• Home
  • About Me
  • Personal
    • Family
    • Career
  • Lifestyle
    • Beauty
    • Kesihatan
    • Travel
    • Entertainment
    • Review
    • Kolaborasi
  • Recipe
  • Nurraysa
  • Contact Me
  • Disclaimer
  • Sitemap
facebook instagram fb page twitter pinterest youtube

Lovely Sunshine

25 Kebaikan Vitamin C untuk Badan, Kulit dan Rambut |Badan kita memerlukan banyak vitamin C dari hujung rambut hingga hujung kaki kerana ia penting untuk tumbesaran dan untuk baiki sel. Berikut adalah 25 Kebaikan Vitamin C untuk Badan, Kulit dan Rambut:

1. Imunisasi 
Dos yang betul bagi Vitamin C melindungi badan dari jangkitan penyakit dan memelihara kesihatan tulang dan gigi. Ia juga meningkatkan keupayaan badan dalam merawat luka dan badan kita juga terpelihara dari bakteria, virus serta jangkitan.

Selain itu, ia diperlukan untuk bina kolagen, struktur protein penting dalam tisu penyambung. Vitamin C yang dimakan boleh bantu mempercepatkan penyembuhan luka, melindungi kulit dari dirosakkan oleh radikal bebas dan gelombang ultra ungu.

2. Demam Biasa
Mengurangkan simptom demam dan bertindak sebagai anti-histamin yang berkesan dengan mengurangkan kesan tidak baik dari demam seperti sakit-sakit badan, selsema dan kesakitan. Vitamin C juga mengawal alergi yang menyebabkan demam, mengurangkan paras histamin dan biasanya mempercepatkan baik demam.

3. Antioksida
Vitamin C adalah anti-oksida yang sangat hebat serta berkesan dalam melindungi badan dari radikal bebas yg memberi kesan tekanan oksidatif atau “sel karat” yang boleh menyebabkan kesan kesihatan yang tidak baik seperti atherosclerosis yang boleh menyebabkan sakit jantung dan strok.

4. Tekanan Darah Tinggi
Vitamin C boleh merendahkan tekanan darah tinggi dan mengurangkan risiko menghidap tekanan darah tinggi dan juga masalah kesihatan yang menyebabkan tekanan darah tinggi.

5. Saluran Darah
Vitamin C memastikan saluran darah mengembang dengan baik. Pengembangan yang baik ini dapat menjauhkan penyakit atherosclerosis, kolestrol tinggi, sakit jantung dan sakit dada.

6. Keracunan plumbum. 
Vitamin C membantu mengurangkan kadar plumbum dalam darah secara mendadak. Keracunan plumbum boleh menyebabkan masalah pembesaran terutamanya di kalangan kanak-kanak.

Ia menyebabkan masalah pembelajaran, IQ lemah dan tumbesaran terbantut di kalangan kanak-kanak. Orang dewasa pula akan mengalami kegagalan buah pinggang dan tekanan darah tinggi jika mempunyai keracunan plumbum.

7. Untuk Kurus
Vitamin C dan jus telah terbukti membantu untuk kurus dan mengekalkan berat yg ideal. Pakar pemakanan dan nutrisi biasanya memasukkan diet makanan tinggi Vitamin C dalam jadual pemakanan kerana terdapat kajian yang menunjukkan makanan yang tinggi dengan Vitamin C dapat mengurangkan berat badan.

Para doktor mendapati dengan makan makanan yang kaya vitamin C boleh merendahkan paras insulin, disamping menyimpan gula dan menukarkannya kepada lemak, insulin juga digunakan sebagai bahan bakar untuk mengurangkan berat badan.

8. Tekanan
Vitamin C membantu mengatasi tekanan dengan mengawal paras tekanan, hormon dan kortisol yang tinggi.

9. Katarak
Pupil mata kita memerlukan Vitamin C untuk berfungsi dengan baik. Kekurangan Vitamin C boleh menyebabkan katarak, di mana kanta mata menjadi lebih legap, punca kepada penglihatan kabur dan boleh jadi buta dikalangan orang dewasa.

Pengambilan dos Vitamin C yang tinggi boleh menghalang katarak dan meningkatkan aliran darah ke mata. 1000mg Vitamin C sehari boleh mengelak katarak dan mempertingkatkan penglihatan.

10. Barah
Ciri-ciri anti-oksida yang ada pada Vitamin C boleh melindungi sel dari kemusnahan DNA dan mutasi seterusnya mengelak dari barah untuk jangka masa panjang. Ia meningkatkan fungsi imunisasi dan mengelak sel barah tertentu terbentuk.

Ia juga mengurangkan risiko terkena semua jenis barah termasuk paru-paru, mulut, tekak, kolon/usus, perut dan esofagus. Vitamin C juga membantu penghasilan semula Vitamin E, salah satu antioksida yang sangat baik. Vitamin C bukanlah mengatasi terus sel barah sedia ada, tapi meningkatkan fungsi imun badan agar dapat melawan sel barah.

11. Tenaga.
Vitamin C mengimbangkan sistem dalam badan dalam apa jua keadaan. Ia membantu penghasilan dopamine dalam sistem saraf dan membantu fungsi adrenal dalam meningkatkan tenaga dalam badan.

12. Sakit Jantung
Vitamin C menghalang menghidap sakit jantung dengan menghalang radikal bebas dari merosakkan dinding arteri yang boleh menyebabkan pembentukan plak. Nutrien ini menyebabkan kolestrol teroksida, kolestrol boleh menyebabkan serangan jantung.

Masalah tekanan darah tinggi juga boleh diatasi dengan Vitamin C. Vitamin C terbukti adalah cara paling murah menghalang kita dari terkena sakit jantung dan strok.

13. Diabetes
Pesakit diabetes boleh mendapat manfaat dari Vitamin C kerana Vitamin C mengawal paras gula dan mengurangkan risiko diabetes dan memulihkan simptom sedia ada. Makan Vitamin C boleh menghalang glukosa dalam sel badan dan mengawal komplikasi diabetes.

14. Asma
Mereka yang mempunyai Vitamin C yang rendah mempunyai risiko terkena asma. Pengambilan Vitamin C yang tinggi dapat mengurangkan penghasilan histamin dalam badan yang menyebabkan keradangan.

15. Perlindungan dari matahari
Vitamin C melindungi kulit dari radikal bebas yang terhasil kerana kesan jemur pada cahaya matahari, pencemaran dan kesan merokok. Antioksida dalam Vitamin C melindungi kulit dari radiasi ultraungu dan kesan terdedah kepada cahaya matahari.

Vitamin C mengurangkan kesan sun burn disebabkan oleh radiasi ultra ungu dan seterusnya boleh menyebabkan barah kulit.

16. Penghasilan Kolagen
Kolagen adalah komponen hydroxyproline dan hydroxylysine, 2 elemen untuk mengikat molekul yang menghasilkan kolagen. Ia menjadikan kulit menjadi gebu serta warna tona pada muka.

Kekurangan kolagen menyebabkan kulit kusam serta tidak bermaya. Kolagen melembapkan kulit dari dalam dan mengurangkan kedutan juga tanda penuaan.

17. Penyembuhan Luka
Badan menggunakan Vitamin C untuk menggantikan tisu yang rosak lalu menyembuhkan luka dengan cepat. Luka yang lambat sembuh adalah tanda kekurangan Vitamin C. Vitamin C meningkatkan keanjalan kulit juga mempercepatkan pembentukan tisu bagi penyembuhan yang cepat.

