Permulaan Baru Adalah Azam Tahun Baru - Lovely Sunshine Permulaan Baru Adalah Azam Tahun Baru

Permulaan Baru Adalah Azam Tahun Baru

Permulaan Baru Adalah Azam Tahun Baru | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Tahun Baru ialah permulaan baru bagi setiap tahun. Setiap perkara yang berlaku pada tahun-tahun sebelum ada suka, duka, bahagia, sedih, turun, naik dalam kehidupan adalah satu kebiasaan.

Azam Tahun Baru
Permulaan baru selepas ujian yang dihadapi sebelum ini adalah satu tanda bahawa kita tidak putus asa. Kita boleh tangani segala masalah yang dihadapi dengan izin Allah. Usaha yang kita telah lakukan menunjukkan kita boleh. Kita boleh berjaya. Kita boleh hidup dan kita kuat.

Setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. Dan Allah sebaik-baik pelindung.

Tahun 2021 banyak mengajar saya erti kasih sayang, kekuatan, semangat, putus asa, kesedihan, kesihatan dan kehidupan. Itu semua adalah ujian daripada Allah s.w.t. Allah nak kita kembali kepadaNya. Cari Dia dikala susah mahupun senang. 

Disaat saya jatuh, saya rasa diri saya tak dihargai tapi saya lupa yang Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Sentiasa bersama dengan kita, dalam hati. Cuma kita ini je yang lalai sehingga kita lupakan Dia.

Tahun 2022 adalah permulaan yang baru bagi saya dalam memperbaiki diri saya ke arah yang lebih baik. Saya ingin belajar dengan perkara-perkara yang dikongsi oleh rakan-rakan dan dari diri sendiri juga. Mana boleh perbaiki, kita cuba sedaya upaya. In sha Allah. Segala urusan dipermudahkan.

Saya ingin cuba fokus dan yakin dengan diri sendiri dalam pengurusan kendiri, keluarga, agama, bisnes dan juga blog ini. Dengan ini, saya akan memperbaiki blog saya dari bawah. Saya harap anda semua dapat menyokong saya sepanjang proses menaik taraf blog ini.

In sha Allah, saya yakin saya boleh buat yang terbaik dalam berkongsi segala entri di blog Mya Rosli ini dari pelbagai jenis niche yang berkaitan dengan saya sendiri. Dengan ini, saya mengucapkan Selamat Tahun Baru dan semoga segala impian kita pada tahun ini, In sha Allah dipermudahkan dan tercapai. Aminnn.

Nukilan Ikhlas,

Mya Rosli

Post a Comment

7 Comments

  1. Selamat tahun baru,,fokus dan jadi lah diri sendiri yg better than yesterday

    ReplyDelete
  2. Semoga tahun ni lebih dari tahun lepas dan semoga Allah permudahkan dan perkenankan segala permintaan kita pada tahun ini. aaminn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga segala urusan kak ami dipermudahkan. Aminn

      Delete
  3. jom sama-sama bermula mya.. akak pun sama ni.. nak bagi komitmen sebaiknya untuk blog.. nak penuhi semua niche yang ada.. at least seminggu sekali kenalah cover apa yang ada dalam list.. chaiyok mya.. semoga berjaya.. dan selamat tahun baru!

    ReplyDelete
  4. Selamat tahun baru.. moga dipermudahkan urusan harian kite dan tercapai semua impian

    ReplyDelete
  5. selamat thn baru dari Aida.
    semoga thn ni lebih baik dari thn lepas2, kan. in shaa Allah.
    2 thn lepas thn2 yg amat mencabar. PKP. byk perkara terputus sementara.
    namun, thn ni nampak gaya mcm gonna be ok.
    kita jaga kita, kan :)

    utk blog. bersama la kita memeriahkan arena blogging dgn perkara yg baik2 aje. kongsi ilmu. jana pahala di akhirat.

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen yang diberi.
Mya akan blogwalking ke blog anda semula.