Resepi Aglio Olio Spaghetti - Lovely Sunshine Resepi Aglio Olio Spaghetti

Resepi Aglio Olio Spaghetti

RESEPI AGLIO OLIO SPAGHETTI | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Hari ini Mya nak kongsi resepi Aglio Olio Spaghetti. Disebabkan dah lama berkurung di rumah dan telah cukup tempoh vaksinasi, akhirnya dapat juga Mya berjalan-jalan sambil membeli barang dapur.

aglio olio spaghetti

Mya mengajak abang Mya untuk teman dan membeli barang dapur bersama-sama pada hujung minggu yang lalu. Mya ingatkan kakak ipar ada sekali mengikut, rupanya tak ada sebab kak ipar tak cukup 2 dos lagi. Jadinya. Mya date dengan abang sendiri lah nampaknya dekat AEON Taman Maluri ini. Sebelum kita memasuki fasa resepi. Mya nak story sikit apa yang berlaku semasa hari kejadian.

Mya rasa ini kali pertama membeli barang dengan abang tanpa ibu bapa. Sebab apa Mya kata kali pertama, cuba bayangkan kebiasaan Mya beli spaghetti sekali dengan sos Prego carbonara. Tapi bila pergi dengan abang, buat apa beli tu, buat sendiri je macam Chef Anis Nabilah tu. Pakai telur kuning dengan parmesan cheese je. Nanti abang bagi video.

Nampak macam senang tapi sampai sudah tak buat. Hehe. Lebih-lebih lagi bila abang suruh beli beef bacon. Tapi Mya beli chicken toast untuk dijadikan perasa tambahan dalam spaghetti itu nanti. Cubalah juga masak chicken toast tu, tapi tak menjadi. huhu.

Nak tahu apa yang Mya buat, Mya beli sotong kat pasar pagi keesokan harinya. Itupun sebab dah lama craving nak makan lauk sotong. Alang-alang dah beli tu, Mya decide nak masak spaghetti Aglio Olio je. Resipi source tengok dekat TikTok. Bahan-bahan simple dan tak susah nak cari. Inilah resepinya.

RESEPI AGLIO OLIO SPAGHETTI

BAHAN-BAHAN

Spaghetti segenggam - 1 orang makan

1 ekor sotong - saiz tapak tangan potong bulat-bulat

1/2 biji capsicum - potong dadu

3 ulas bawang putih

Minyak zaitun

Parsley flakes

Serbuk lada hitam

Chilli flakes - pakai domino's

Serbuk paprika

Garam

Serbuk perasa

Parmesan Cheese

CARA PENYEDIAAN

  1. Rebus spaghetti di dalam air yang mendidih.
  2. Masukkan sedikit garam. Masak mengikut packaging spaghetti.
  3. Panaskan minyak zaitun di dalam kuali.
  4. Tumiskan bawang putih sehingga kekuningan.
  5. Masukkan sotong, kacau sehingga masak.
  6. Masukkan spaghetti yang telah direbus.
  7. Masukkan 2 senduk air rebusan spaghetti. Kacau sama rata.
  8. Masukkan parsley flake, serbuk lada hitam, chilli flake, serbuk paprika, dan capsicum.
  9. Gaul sama rata.
  10. Masukkan garam, serbuk perasa dan parmesan cheese. Gaul sehingga sekata.
  11. Siap dan hidang.

Inilah hasilnya. Pertama kali buat spaghetti Aglio Olio. Alhamdulillah sedap tapi pedas. Disebabkan Mya terlebih anggaran untuk spaghetti, adalah leftover untuk breakfast esok. Hehe.

aglio olio spaghetti

Sementara masih bekerja dari rumah ini, Mya nak cuba resepi apa lagi ya. Nak makan masakan kampung, tapi tak pandai. Huhu.

Bilalah dapat merentas negeri ini. Nak balik kampung jumpa mak ayah dan adik. Makan masakan mak. Minta mak masak makanan feveret. Huhu.

Itu sahaja untuk hari ini. Sehingga berjumpa lagi di entri yang akan datang. Terima kasih.

Lot's of LOVE,
MyaRosli

Post a Comment

0 Comments