20 APRIL STORY

10:48


Assalamualaikum,

Sebenarnya aku nak update entri ni dari minggu lepas tapi disebabkan kesuntukan masa. Aku update pada hari ini. Aku pun tak faham kenapa orang lain yang bertunang, aku yang sibuk memanjang. Macam mana la bila aku bertunang nanti.

19 April 2017

Pada hari Rabu yang lepas, disebabkan ada tetamu nak datang rumah. Mak aku menyuruh aku membersihkan pintu, pintu yang dah lama tak digunakan serta gate yang berkarat sedikit. Aku bersihkan rumah seperti biasa. Dah selesai, kita berehat seketika bersama air masak.

20 April 2017

Hari ini aku disuruh bangun pagi dan membersihkan halaman rumah ataupun garaj. Aku meminta tolong daripada adikku yang bersekolah pada waktu petang. Kami memberus lantai, tiang rumah dan membasuh tikar. Usia rumah aku sudah terlalu lama kerana rumah ini sudah di duduki sebelum mak dan ayah aku kahwin. Habis baju aku basah dek di siram Muhammad  Amnan. Cat di dinding luntur warna dan hilang kecantikannya. Apa-apa pun selesai sudah tugas aku pada hari ini. Apa yang akan aku lakukan esok? Nantikan. 
Sehingga bertemu lagi.

You Might Also Like

0 comments

Assalamualaikum..
Selamat berkenalan.
Sila komen dengan perkataan yang baik-baik sahaja.
Terima kasih.

Sila tinggalkan link anda di profile atau di ruangan mesej. Mudah untuk saya blogwalking ke blog anda.