18. Melindungi dari perubahan warna kulit
Vitamin C melindungi DNA dari tindakbalas fotokimia yang menyebabkan tumor, perubahan warna kulit dan beberapa jenis barah kulit. Ia juga mengelakkan penghasilan Pyrimidine dimers yang menjadi punca utama penghasilan melanoma(masalah kulit).

Vitamin C mencerahkan kulit berpunca dari masalah jeragat serta tompok-tompok penuaan, membantu kelihatan lebih muda dan kulit lebih lembut.

19. Memperbaiki tekstur kulit.
Kolagen juga menghasilkan struktur saluran darah yang baik dan Vitamin C membantu sistem aliran darah. Saluran darah yang berada bawah kulit membawa oksigen dan nutrien yang menghasilkan kulit yang sihat. Tanpa nutrien yang cukup, kulit menjadi kasar dan kering. Krim yang mengandungi Vitamin C memperbaiki rupa dan tekstur kulit.

Ia juga meningkatkan pembentukan elastin yang menebalkan, melindungi dan memulihkan sel kulit. Kesan tebal pada sel mengekalkan kelembapan, tingkatkan aliran darah pada kulit dan menjadikan kulit lebih gebu.

20. Meningkatkan Pertumbuhan Rambut
Pengambilan Vitamin C yang tidak cukup mungkin menjadi punca utama pelbagai masalah rambut. Kekurangan Vitamin C menyebabkan rambut kering dan bercabang (tanda tidak sihat pada rambut).

Radikal bebas terbentuk secara semulajadi apabila badan kita menukarkan makanan kepada glukosa untuk tenaga. Radikal bebas merosakkan rambut dengan menyebabkan ia nipis dan rapuh. Masalah ini akan mengganggu pertumbuhan rambut. Ciri-ciri antioksida pada rambut mengurangkan pembentukan radikal bebas dan mengurangkan kesannya kepada badan.

Mereka yang mengambil jumlah Vitamin C yang banyak mempunyai rambut yang sihat, kuat dan lebat.

21. Melawan Kelemumur
Folikel rambut sering tersumbat kerana kelemumur dan kulit kering yang mati. Ia boleh merosakkan folikel rambut jika tidak dirawat dan menghalang pertumbuhan rambut. Vitamin C membantu melawan bakteria atas kulit kepala.

Ia mengatasi masalah kelemumur dan membantu rambut untuk tumbuh dengan sihat. Ia juga mengelakkan kulit kepala dari gatal dan kering kerana Vitamin C ada ciri-ciri anti-viral.

22. Mengurangkan Keguguran Rambut.
Vitamin C melawan kekurangan kelenjar adrenal. Ia penting untuk mengurangkan rambut gugur serta menggalakkan lebih banyak rambut tumbuh kerana kelenjar adrenal adalah punca untuk seimbangkan hormon.

23. Rambut yang lebat
Vitamin C membantu meningkatkan aliran darah dan menguatkan kapilari darah (penting bagi menghasilkan rambut yang kuat dan lebat)

24. Melawan Masalah Rambut
Vitamin C adalah nutrien penting merawat rambut rosak dan menangani masalah rambut. Vitamin C yang cukup boleh mengelakkan alopecia dan masalah botak bagi lelaki.

25. Mengelak dari Uban
Vitamin C bukan sahaja mengatasi rambut gugur malahan membantu untuk mengekalkan warna asal rambut dengan mengelakkan kesan penuaan pada rambut.

Banyaknya manfaat yang kita boleh dapat dari Vitamin C ini… Rugilah jika anda tidak mahu mengamalkan Vitamin C demi kesihatan dan kesejahteraan diri sendiri.

Sumber: Nurraysa

Share
Tweet
Pin
Share
3 Comments
Resepi Nasi Ayam Berempah Yang Mudah | Assalamualaikum.. Mostly resepi yang baru Mya update mulai semalam dibuat sebelum bulan Ramadhan tiba. Blog Mya sudah berwajah baharu, banyak berkaitan dengan peningkatan blog sudah lari. In same time, dengan adanya entri-entri baru, Mya harap pencapaian blog akan meningkat dan semangat untuk Mya sentiasa fokus pada blog semakin tinggi.

nasi ayam berempah ayam yang mudah

Hari ini Mya nak kongsi nasi kegemaran sejak kecil lagi. A little bit of history. Waktu Mya sekolah menengah dulu, Mya selalu beli Nasi Ayam Hainan dekat Bandar Tun Razak untuk adik bongsu. Yang bestnya, boleh minta nasi dan ayam lebih. Dulu makan banyak mana pun, badan tak naik. Laa ni sekejap je berat badan naik mendadak, lebih-lebih lagi musim PKP ni.

Sebenarnya, Mya nak makan nasi ayam. Mya cakap dengan mak, jom buat nasi ayam. Disebabkan itu, mak membeli 3 ekor ayam. Tapi tak pakai semua, seekor je. Ini adalah resepi emak Mya. Mak ajar, kita masak. Kita hanya menurut perintah sahaja.

Resepi Nasi Ayam Berempah

Bahan-bahan

Nasi
5 cawan beras
seinci halia dipotong nipis
3 biji bawang merah dipotong halus
4 ulas bawang putih dipotong halus
sebatang kulit kayu manis (kecil)
bunga lawang
cengkih
2 sudu besar mentega
sedikit kunyit untuk warna kuning
daun pandan simpul
garam
Maggi secukup rasa
sedikit mentega untuk menumis

1. Panaskan mentega di atas kuali.Tumis bawang merah, bawang putih, halia, kulit kayu manis, bunga lawang dan cengkih. Biar sampai naik bau. Jangan sampai garing. Biarkan layu sekejap.
2. Basuh beras dan toskan. Masukkan di dalam periuk nasi.
3. Gaulkan bahan tumis tadi bersama beras di dalam periuk.
4. Masukkan mentega, daun pandan, kunyit, garam dan Maggi secukup rasa. Gaul sehingga sekata.
5. Sukat air seperti biasa. Jangan banyak sangat takut nasi lembik.
6. Masak nasi sehingga ia masak.

Ayam Goreng Berempah.
1 ekor ayam - potong mengikut kesukaan
3 ulas bawang putih
1 halia
sedikit kunyit
garam

1. Basuh dan toskan ayam yang telah dipotong.
2. Tumbuk bawang putih dan halia sehingga lumat. 
3. Masukkan ke dalam mangkuk berisi ayam.
4. Masukkan garam dan kunyit.
5. Gaul sehingga sebati.
6. Goreng di dalam minyak yang panas menggunakan api perlahan. 
7. Nampak dah keperangan, angkat dan toskan.

Sambal
5 biji cili api
3 ulas bawang putih
5 biji limau kasturi
garam

1. Tumbuk cili api dan bawang putih sehingga lumat. 
2. Masukkan sedikit garam. Tumbuk sehingga sekata.
3. Perah limau kasturi dan buang bijinya.
4. Kacau dengan sudu supaya sebati.
5. Hidangkan di dalam mangkuk kecil.

Sup Ayam
Sedikit ayam bahagian tulang
2 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
seinci halia*
kulit kayu manis
bunga lawang 
cengkih
rempah sup Adabi
garam
Maggi secukup rasa

*dipotong nipis

1. Rebus ayam sehingga masak.
2. Tumis bawang merah, bawang putih, halia, rempah sup Adabi sehingga naik bau.
3. Masukkan ayam yang telah direbus. Kacau sehingga sekata.
4. Masukkan air sehingga paras ayam.
5. Perasakan dengan garam dan Maggi secukup rasa.
6. Masak sehingga mendidih.
7. Siap dan hidangkan.

