RichWorks Komited Bantu 605,000 Bangsa Usahawan Bangkit Semula Ekoran Pandemik 2021 - Lovely Sunshine RichWorks Komited Bantu 605,000 Bangsa Usahawan Bangkit Semula Ekoran Pandemik 2021

RichWorks Komited Bantu 605,000 Bangsa Usahawan Bangkit Semula Ekoran Pandemik 2021

RichWorks Komited Bantu 605,000 Bangsa Usahawan Bangkit Semula Ekoran Pandemik 2021 | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Alhamdulillah syukur diberikan peluang kedua untuk berubah dan membantu lebih ramai orang yang memerlukan. Kita telah menyaksikan pelbagai kisah dengan cabaran pandemik dan musibah banjir yang telah berlaku pada 18 Disember pada tahun 2021.

Tahun 2021 memang sukar bagi kita semua di luar sana termasuk Mya sendiri. Mya juga mengalami tekanan apabila diuji satu keluarga disahkan positif COVID-19 pada Oktober yang lalu. 


Jadi Mya sangat memahami perasaan orang ramai termasuk golongan peniaga dan usahawan yang sangat terkesan dalam mencari rezeki untuk meneruskan hidup.


Disebabkan kesusahan rakyat ekoran pandemik dan banjir ini, RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks) tampil ke hadapan untuk memberi sokongan kepada orang ramai yang terjejas supaya tidak putus asa untuk bangkit semula.


richworks bantu



RichWorks Memberi Peluang Kedua Untuk Bangkit Bagi Para Usahawan


“Bagaimana cara untuk RichWorks bantu rakyat yang terjejas?”


“Kenapa RichWorks membuka peluang untuk usahawan bangkit semula?”

RichWorks ialah syarikat bimbingan latihan dan keusahawanan terbesar dan paling berjaya di Malaysia khususnya dari segi penjenamaan dan pemasaran serta kepimpinan. Jadi RichWorks mahu fokus untuk membantu rakyat dan negara dalam berdepan dengan pandemik melalui kepakaran mereka.

richworks prihatin

richworks bantu


RichWorks juga terkesan dengan pandemik dan banjir ini apabila Pengasas RichWorks, Datuk Wira Dr Azizan Osman bersama 31 ahli keluarganya dijangkiti COVID-19. 


Ibu mertua Dr Azizan meninggal dunia dan beliau sendiri hampir maut selepas doktor mengatakan sudah tiada harapan jika tidak ada perubahan positif selepas dimasukkan mesin bantuan pernafasan.


Dr Azizan berkata, beliau akan menggunakan sebaiknya peluang kedua yang diberi Allah SWT untuk memberikan lebih lagi kepada bangsa usahawan terutama dalam bimbingannya. 


Alhamdulillah Dr Azizan kembali sihat dan menjalankan 7 program percuma bersamaan 98 jam masa selepas keluar hospital dalam memberikan tunjuk ajar dan kekuatan kepada orang ramai dalam soal keusahawanan.


Pada tahun lalu, RichWorks membuktikan bahawa sokongan mereka dalam membantu 605,000 usahawan bukan omong kosong. Buktinya, RichWorks telah melaksanakan pelbagai inisiatif termasuk 13 program percuma, business bootcamp, business academy, RichWell dan lain-lain.


Pengiktirafan Kerajaan Bagi Program Wanita Bangkit Berniaga (WBB)


Salah satu program RichWorks dalam membantu para wanita dalam bidang keusahawanan iaitu Wanita Bangkit Berniaga (WBB) disambut baik apabila disebut dalam Dewan Rakyat sebagai rakan kolaborasi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.


richworks bantu

Selain itu, Kempen #RichWellBantu berjaya mengumpulkan RM501,497 untuk bantu lebih 2,000 keluarga pada bulan Julai lalu melalui Pertubuhan Kebajikan RichWell (RichWell).


Menurut Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks, Radz Mohd, "Tidak berhenti di situ, sumbangan kilat berjumlah RM500,000 dikumpulkan daripada usahawan kami dan RichWorks sendiri dalam 24 jam bagi mangsa banjir di Selangor pada 18 Disember tahun lalu."


richworks prihatin


“Sempena ibadah korban kali ini, RichWorks bersama ahli Titanium dan Spire turut menyumbang sebanyak 762 ekor kambing dan 84 ekor unta bernilai RM824,160.” ujarnya.


