Simptom dan Punca Berlakunya Resdung - Lovely Sunshine Simptom dan Punca Berlakunya Resdung

Simptom dan Punca Berlakunya Resdung

SIMPTOM DAN PUNCA BERLAKUNYA RESDUNG | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Hari ini Mya nak berkongsi mengenai simptom dan punca berlakunya resdung. Mya memilih topik resdung untuk minggu ini kerana Mya telah mengalami masalah resdung sejak di bangku sekolah lagi. 

Simptom dan Punca Berlakunya Resdung

Pada mulanya, Mya ingatkan gatal-gatal yang berlaku pada muka adalah perkara biasa. Rupa-rupanya ia berkaitan dengan penyakit resdung. Kenapa penyakit resdung? Mya diberitahu oleh emak, penyakit resdung ini berlaku pada bahagian muka seperti hidung, mata dan telinga.

Penyakit resdung yang dialami semakin teruk apabila terdedah kepada habuk dan persekitaran yang sejuk. Jika terdedah, Mya mula mengalami selesema dan mata terasa gatal. Asyik nak gosok sehingga mata jadi merah. Bukan itu sahaja penyebab resdung berlaku. Mya juga mempunyai alahan terhadap makanan laut seperti udang. Alahan ini akan menyebabkan tekak gatal dan berasa loya jika memakannya.

Mya juga tidak boleh menghidu minyak wangi secara direct mahupun indirect. Jika terhidu, hidung menjadi gatal dan kerap bersin. Mya pernah cuba untuk masuk ke kedai minyak wangi untuk menemani emak. Malangnya, tapak kaki Mya berhenti betul-betul depan kedai kerana bau-bauan yang sangat kuat dan memeningkan kepala. Disebabkan itu, Mya ingin berkongsi simptom dan punca berlakunya resdung.

APA ITU RESDUNG?

Berdasarkan Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, Resdung ialah penyakit hidung yang disebabkan oleh radang mukosa di bahagian hidung. Keradangan di dalam hidung yang menyebabkan selesema juga dikenali sebagai Resdung. Keradangan ini berlaku disebabkan jangkitan virus dan bakteria. Ia terjadi apabila cairan lendir di dalam rongga sinus berkumpul di mana ruang yang sepatutnya dipenuhi udara. Bagaimana cara untuk mengenali penyakit resdung? Apakah simptom-simptom penyakit resdung ini. Di sini Mya senaraikan beberapa simptom yang berlaku kepada pesakit Resdung. 

Simptom dan Punca Berlakunya Resdung
Sumber: Google


SIMPTOM-SIMPTOM RESDUNG

  • Hidung berair dan gatal
  • Rasa gatal pada mata, hidung dan telinga
  • Tidak dapat menghidu dengan baik
  • Kerap bersin
  • Mata berair
  •  Hidung tersumbat
  • Sakit tekak dan batuk
  • Rasa letih
  • Sakit kepala
  • Demam
  • Jerawat
  • Selesema berpanjangan
  • Ruam dan gatal-gatal

Simptom-simptom ini sering berlaku tanpa kita ketahui puncanya. Bagi mengelak penyakit resdung ini berlaku pada saat genting. Mya mula mengenal pasti punca berlakunya simptom resdung ini. Kenapa Mya kata genting? Apabila simptom-simptom ini terjadi, banyak perkara yang kita tidak boleh lakukan dan mengelak menjangkiti orang lain dengan selesema. 

Sebagai contoh, Mya akan mengalami selesema yang teruk dan mata menjadi gatal. Badan mula terasa panas dan pening kepala. Mya lebih prefer untuk baring dan meletakkan tuala sejuk di atas mata berbanding melakukan aktiviti atau perkara penting seperti mengambil ujian mahupun menghadirkan diri ke tempat kerja.

Kebanyakan punca resdung berlaku disebabkan perkara-perkara yang berada di sekeliling kita. Terdapat 8 punca berlakunya penyakit resdung ini. Antara punca-punca penyakit resdung ini ialah pencemaran udara dan bahan kimia, genetik, alahan, jangkitan kulat, kurang minum air, asap rokok, virus dan bakteria.

8 PUNCA BERLAKUNYA RESDUNG

  1. Pencemaran Udara dan Bahan Kimia
    Menghidu udara tidak bersih meneybabkan ketidakselesaan pada rongga hidung dan kerengsaan pada individu.
  2. Genetik
    Ada di antara individu yang mengalami resdung ini adalah penyakit keturunan atau genetik yang menyebabkan sukar untuk dirawat.
  3. Alahan
    Terdedah kepada benda-benda yang boleh menyebabkan keradangan dan poembengkakan muka dan rongga sinus. Antara punca alahan ialah makanan laut, debu dan bulu binatang.
  4. Daya Tahan Badan Yang Rendah (Jangkitan Kulat)
    Semakin meningkat usia, semakin berkurang daya tahan imuniti dalam badan. Lebih mudah terdedah kepada penyakit. Kulat boleh membiak di dalam kawasan yang gelap dan lembap.
  5. Kurang Minum Air
    Apabila mukosa terperangkap dalam rongga hidung untk jangka masa yang panjang, kelembapan air tersejat. Air kosong perlu diambil secukupnya bagi mengawal kelembapan semulajadi dalam rongga hidung dan sinus.
  6. Asap Rokok
    Merosakkan sistem permbersihan hidung. Menyebabkan rongga hidung bengkak dan tersumbat.
  7. Virus
    Serangan selesema dan tisu di dalam rongga hidung sehingga membengkak.
  8. Bakteria
    Terjadi apabila individu mengalami selesema berpanjangan melebihi 10-15 hari. Sistem pertahanan badan menjadi lemah akibat serangan bakteria dalam badan.
Ini adalah di antara simptom-simptom dan punca berlakunya resdung. Bagi cara mengatasinya pula, Mya sarankan individu yang mengalami resdung ini untuk berjumpa dengan pakar ataupun doktor untuk sebarang konsultasi ubat-ubatan. Kebiasaannya, Mya melegakan masalah yang dialami dengan mengambil ubat selesema atau alahan yang telah diberikan oleh doktor. 

Oleh itu, setakat ini sahaja informasi yang dapat Mya kongsikan berkaitan masalah resdung ini. Terima kasih kerana sudi membaca slot kesihatan untuk kali ini. 

Lot's of Love,
MyaRosli

Sumber: hellodoktor

Post a Comment

2 Comments

  1. adik beradik ramai yg ada resdung...su x sure la ada ke tak.. x pernah check hehe

    ReplyDelete
  2. alhamdulilah dulu memang teruk
    sekarang dah laam tak kena

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen yang diberi.
Mya akan blogwalking ke blog anda semula.