Inilah hasilnya. Walaupun tidak berapa comel, rasa dia tu yang penting. Memang sedap. Ahli keluarga Mya makan nasi bertambah-tambah. Ialah hasil air tangan MAK dan Mya kan. Mya tidak menyediakan salad, timun ataupun sos kicap. Hanya ini sahaja yang kami sediakan.

nasi ayam berempah

sup ayam

sambal cili

Selamat Mencuba..

Love,
Mardhiyyah Rosli
Share
Tweet
Pin
Share
5 Comments
10 Aktiviti Mudah Dilakukan Sepanjang PKP | Assalamualaikum.. Hari ini ialah hari yang ke 5 Perintah Kawalan Pergerakan Fasa 4. Sudah hampir sebulan setengah kita menjalani PKP dan duduk di rumah dengan rutin yang sama. Tiada perubahan kerana kekangan yang tengah berlaku di negara kita ini. 

aktiviti PKP

Bagi seorang individu mahupun sebuah keluarga, kita merasa bosan duduk terperap di rumah dengan melakukan aktiviti yang sama setiap hari. Banyak kesan yang dihadapi terutamanya dari segi emosi dan kewangan.

Di sini Mya sertakan 10 aktiviti yang boleh dilaksanakan bersama keluarga mahupun secara individu. Ada di antara aktiviti ini dapat membantu setiap orang mengendalikan emosi dengan baik dan positif. Aktiviti ini juga memberi kita fokus dalam menjalani rutin harian. 

10 Aktiviti Mudah Dilakukan Sepanjang PKP

  1. Mencuba kemahiran baru. ~~>Kita boleh membuat sesuatu kelainan dengan mencuba skill baru seperti membuat kek, memasak, berkebun dan sebagainya.
  2. Membuat blog di Blogger atau Wordpress. ~~>Bagi mereka yang minat menulis mengenai makanan, parenting, lifestyle mahupun personal. Anda boleh membuat blog dan bercerita mengenai diri anda dalam bentuk penulisan. Anda juga boleh mencatat setiap yang berlaku di dalam blog sebagai kenangan di masa hadapan.
  3. Bekerja sebagai freelancer. ~~>Jika anda ada kemahiran tertentu seperti web designing atau menulis artikel sebagai guest post. Ambil peluang ini, iklankan diri anda di laman sosial media ataupun LinkedIn. Sedikit sebanyak dapat menambah side income sebagai tambahan pendapatan.
  4. Mengemas almari dan laci peribadi. ~~>Kesibukan bekerja menyebabkan kita tiada masa untuk mengemas rumah mahupun bilik sendiri. Kadang-kadang pakaian yang terlalu banyak di dalam almari memenuhkan ruang sehingga pakaian lama tidak terusik. ~~>Waktu PKP yang panjang ini, kita boleh mengambil sedikit masa mengemas baju di dalam almari dan asingkan mengikut baru dan lama. Baju yang masih boleh dipakai, disimpan mengikut jenis baju. ~~>Manakala, baju yang tidak boleh dipakai dan masih dalam keadaan elok, berikan kepada mereka yang memerlukan. Mana yang tidak berguna lagi, boleh dijadikan sebagai kain buruk ataupun dibuang begitu saja. 
  5. Buat senarai emosi positif dan negatif yang dihadapi. ~~>Bila terkurung di sebuah tempat menyebabkan kita rasa tertekan dengan persekitaran. So, cara saya mengatasi emosi dengan menyenaraikan apa punca saya bersikap positif dan negatif di atas sebuah buku. Contoh: jika anda berbual dengan seseorang menyebabkan anda stress atau marah, elakkan berbual dengan si dia pada masa akan datang. ~~>Jika anda ceria dan sentiasa gembira apabila menghabiskan masa dengan berkebun. Jadikan berkebun itu sebagai hobi atau pengubat apabila stress. Kadang-kadang dengan melakukan perkara yang kita suka, dapat menggembirakan hati kita sepanjang hari.
  6. Membaca buku. ~~>Ada pelbagai genre buku di luar sana; di antaranya adalah fakta, fiksyen, novel cinta, buku-buku ilmiah dan buku pengetahuan am. Ada di kalangan ulat buku boleh menghabiskan 2 buah buku dalam masa sehari. Mereka memperoleh banyak ilmu lebih-lebih lagi untuk genre pengetahuan am. Ilmu yang mereka dapat boleh dikongsi bersama-sama.
  7. Belajar bahasa lain selain bahasa Malaysia. ~~>Macam saya, saya minat menonton anime. Dari saya remaja lagi, saya nak belajar bahasa Jepun. Faham apa yang mereka perkatakan. Selain itu, saya juga belajar pelbagai bahasa Eropah yang lain menggunakan aplikasi Duolingo. Ia amat mudah untuk dipelajari.
  8. Main game bersama anak-anak. ~~>Banyak permainan yang boleh kita main bersama. Antara permainan legend semasa zaman kanak-kanak ialah Saidina, Old Maid, Happy Family, Scrabble, Batu Seremban, Congkak, UNO, Jenga dan sebagainya. ~~>Dapat merapatkan lagi hubungan di dalam keluarga. Anak-anak tidak merasa bosan atau tertekan berada di rumah sepanjang PKP.
  9. Online shopping. ~~>Shopping is a must for a woman. Hilangkan stress dengan membeli barang di atas talian seperti Shopee, Lazada, GrabFood dan sebagainya. Saya lebih suka membeli barang di Shopee lebih-lebih lagi alat tulis dan buku nota. Walaupun tidak membeli sekalipun, dapat cuci mata pun jadilah. Add to cart katanya. Ada rezeki lebih, boleh check out.
  10. Mencuba resepi baru. ~~>Sepanjang PKP ini berlangsung, sudah banyak resepi yang telah saya cuba antaranya; puding roti, agar-agar Milo, kek viral 3 bahan, tepung pelita, nasi ayam berempah dan puding karamel. Ada yang jadi dan ada juga yang tidak jadi. Mencuba pelbagai jenis makanan, makanan yang jarang kita buat. At least, we gain an experience. Mana yang tak jadi tu, boleh cuba lagi pada masa akan datang. Seronok.
Aktiviti ini boleh buat bersama-sama adik beradik, anak-anak ataupun ibu bapa. Ada peluang untuk bersama keluarga, inilah masanya. Nanti apabila sudah kembali bekerja, kekangan masa mengehadkan segala aktiviti bersama anak-anak. So, apa tunggu lagi. Lakukan apa-apa aktiviti berfaedah yang boleh dijalankan di dalam rumah sebagai perkara yang menyeronokkan. Buang segala negative vibes supaya diri tidak tertekan dengan keadaan sekarang. Have fun. 

Love,
Mya Rosli

Share
Tweet
Pin
Share
3 Comments
Segmen Bloglist SitiYangMenaip 1/2020 | Assalamualaikum.. Sudah lama Mya tidak menyertai segmen dan giveaway yang dianjurkan oleh rakan blogger yang lain. So, kali ini Mya nak support akak Siti kita dengan menyertai Segmen Bloglist SitiYangMenaip. Mya nak ajak semua rakan blogger yang lain untuk memeriahkan segmen kali ini.

 segmen bloglist sitiyangmenaip
klik banner di atas untuk join


Segmen tamat: 09 Mei 2020 (Sabtu)
11.59 PM waktu Malaysia

Share
Tweet
Pin
Share
6 Comments
Resepi Agar-agar Milo Yang Sedap dan Mudah | Assalamualaikum.. Hari ini Mya nak kongsi resepi Agar-agar milo. Sebenarnya, Mya bukan seorang yang rajin memasak lebih-lebih lagi bila bekerja dari pagi sampai petang. Tetapi sejak PKP dikuatkuasakan pada 18 Mac yang lalu. Rutin harian berubah 360 darjah. Antaranya ialah menghabiskan masa di dapur sambil menolong emak memasak. 