Ahli Titanium dan anak didik RichWorks juga menaja 9 orang pelajar ke Tarim Yemen dengan sumbangan sebanyak RM180,000 sempena Maulidur Rasul.


RichWorks Bantu Usahawan Dari Zero To Million

RichWorks juga mahu membimbing anak didik mereka untuk mengharungi 2021 hingga capai kejayaan


Alhamdulillah, peserta mentoring RichWorks pada tahun lalu dari kalangan ahli Titanium, Spire dan EliteX berjumlah 1,855 orang.


Sebanyak 312 usahawan berjaya menghasilkan RM3.2 billion bagi kategori ahli Titanium, RM495 juta daripada 519 usahawan Spire dan RM46.9 juta daripada 1,024 usahawan EliteX.


MasyaAllah, sebanyak 72 usahawan berjaya mencapai jualan RM1 juta pertama setahun melalui program bimbingan Spire RichWorks.


Bukan itu sahaja, 77 bisnes di bawah bimbingan RichWorks mencapai jualan lebih RM10 juta, lima bisnes mencapai RM50 juta ke atas dan lima bisnes lagi mencapai RM100 juta ke atas pada tahun 2021.


Alhamdulillah syukur atas kejayaan dan ujian dihadapi 2021 yang lalu, itulah sedikit sebanyak perjalanan RichWorks yang kami usahakan dan akan dipergiatkan lagi tahun baru ini, In Sha Allah.


Zero to million richworks


zero to million richworks

zero to million richworks


RichWorks mahu terus membantu orang ramai melalui program-program percuma mereka demi untuk buka jalan dan tingkatkan ilmu rakyat Malaysia supaya berjaya membina masa depan sebagai usahawan


Moga usaha RichWorks untuk membantu lebih ramai bangsa usahawan dan misinya akan dipermudahkan dan diberkati oleh Allah SWT. 


Usaha dan Perjalanan RichWorks 2021


Pencapaian dan segala titik peluh RichWorks dalam membantu rakyat untuk bangkit semula sepanjang tahun 2021 dapat disaksikan di video yang tertera di bawah:-




Visi RichWorks Menjelang 2025


richworks academy

Seperti yang dimaklumkan, RichWorks adalah syarikat bimbingan dan latihan keusahawanan yang terbesar dan paling berjaya di Malaysia.


RichWorks telah melatih lebih dari 10,000 syarikat menerusi Master Coach Azizan Osman dan menarik lebih dari 1,500,000 peserta dalam lebih 1,500 acara dan seminar live dan dalam talian (virtual online).


richworks prihatin

Dengan rekod prestasi terbukti, strategi perniagaan dan program mentoring, RichWorks berjaya membantu membina beribu-ribu usahawan dan jutawan yang berjaya dalam tempoh 6-24 bulan.


Visi RichWorks adalah menjadi ‘Netflix’ Pendidikan Usahawan dengan 100 juta pelanggan menjelang 2025 dengan akses mudah ke kandungan berorientasikan results dan penyelesaian yang dipercayai di platform dalam talian - RichWorks.com untuk Inspire, Educate dan Add Value kepada komuniti di seluruh dunia. 



Kesimpulannya, setiap ilmu yang ditimba perlukan panduan dan mentor untuk terus maju ke hadapan. Sebagai manusia, jangan pernah putus asa dan ambil peluang yang boleh dicapai dalam mengubah masa depan yang lebih baik.


Kepada anda yang ingin menceburi bidang keusahawanan, ambil peluang yang diberi oleh RichWorks dan usaha untuk menaik taraf hidup supaya senang dan boleh bantu ramai orang lain yang memerlukan.


Semoga segala usaha dan tindakan kita pada tahun baru ini dipermudahkan dan tercapai segala impian. Sentiasa berazam yang kita bangkit untuk diri sendiri, keluarga dan orang yang lebih memerlukan. In sha Allah. Rezeki pasti ada. Yang penting, usaha, doa dan tawakal. 


Aminn.


Post a Comment

3 Comments

  1. Semoga dgn usaha ini dapat membantu lebih ramai usahawan untuk berani bangkit berniaga

    ReplyDelete
  2. Tahniah RichWorks! Moga terus komited bantu usahawan & mereka yang memerlukan bantuan.

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen yang diberi.
Mya akan blogwalking ke blog anda semula.