menyediakan baju lengan pendek berserta kardigan untuk dipakai petang nanti. 

5.00 petang; Alhamdulillah hujan turun dengan lebat tapi perasaan gelisah semakin menjadi. Hujan yang tiada tanda untuk berhenti berlarutan sehingga pukul 7 malam. Kenapa pukul 7? Ramai yang suggest untuk pergi 15-30 minit sebelum waktu temujanji. Tidak terlalu awal dan lewat. 

7.15 malam; Mya dibenarkan masuk ke dalam WTCKL mengikut station masing-masing yang berada di tingkat 2. Dengan bismillah, Mya masuk melalui Station 3 pada pukul 7.20 malam. Orang ramai tapi tidak terlalu crowded. Proses sangat lancar dan terkawal oleh pasukan frontliner serta sukarelawan. 

7.30 malam; Mya melalui beberapa kaunter sebelum kaunter di mana kita perlu mengisi maklumat diri pada 2 helai borang yang disediakan, kaunter semak maklumat di mana kita perlu mengeluarkan IC bagi kemaskini data dan yang terakhir kaunter konsultasi sebelum mendapat suntikan vaksin Astrazeneca.

7.45 malam; Dengan bacaan Bismillah, Mya mendapat suntikan pertama vaksin Astrazeneca. Sekejap je dia cucuk, tak rasa apa-apa pun. Selepas itu, Mya ke kaunter pemerhatian selama 15 minit untuk pemantauan kesan sampingan.

Tepat pukul 8 malam, Mya selesai divaksin untuk dos pertama. Mya nak bergambar photo booth divaksin tu tapi sebabkan waktu malam Maghrib pula tu, Mya pun beransur pulang. Alhamdulillah.

Pengalaman Vaksin Astrazeneca Dos Pertama

KESAN SAMPINGAN

10 malam; lengan yang disuntik terasa bisa dan sengal-sengal. Badan mula rasa panas dan sejuk. Tidur sememangnya mengiringlah kan. Letak atas bantal pun sakit.

27 Jun 2021; Keesokan pagi lengan terasa bengkak. Nak angkat  tangan kiri pun sakit. Memanglah dominan hand kanan, tapi masih perlu bantuan tangan kiri untuk lakukan kerja seharian. Mya demam pagi tu dan telan 2 biji panadol selepas makan.

Kiranya Mya demam selama 2 hari dan tangan kebas dan bisa melebihi 2 hari. Alhamdulillah demam dah kebah. Cuma tempat cucuk tak boleh lasak sangat.

DOS KEDUA?

Mya dimaklumkan urusetia di PPV WTCKL yang temujanji AZ untuk dos kedua diberitahu antara 1-3 bulan. So, Mya assume yang dos kedua ialah 3 bulan dari sekarang iaitu bulan September. Tinggal lagi 2 bulan sahaja sebelum tarikh temujanji dan Mya berharap dapat sesi pagi ke petang pulak.

Pada 3 Julai yang lalu, Mya telah mendapat notifikasi temujanji melalui MySejahtera. Temujanji vaksin AZ bagi dos kedua ialah bertarikh 28 Ogos 2021 pada waktu dan tempat yang sama. Huhu. Walau bagaimanapun, Alhamdulillah urusan vaksin dipermudahkan.

Pengalaman Vaksin Astrazeneca Dos Pertama

Mya mendoakan supaya sesiapa yang belum menerima vaksin dipercepatkan urusan dan dipermudahkan. Terutamanya ibu bapa, adik dan sanak saudara di kampung. Aaminn.

Lots of Love,
MyaRosli

Post a Comment

8 Comments

  1. alhamdulillah
    tunggu dos kedua pula lah lepas nih

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah dapat dah vaksin 1st dose, sy belum lagi dapat tarikh appoiment, terima kasih share pengalaman dan doakan sy dapat appoiment dlm masa terdekat yea

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mya doakan bonde cepat dapat appointment vaksin dan dipermudahkan urusan.

      Delete
  3. Alhamdulillah dos pertama haritu takde apa-apa side effect. Dos kedua 12hb ni, harap takde apa-apa jugalah.

    ReplyDelete
  4. Tahniah sbb dah disuntik. abe kie tunggu bln depan la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Semoga urusan abe kie dipermudahkan.

      Delete
  5. Sy risau sebenarnya sebab antibodi sy lemah dan ada alergik.. semoga semuanya dieprmudahkan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. In sha allah takde apa2. Mya pun antibodi lemah juga. Tapi Alhamdulillah dipermudahkan.

      Delete

Terima kasih atas komen yang diberi.
Mya akan blogwalking ke blog anda semula.