Akibat kebosanan yang melampau, Mya craving. I have sweet tooth. So, Mya tak boleh berpisah dengan benda manis terutamanya chocolate. Kalau dulu, every Friday waktu lunch mesti keluar beli barang dengan rakan sekerja. Chocolate is a must item. Always in my list. Then, PKP ini mengehadkan pergerakan dan keperluan yang penting sahaja harus dibeli.

resepi agar-agar milo

Mya cuba cari resepi desserts yang simple. I found agar-agar milo. A simple ingredients seperti Milo mesti ada di setiap rumah kan? Alhamdulillah, Milo dah ada. What left is susu pekat. Then, Mya minta tolong ayah belikan susu pekat. You know what. He bought something else too.. Such as tepung pulut, tepung ubi kayu, tepung beras dan bahan-bahan masakan yang lain. Later on, Mya sediakan segala bahan untuk sediakan agar-agar Milo.

Resepi Agar-Agar Milo Yang Sedap dan Mudah

Bahan-bahan

1 paket agar-agar tali
1.5 liter air masak
7 sudu besar Milo
1/2 tin susu pekat
3 sudu besar gula pasir
1 cawan air panas.

Cara-cara

  1. Masukkan agar-agar dengan 1.5 liter air ke dalam periuk.
  2. Masukkan gula pasir dan kacau sehingga larut.
  3. Masukkan serbuk Milo, susu pekat dan air panas di dalam bekas yang lain. Kacau sehingga larut.
  4. Masukkan air Milo tadi ke dalam periuk. Kacau sehingga ia mendidih.
  5. Tutup api. Tapiskan agar-agar Milo tadi ke dalam loyang.
  6. Sejukkan agar-agar Milo di dalam peti sejuk selama 2-3 jam sebelum dihidangkan.
Resepi Asal: Cik Matahariku

Dah siap..

Mya buat resepi ini sebelum bulan Ramadhan. Sempatlah menjamu pakcik-pakcik Mya yang menolong di kebun. Mereka kata sedap, cukup manis. Inilah hasilnya..

resepi agar-agar milo

p/s: Blog baru tukar template, banyak resepi yang telah dibuat sewaktu maintenance. Tinggal nak taip entri dan publish je. So, I hope this is the starter to commit in this blog seriously.





Share
Tweet
Pin
Share
11 Comments
20 Jenis Pencuci Mulut Sebagai Juadah Berbuka Puasa | Assalamualaikum.. Bulan Ramadhan sudah tiba. Tetapi Ramadhan tahun ini tidak seperti biasa. Sebelum ini, kita selalu pergi ke Bazaar Ramadhan untuk membeli sedikit manisan sebagai pembuka selera. Macam saya sendiri, manisan yang selalu dibeli ialah puding karamel, agar-agar santan, dadih pelbagai perisa dan tepung pelita.

Tahun ini ada sedikit perubahan berikutan pandemik Covid-19 yang berlaku di negara kita pada hari ini. Jadi, saya ingin berkongsi beberapa jenis pencuci mulut untuk dijadikan juadah berbuka puasa. Resepi yang saya akan kongsikan hari ini adalah koleksi pelbagai jenis pencuci mulut daripada rakan blogger saya yang lain. 20 jenis pencuci mulut sebagai juadah berbuka puasa telah saya senaraikan di bawah.


20 Jenis Pencuci Mulut


20 Jenis Pencuci Mulut Sebagai Juadah Berbuka Puasa

#1 Resepi Nona Manis Lembut Mudah Buat

nona manis

#2 Resepi Kuih Viral Kerbau Guling Negeri Kelantan

kuih kerbau guling

#3 Resepi Lempeng Kelapa Manis Mudah

lempeng kelapa manis

#4 Resipi Bubur Tepung Pulut Yang Sedap dan Mudah

bubur tepung pulut

#5 Resipi Masalodeh Simple dan Sedap

masalodeh

#6 Resepi Churros Sukatan Cawan

churros

#7 4 Rahsia Resipi Donat Gebu Macam Kapas

donat gebu

#8 Resepi Seri Muka Versi Mak2 Kita Dulu

seri muka

#9 Resipi Kueh Tradisional Netbak

kuih netbak

#10 Agar-agar Bandung Cincau Saji

agar-agar bandung cincau saji

#11 10 Resepi Kek Karamel Pelangi dan Coklat Mudah

kek karamel

#12 Resepi Cornflakes Nutella

cornflakes nutella

#13 Resepi Apam Susu Mudah

apam susu

#14 Resepi Puding Roti Bersama Kuah Kastard

puding roti kuah kastard

#15 Bubur Butir Nangka

bubur butir nangka

#16 Resepi Doh Roti Canai Mudah Lembut dan Garing

roti canai

#17 Resepi Kuih Kaswi Gedik Comel Dengan Lesung Pipit Tembus ke Dalam Gittew

kuih kaswi

#18 Resepi Ketupat Sotong Sedap

ketupat sotong

#19 Resepi Apam Balik Atau Kuih Terang Bulan

apam balik

#20 Resepi Puding Jagung Creamy

puding jagung

Apabila melihat senarai resepi di atas, Mya juga mahu cuba membuat semua resepi yang ada di sini. Jika anda mahu resepi penuh, tekan tajuk setiap resepi di atas ya.

Selamat Mencuba..

Love, 
Mya Rosli

Share
Tweet
Pin
Share
5 Comments
5 Resepi Cheesecake Tanpa Bakar Yang Mudah | Hari ini ialah hari Perintah Kawalan Pergerakan yang ke 40. Rutin harian menjadi terhad apabila kita tidak dibenarkan keluar rumah akibat wabak pandemik Covid-19 ini. Disebabkan ini kita bukan sahaja dapat manfaatkan bersama keluarga yang tersayang, kita juga dapat mencuba pelbagai resepi di dalam dapur.

Waktu begini Mya suka mencari resepi pencuci mulut yang simple dan tidak melecehkan. Antara pencuci mulut yang menjadi pilihan ialah Cheesecake Tanpa Bakar. Dengan kata lain, kek keju yang tidak perlu dibakar. Hanya sejukkan dan sedia untuk dimakan.

Senarai di bawah adalah 5 Resepi Cheesecake Tanpa Bakar Yang Mudah.

