Kebaikan Buah Roselle

18:35



Assalamualaikum,
Sebelum aku cerita tentang kebaikan buah roselle. Aku nak cerita bagaimana aku mula suka pada air roselle. Mak aku ada usahakan kebun kecil di rumah Kuantan. Dalam banyak sayur-sayuran dan buah-buahan yang mak aku tanam, salah satunya pokok roselle. Buah roselle ini, kita boleh buat jus dan jem. Sebelum itu, jangan lupa buang bijinya. Dulu aku tak berapa sukakan roselle kerana namanya hampir sama dengan rose. Kebanyakan air sirap diperbuat daripada rose. Aku tak berapa gemar dengan air sirap kecuali tak ada pilihan lain. Aku bukan jenis yang cerewet bila makan tapi kalau boleh nak lah yang taste kita.
Image result for buah roselle



Bulan lepas, pokok roselle berbuah lebat dan banyak hasil yang mak aku dapat. Siap bising dalam group whatsapp family, tentang jem roselle, cara-cara nak buat dan banyak lagi. Bila dah terlalu banyak dan tak tahu nak bagi siapa buah roselle tu. Benda apa lagi yang boleh dibuat kalau bukan jus dan jem. Pertama kali aku minum, itupun sebab cuaca yang sekejap panas dan hujan kat Kuala Lumpur ini. Memang sedap. Rasa jus dia macam air ribena tapi aftertaste rasa sirap sikit. Memang addicted la. Mungkin sebab banyak sangat minum air roselle sejuk, aku sakit tekak. Mak aku baru je buat jus roselle semalam tapi tak boleh minum lagi. Sakit tekak makin teruk! Okaylah, di sini aku sertakan kebaikan buah roselle.
Kebaikan Buah Roselle - credit to: slimanggun
  1.  Membantu proses pencernaan.
  2.  Melancarkan peredaran darah.
  3. Merawat luka luar dan dalam.
  4. Merawat penyakit kulit.
  5. Mencegah masalah selesema, batuk dan demam.
  6. Meningkatkan stamina dan daya tubuh badan.
  7. Mengatasi masalah tekanan atau stress.
  8. Antioksida
  9. Mencantikkan kulit.
  10. Mencegah kekurangan vitamin C.
Sekian, terima kasih

You Might Also Like

4 comments

  1. dah lama x makan buah roselle ni. seingat abe kie pernah kakak tanam pokok ni 30 thn lps.

    ReplyDelete
  2. 30 tahun lepas? Saya tak lahir lagi. Tapi memang sedap laa.

    ReplyDelete
  3. Dulu masa kecik kecik selalu buat main je buah roselle ni. Itupun sebelum dia komersial macam sekarang ni lah. Haah, rasa macam sirap pun ada jus dia. Tapi sirap versi masam sikit dan tak bau rose. Haha.. 😄
    Ey ehhhhh dia boleh untuk kawal stress jugaklah! Awesome. Yang penting, bagus untuk kecantikan jugak. Nak suruh mama tanam jugalah cenggini. Mama green fingers. Huhu

    ReplyDelete
  4. oh yeke? Mak saya dulu sibuk nak cari buah rozelle, sekarang dah ada belakang rumah, sampai tak terhabis. Nasib baik boleh buat air. Tak membazir.

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
Selamat berkenalan.
Sila komen dengan perkataan yang baik-baik sahaja.
Terima kasih.

Sila tinggalkan link anda di profile atau di ruangan mesej. Mudah untuk saya blogwalking ke blog anda.