#1 The Classic No Bake Cheesecake


no bake cheesecake


Bahan-bahan
For the crust
1 1/2 cawan biskut Oreo yang dihancurkan
4 sudu besar mentega cair

For the fillings
1 paket Cream Cheese di suhu bilik
1 1/2 cawan powdered sugar
3 cawan whipped cream
1 sudu teh esen vanilla

Cara-cara
1. Masukkan biskut Oreo dan mentega di dalam mangkuk bersaiz sederhana. Kacau sehingga rata.
2. Isikan campuran biskut Oreo di dalam acuan dan tekan sehingga campuran padat dan rata. Sejukkan di dalam peti ais selama 10 minit.
3. Di dalam mangkuk stand mixer, masukkan cream cheese dan kacau di kelajuan tinggi sehingga menjadi lembut dan berkrim. Tambahkan powdered sugar sedikit demi sedikit dahulu, kacau di kelajuan rendah dan kemudian di kelajuan tinggi sehingga semua gula menjadi sebati.
4. Masukkan esen vanilla dan kacau sehingga sekata.
5. Kacau whipped cream ke dalam adunan cream cheese dan gula menggunakan spatula sehingga sebati.
6. Masukka adunan cream cheese ke dalam acuan crust tadi dan ratakan.
7. Tutup pan dengan plastic wrap dan biarkan cheesecake selama 2-4 jam di dalam peti ais.
8. Siap. Hidangkan bersama buah-buahan segar.

Resepi Asal: The Busy Baker

#2 No Bake Chocolate Cheesecake

no bake chocolate cheesecake

Bahan-bahan
For the crust
2 cawan biskut Oreo yang dihancurkan
1 sudu besar gula
7 sudu besar mentega cair

For the fillings
1 pack cream cheese, suhu bilik
1 1/2 cawan powdered sugar
1/4 cawan sour cream
1 sudu teh esen vanilla
1 1/2 cawan bittersweet chocolate cair, suhu bilik

Cara-cara
1. Masukkan biskut Oreo, gula dan mentega cair ke dalam mangkuk dan kacau sehingga sebati. Masukkan bahan tadi ke dalam pan dan tekan sehingga padat. Sejukkan selama 10 minit.
2. Di dalam mangkuk mixer, pukul cream cheese sehingga berkrim selama beberapa minit. Masukkan powdered sugar dan pukul sehingga sebati. Masukkan sour cream dan esen vanilla dan kacau.
3. Masukkan coklat cair ke dalam adunan tadi, pukul sehingga adunan menjadi ringan dan gebu.
4. Ratakan adunan cheese tadi ke dalam pan. Tutup dengan plastic wrap dan sejukkan sehingga 3-4 jam.
5. Siap dan hidang.

Resepi Asal: Mel's Kitchen Cafe

#3 No Bake Strawberry Cheesecake

no bake strawberry cheesecake

Bahan-bahan
For the crust
2 1/4 cawan biskut kraker hancur
2 sudu besar gula
secubit garam
10 sudu besar mentega cair

For the fillings
1 cawan strawberi
2 1/2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar air sejuk
2 1/4 sudu teh serbuk agar-agar
1 pack cream cheese, suhu bilik
1/2 cawan gula
1 1/4 cawan cold heavy whipping cream
3/4 cawan powdered sugar
1/2 sudu teh esen vanilla

Cara-cara
1. Masukkan bahan crust di dalam mangkuk dan kacau sehingga sebati.
2. Masukkan crust ke dalam pan dan tekan sehingga padat. Sejukkan di dalam peti ais.
3. Masukkan strawberi ke dalam blender, blend sehingga puri menjadi halus.
4. Masukkan puri strawberi dan tepung jagung ke dalam periuk sederhana dan masak di atas api sederhana. Kacau adunan sehingga  pekat dan berbuih dalam 5-10 minit.
5. Perlahankan api dan biarkan sehingga 1-2 minit. Alihkan dan tuang ke dalam mangkuk. Ketepikan sehingga sejuk.
6. Masukkan air sejuk ke dalam mangkuk kecil. Kemudian masukkan serbuk agar-agar. Biarkan selama 5 minit.
7. Panaskan adunan agar-agar tadi dan kacau sehingga agar-agar larut.
8. Masukkan larutan agar-agar tadi ke dalam adunan strawberi dan kacau sehingga sebati. Ketepikan.
9. Di dalam mangkuk mixer, pukul cream cheese dan gula sehingga sebati.
10. Masukkan 1/3 adunan strawberi tadi dan pukul sehingga sebati. Masukan adunan strawberi itu sedikit demi sedikit supaya adunan sebati dan halus.
11. Masukkan heavy whipping cream, powdered sugar dan esen vanilla ke dalam mangkuk mixer yang lain, pukul dengan kelajuan tinggi sehingga kembang.
12. Masukkan whipped cream ke dalam adunan strawberi sehingga sebati.
13. Masukkan ke dalam crust pan dan ratakan.
14. Sejukkan cheesecake ke dalam peti ais selama 5-6 jam.
15. Dah siap.

Resepi Asal: Life, Love & Sugar

#4 No Bake Key Lime Cheesecake

no bake key lime cheesecake

Bahan-bahan
For the crust
2 1/2 cawan biskut krim kraker hancur
1/2 cawan mentega cair

For the fillings
2 pack cream cheese, suhu bilik
1 1/2 cawan powdered sugar
1/3 cawan jus limau
1 sudu besar parut kulit limau
1 sudu teh esen vanilla
1 1/4 cawan cold heavy whipping cream

Cara-cara
1. Gaulkan biskut krim kraker dan mentega dan masukkan ke dalam pan. Tekan sehingga padat.
2. Di dalam mangkuk mixer, pukul cream cheese sehingga sebati.
3. Masukkan gula, jus limau, kulit limau dan esen vanilla dan pukul sehingga sebati.
4. Masukkan cream dan pukul perlahan. Kemudian pukul di kelajuan tinggi sehingga adunan pekat dan gebu.
5. Masukkan ke dalam pan dan ratakan. Tutup dengan plastic wrap dan sejukkan sehingga 5-6 jam.
6. Siap dan hidang.

Resepi Asal: The Recipe Critic

#5 No Bake Nutella Cheesecake

no bake nutella cheesecake

Bahan-bahan
For the crust
250g biskut Oreo hancur
6 sudu besar mentega cair

For the fillings
1 pack cream cheese
2 cawan nutella
1 1/2 cawan powdered sugar

For the toppings
1/2 cawan heavy cream
113g semisweet chocolate dicincang halus
2 cawan kacang hazel dipanggang dan dicincang

Cara-cara
1. Letakkan kertas minyak atau aluminium foil di dalam loyang 9 inci. Ketepikan.
2. Masukkan biskut Oreo dan mentega di dalam mangkuk. Gaul sehingga sebati.
3. Tekan campuran biskut ke dalam loyang sehingga padat. Sejukkan di dalam peti ais.
4. Masukkan cream cheese ke dalam mangkuk mixer, pukul sehingga berkrim selama 2 minit
5. Masukkan powdered sugar dan pukul pada kelajuan perlahan sehingga sebati. Kemudian, pukul adunan tadi selama 2 minit pada kelajuan sederhana.
6. Masukkan nutella dan pukul sehingga sebati selama 2 minit.
7. Isikan adunan filling tadi ke dalam crust. Ratakan sehingga sekata. Simpan di dalam peti sejuk.
8. Di dalam periuk kecil, panaskan heavy cream di atas api sederhana.
9. Tuangkan krim tadi ke dalam mangkuk berisi coklat yang telah dicincang. Biarkan selama 3 minit. Kacau sehingga coklat cair dan sebati.
10. Ratakan coklat ke atas cheesecake tadi. Taburkan kacang hazel di atas cheesecake.
11. Simpan di dalam peti ais selama 6-8 jam.
12. Siap dan hidang.

Resepi Asal: Baked By An Introvert

Selamat Mencuba..


Share
Tweet
Pin
Share
No Comments


Homemade Egg Tart |Hari ini Mya nak throwback tart telur buatan tangan sendiri di rumah. Masa ini Mya masih menganggur dan banyak habiskan masa dengan oven kesayangan. Tempoh masa untuk membuat tart telur ini agak lama mungkin disebabkan kulit tart itu sendiri. Made from the scratch.

Mya memberi sample tart telur kepada mak, ayah dan adik beradik sebagai tester. Mya juga sempat membawa sedikit tart telur sebagai buah tangan di kampung.

homemade egg tart

Homemade Egg Tart

Bahan-bahan
Inti kastard telur
2 biji telur saiz sederhana
90ml air panas
2 1/2 sudu besar gula kastor
1/8 sudu teh garam
2 sudu besar susu cair
sedikit esen vanilla
Crust tart
160g tepung
50g mentega suhu bilik
1/4 cawan gula aising
2 sudu besar telur
1/8 sudu teh garam
sedikit esen vanilla
mentega cair untuk acuan
Cara-cara
  1. Larutkan gula dan garam di dalam air panas. Kacau sehingga larut dan sejukkan.
  2. Kacau telur hingga sebati dan asingkan 2 sudu besar telur untuk bahagian doh. 
  3. Masukkan air gula, susu cair, esen vanilla ke dalam adunan telur. Kacau sehingga sebati. 
  4. Tapiskan adunan untuk membuang buih. Lakukan sebanyak 2 kali. Kemudian, sejukkan ke dalam peti ais.
  5. Tapiskan tepung, gula, dan garam ke dalam mangkuk besar. Masukkan mentega. Gaul semua bahan.
  6. Masukkan telur dan esen vanilla. Uli sehingga sebati. Jika doh melekat, masukkan sedikit tepung. Tutup dengan plastik. Biarkan dalam peti ais sekurang-kurangnya 1 jam.
  7. Keluarkan doh. Bahagikan doh kepada 6 bahagian.
  8. Tekan ke dalam acuan menggunakan jari. Pastikan kerak di bahagian bawah tidak terlalu tebal.
  9. Panaskan oven pada suhu 200 Celsius.
  10. Penuhkan inti sebanyak 80%. Bakar selama 15-20 minit sehingga nampak kuning keemasan.
  11. 5 minit terakhir, rendahkan suhu sebanyak 10 Celsius untuk elakkan inti telur naik terlalu tinggi.
  12. Sejukkan beberapa minit sebelum keluarkan dari acuan. Hidang semasa panas.

Acuan Tart
Semasa di kampung, Mya memberi saudara mara untuk merasa tart telur ini. Mereka memuji bahawa tart telur itu sangat sedap. Sehingga ada di antara pakcik yang berkata Mya sudah boleh kahwin ini. Mya hanya senyap tidak berkata apa-apa.
Oven di rumah sudah lama tidak berusik. Apabila melihat resipi ini kembali, terdetik di hati nak buat kembali. Kena cari bahan dulu ni.
Apa-apapun selamat mencuba Homemade Egg Tart. 
Share
Tweet
Pin
Share
1 Comments
Newer Posts
Older Posts

About me

About Me

MARDHIYYAH ROSLI


Part time blogger since April 2017.
Writing more about personal and lifestyle.

Affirmation: Believe in Yourself and Stay Strong.

Review| Collaboration| Advertorial| Sponsorship

Email: diyaroslidotcom@gmail.com

BITER'S

BITER'S

Readers

#TotalPost

Total Pageviews

Blogger Friends

Blog archive

  • ▼  2021 (5)
    • ▼  February 2021 (1)
      • Wishing for Staycation at Singapore
    • ►  January 2021 (4)
  • ►  2020 (24)
    • ►  November 2020 (1)
    • ►  October 2020 (1)
    • ►  August 2020 (3)
    • ►  July 2020 (1)
    • ►  May 2020 (11)
    • ►  April 2020 (3)
    • ►  March 2020 (2)
    • ►  January 2020 (2)
  • ►  2019 (65)
    • ►  November 2019 (2)
    • ►  October 2019 (2)
    • ►  September 2019 (4)
    • ►  August 2019 (4)
    • ►  July 2019 (3)
    • ►  June 2019 (4)
    • ►  May 2019 (7)
    • ►  April 2019 (9)
    • ►  March 2019 (3)
    • ►  February 2019 (13)
    • ►  January 2019 (14)
  • ►  2018 (32)
    • ►  December 2018 (7)
    • ►  November 2018 (4)
    • ►  October 2018 (1)
    • ►  August 2018 (2)
    • ►  July 2018 (2)
    • ►  June 2018 (1)
    • ►  May 2018 (1)
    • ►  April 2018 (5)
    • ►  March 2018 (8)
    • ►  January 2018 (1)
  • ►  2017 (88)
    • ►  October 2017 (2)
    • ►  September 2017 (1)
    • ►  August 2017 (6)
    • ►  July 2017 (15)
    • ►  June 2017 (6)
    • ►  May 2017 (43)
    • ►  April 2017 (11)
    • ►  March 2017 (4)

Popular Posts

  • Temuduga SPP (Pembantu Makmal C19)
  • First Time Pakai Contact Lens
  • Simple Crepe
  • Festival Durian SMKTC 2019
  • Peperiksaan Perkhidmatan Pembantu Makmal C19

AFB Bloglist

  • Nurfuzie.com
    7 Kebaikan Menggunakan Gold Nano CC Cream dari Hansaegee Nature
    14 hours ago
  • Cerita.. ceriti.. ceritu..
    Menunggu Pengunjung ke 2500k
    18 hours ago
  • Fieza Sani
    Kekalkan Keanjalan Kulit Dengan Mask Dari Ekstrak Avokado
    19 hours ago
  • #TheRealBloggerMak
    SELEPAS PKP: APA RANCANGAN KITA?
    20 hours ago
  • NOTA SHALIMAR
    Resepi Nasi Air Pantai Timur Yang Sedap Dan Menyelerakan
    22 hours ago
  • Lovely Sunshine
    Wishing for Staycation at Singapore
    22 hours ago
  • Shamiera Osment
    Healthier and Slimmer with Kitsui Korean White and Kitsui Bellos Fibre.
    22 hours ago
  • BondeZaidalifahDotCom
    Zikir Ya Latiffu Ya Khafi
    1 day ago
  • BUSYRA TAKIYUDIN
    5 Koleksi Resepi Kuih Raya yang senang nak buat
    1 day ago
  • SPORTING MUMMY
    Koleksi Kuih Raya Premium Yang Patut Korang Cuba di Cookies Vibe
    1 day ago
  • blog santai-santai jerr..........!
    Cara Membuat Kimbap Ringkas Dan Sedap Dengan Resepi Simple..
    1 day ago
  • ANNUR SYUHADAH
    Kebahagiaan Rumahtangga Bermula dari Isteri yang Bahagia
    2 days ago
  • Lia Hasty's Personal Blog
    Produk kesihatan Campuran MInuman Botani Halal dari KITSUI
    2 days ago
  • MamaJue Story
    Adakah Kitsui Bahaya?
    2 days ago
  • Blog by Ana Suhana
    5 Hotel di Port Dickson Yang Ada Private Pool
    3 days ago
  • babyshambles.. ♥
    Doa Hari Isnin
    3 days ago
  • CikguNorazimah
    Bestnya bercuti ke hotel mewah di Pulau Langkawi
    4 days ago
  • EnyAbdullah.Com
    Ikan Bakar Sumbat Kelapa Dan Resepi Sambal Kelapa Yang Sedap
    5 days ago
  • Nota Purba ( memoir, fragmentasi, anekdot, refleksi dan retrospektif )
    Oh My English
    5 days ago
  • Miza Talib
    Kuih Raya Online One Cookies
    6 days ago
  • Belog Kak Gojes
    Pemansuhan Syarat i-Sinar
    1 week ago
  • AziRahmanDotCom | Azirahman Story
    Full Episod Drama Takdir Yang Tertulis
    1 week ago
  • Cahaya Hayati
    Sup Sayur Campur Bebola Ikan Mudah Dan Sedap
    1 week ago
  • CIKLAPUNYABELOG DOTBLOGSPOTDOTMY
    PDPR Khayra minggu lepas punya cerita.
    1 week ago
  • mOnOLoG tAnpA sUaRa
    26 Mommy Blogger Malaysia Paling Best Untuk 2021
    1 week ago
  • Blog Mayy Jie
    The Capal Miswak ; Kayu Sugi Berkesan Ke?
    2 weeks ago
  • sayidahnapisahdotcom
    EXCITED! Boleh rentas negeri tanpa perlu borang kebenaran polis!
    2 weeks ago
  • MaisarahSidi.com
    Naikkan Trafik Blog dengan Share Link di Group Facebook
    2 weeks ago
  • Farah Dafri | Lifestyle , Beauty and Everything happy
    Mega BiO-LiFE GLOW : Supplement kecantikan sesuai untuk yang lalui gaya hidup sibuk
    2 weeks ago
  • Wendy Pua | Malaysia Chinese Lifestyle Blogger
    How To Prepare A Perfect Fruit Smoothies By Using Beko Vacuum Blender
    2 weeks ago
  • Maria_Firdz
    Hukum Memakai Inai Berwarna-warni!
    2 weeks ago
  • mimiazirah.com
    Lirik Lagu Makna Cinta Rizky Febian Viral Tik Tok
    2 weeks ago
  • KhatyAiman
    Introducing NESTLÉ LACTOGROW® Aktif
    2 weeks ago
  • KAKCIK SEROJA
    Mahal tak semestinya sedap...
    3 weeks ago
  • iuzira
    Program Kawal Kencing Manis Secara Percuma Hanya di Atas Talian
    3 weeks ago
  • Lin Liena Story
    Sinopsis 44 Hari Bangkitnya Pocong
    3 weeks ago
  • Along Misuari
    Pemilihan Tilam Untuk Keselesaan Sepanjang Malam Demi Kesihatan
    4 weeks ago
  • Mya Farisha
    [e-Novel] Anak Angkat Mama Bab 25
    5 weeks ago
  • Papaglamz.com
    Cari Tempat Makan Pizza Terbaik di Pulau Pinang
    1 month ago
  • Mommy Irra
    Sesiapa Saja Boleh Singgah Nikmati Makanan Terbaik di Sepang
    1 month ago
  • SuperMOM With SuperKIDS
    Sweeten Up Your Holiday Season at LEGOLAND® Malaysia Resort’s Candyland!
    1 month ago
  • masturadin.com
    GIGI SEMAKIN PUTIH DENGAN WHITEKISH MAGIC CHARCOAL
    2 months ago
  • ARZMOHA
    DIEGO MARADONA BINTANG LAGENDA BOLA SEPAK ARGENTINA MENINGGAL DUNIA DIPERCAYAI AKIBAT SERANGAN JANTUNG
    3 months ago
  • Nik Ainaa
    Makanan Diet Sedap Dan Murah Di Kelantan
    3 months ago
  • nurulshahira.com
    Pen Insulin
    3 months ago
  • wayneharraz.com
    Bahaya buaian dalam kereta
    4 months ago
  • Inani Hazwani
    Who is Maurice? : The Constructed Image of the Amazing “Maurice.”
    8 months ago
  • www.aimnub.com
    Depresi Dan Bunuh Diri
    8 months ago
  • Efa Othman
    Salam Ramadhan 1441h Dan Selamat Hari Pekerja 2020
    9 months ago
  • REENA SIDEK
    Kepala Kuda Minum Air Miri Runtuh?
    1 year ago
  • Celoteh Adkdayah
    DUGAAN HATI YANG BERBOLAK BALIK
    1 year ago
  • Eeca Shyaa
    Book Review | Crooked Kingdom by Leigh Bardugo
    1 year ago
  • Sue's Kitchen Journey ::
    Pisang Goreng Rangup.. versi bulat
    1 year ago
Show 5 Show All

BITERS BLOGLIST

  • Azlinda Alin Malaysian Parenting Lifestyle Beauty Blogs
    2020 RECAP PENCAPAIAN DALAM AIA INDUSTRI TAKAFUL DAN INSURANCE
    8 hours ago
  • Yaya Azura
    Tinggal ku sendiri dengan seribu calar ungu
    9 hours ago
  • OMBAKBERGIGI
    SEGMEN BLOGWALKING BY SI HATI BERBOLAK BALIK
    10 hours ago
  • Blog Sihatimerahjambu
    Aku Yang Kau Gelar Isteri Episode 6
    10 hours ago
  • Farhana Jafri
    Pengalaman Makan Roti Jala Cicah Serawa Durian
    10 hours ago
  • MrsPip Dot Com
    Badan Bertoksin? Ini 10 Cara Rawatan Mudah Ber-Detox
    12 hours ago
  • Modern Mum's Thingy
    Resepi Nasi Tomato dengan Acar Nenas dan Timun Bersunquick
    15 hours ago
  • Fieza Sani
    Kekalkan Keanjalan Kulit Dengan Mask Dari Ekstrak Avokado
    19 hours ago
  • Sharing My Ceritera
    Kitsui Review - Belloss Fiber dan Korean Whitie + Plus | Mesti Cuba! Hasilnya Memuaskan Hati!
    19 hours ago
  • BorakKita.Com
    Oakwood Announces the Arrival of Oakwood Hotel & Residence Bangkok Near the Iconic Chao Phraya River
    21 hours ago
  • IAMFUZY.COM™
    23 Tips Lembutkan Daging Agar Daging Empuk Dan Tidak Liat
    21 hours ago
  • SHALIMAR YUSOF
    Resepi Nasi Air Pantai Timur Yang Sedap Dan Menyelerakan
    22 hours ago
  • Lovely Sunshine
    Wishing for Staycation at Singapore
    22 hours ago
  • Shamiera Osment
    Healthier and Slimmer with Kitsui Korean White and Kitsui Bellos Fibre.
    22 hours ago
  • Maria Firdz - Lifestyle Blogger
    Amal Minum Air Sejuk atau Air Panas, Mana Lebih Baik?
    22 hours ago
  • Kisahsidairy.com
    Pengalaman Pertama kali di Swab Test
    23 hours ago
  • Bonde Zaidalifah
    Zikir Ya Latiffu Ya Khafi
    1 day ago
  • Prettily Rare
    Diet Apa Paling Berkesan? Kompilasi Diet Yang Pernah Saya Cuba
    1 day ago
  • Marshalizadotcom
    Koleksi Kuih Raya Premium Yang Patut Korang Cuba di Cookies Vibe
    1 day ago
  • SIS HAWA DOT COM
    Techouz, Pakar Repair Laptop Murah Cepat Mudah Area KL & Selangor
    1 day ago
  • BIDASARI
    Resepi Lala Paling Mudah dan Cepat
    1 day ago
  • nunaabdullah.com
    TIPS KENALI WARNA BLUSHER YANG SESUAI DENGAN KULIT ANDA
    2 days ago
  • ANNUR SYUHADAH
    Kebahagiaan Rumahtangga Bermula dari Isteri yang Bahagia
    2 days ago
  • Aiman Abdullah | Blog Peribadi Yang Pelbagai
    Cara Daftar Sebagai Penerima Vaksin COVID-19 Menggunakan Aplikasi MySejahtera
    2 days ago
  • VITAMIN WAWA
    Persoalan Tentang ResV Shaklee
    2 days ago
  • Diary Mama
    Secret Coffee – Kopi Untuk Kesihatan Yang Mampu Melawaskan Pembuangan Air Besar
    2 days ago
  • Sii Nurul | Menulis Untuk Berkongsi
    TAHNIAH! Kepada Pemenang Giveaway Sii Nurul
    2 days ago
  • MARINA BASHAH
    5 Idea Hebat untuk Merancang Dekorasi Bilik Tidur Bayi Bertemakan Travelling
    2 days ago
  • CXopportunities
    Adakah Produk Kitsui Bahaya?
    2 days ago
  • VANILLA FREAK
    Resipi : Rasam, Sup Rempah India Selatan
    3 days ago
  • Mama 'AA' Monsta
    OPTIMAL GROWTH POTENTIAL WITH DUTCH LADY MAXGRO
    3 days ago
  • Fiza Aizzawa
    The Kut’sKitch Kek dan Roti Home Made | Penghantaran area Shah Alam/Sg. Buloh/Rawang
    3 days ago
  • Blog Wani Sukarno
    Tonton Filem Selamat Hari X Jadi Di Astro First
    3 days ago
  • Mrs Liez - Malaysian Lifestyle Blogger
    5 Sebab Untuk Pilih Percutian Ke Port Dickson
    4 days ago
  • Ciktie Dot Com
    Selamat menduduki SPM 2020
    4 days ago
  • MOMMY WAWA
    20 Ideas Office For Work At Home Mom
    5 days ago
  • Eyqa Hasnan's Blog
    Drama Slot Samarinda - Aku Yang Kau Gelar Isteri Full Episode
    6 days ago
  • Ajumohit
    Cara melegakan sakit leher dan bahu akibat salah bantal
    6 days ago
  • Kitepunye Dot Com
    Freedom of Expression is the Constitutional Right of Every Citizen
    6 days ago
  • Belog Kak Gojes
    Pemansuhan Syarat i-Sinar
    1 week ago
  • cikzacom
    TONTON AKU YANG KAU GELAR ISTERI EPISOD 1-15 (AKHIR) TV3
    1 week ago
  • perrenial
    After a while, I think I’m a bad blogger
    1 week ago
  • Blog Adianiez
    Cofeology Cafe & Restaurant | Cafe halal yang ekslusif dengan menu yang best, tak rugi singgah menjamu selera
    1 week ago
  • Azwar Syuhada
    Jom Jalan-Jalan Luar Negara di Alam Maya - Driveandlisten
    1 week ago
  • Yatie Owner
    Honor Traditions, Renew Fortunes with Hilton Kota Kinabalu
    1 week ago
  • Blog Lea Azleeya
    Kempen ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP’ Bantu 420 Pelajar Orang Asli dengan Kelengkapan Kembali ke Sekolah termasuk Pelitup Muka Guna Semula untuk Perlindungan Covid-19, Hasil Sumbangan Rakyat Malaysia
    1 week ago
  • Cahaya Hayati
    Sup Sayur Campur Bebola Ikan Mudah Dan Sedap
    1 week ago
  • MaisarahSidi.com
    Resepi Puding Roti Karamel Sedap dan Mudah
    1 week ago
  • PERMATABIRU
    PERFECT BALANCE SKINCARE TERBARU DARI COSMODERM
    1 week ago
  • apekinah.com
    Rangkaian Cosmoderm Skin Lab Perfect Balanced Mengandungi Prebiotik & Calamine Untuk Tingkatkan Kesihatan Kulit Wajah
    1 week ago
  • Atul Hamid
    26 Mommy Blogger Malaysia paling best tahun 2021
    1 week ago
  • mOnOLoG tAnpA sUaRa
    26 Mommy Blogger Malaysia Paling Best Untuk 2021
    1 week ago
  • Fadzi Razak — Malaysian Family Lifestyle Blog
    26 Mommy Best Blogger Malaysia 2021
    1 week ago
  • Norhana Rosmida
    Resipi Kuih Tepung Pelita Step By Step Guna Bekas Dadih Tak Payah Kukus. Senang dan Sedap!
    2 weeks ago
  • SHAHADA FAUZI
    4 langkah mudah untuk kulit wajah yang sihat dengan Cosmoderm Perfect Balanced
    2 weeks ago
  • Mimi Azirah
    Lirik Lagu Makna Cinta Rizky Febian Viral Tik Tok
    2 weeks ago
  • Beauty dan lifestyle
    INTROVERT! Nak Tak Buat LIVE? Meh sini, baca 7 Tips LIVE Buat si Introvert
    3 weeks ago
  • Lin Liena Story
    Sinopsis 44 Hari Bangkitnya Pocong
    3 weeks ago
  • Ardini Humaira
    SUPERCUBE MOLASSES HERBS DRINK KIUB MINUMAN HERBA YANG BERKHASIAT
    3 weeks ago
  • Dunia Blog IQ
    Covid Ada Di Mana-mana, Sentiasa Patuh SOP!
    4 weeks ago
  • Rina Zul
    CARA AJAR ANAK CINTAKAN AL-QURAN. JOM BUAT SEPERKARA INI.
    4 weeks ago
  • Ira Mommy Si Kembar
    TIPS SEMASA ANXIETY ATTACK | Dr. Erna Nadia
    4 weeks ago
  • Nana Hassan
    Resepi yogurt burnt cheesecake air fryer
    5 weeks ago
  • Opzzpinky-Personal,Recipe,Parenting
    Pallas Kasut Sekolah Hitam Dengan Reka Bentuk yang Selesa
    1 month ago
  • SuperMOM With SuperKIDS
    Sweeten Up Your Holiday Season at LEGOLAND® Malaysia Resort’s Candyland!
    1 month ago
  • Usop Ahmad
    4 SEBAB GHOSTWRITER MENDAPAT PERMINTAAN YANG TINGGI PADA MASA KINI
    2 months ago
  • Lifestyle Blog
    Petua agar minyak tidak meletop ketika menggoreng
    3 months ago
  • Ooh Deo
    Isu Zakat Cara Kira Zakat Emas Yang Harus Kita Tahu
    6 months ago
  • Bonda Chanteq
    #PRAY FOR BEIRUT, #PRAY FOR LEBANON
    6 months ago
  • khalisahazrina.com
    Dengan 50 Kata-kata Positif Ini Membuat Anak Menjadi Semakin Hebat Dan Berkeyakinan
    8 months ago
  • SisYatie
    Rebus Nasi Impit 30 Minit Dengan PPC
    8 months ago
  • Fara Sofea Dot Com
    Tips Mengatasi Anak Sembelit
    8 months ago
  • Syaza Redzuu | Lifestyle Blogger | Traveler
    6 Benefits by PG Mall to Support Local Sellers
    9 months ago
  • Kak Nor
    Bengkel Fotography bersama Tuan Stefano Romano
    1 year ago
Show 5 Show All

Categories

Article Beauty Blogging Entertainment Family Kerja Kesihatan Nurraysa Resepi Review Travel
DMCA.com Protection Status

Created with by ThemeXpose | Distributed by Blogger Templates | Copyright © 2017 - 2020