Nurraysa Argan Whitening Moisturizer - Lovely Sunshine Nurraysa Argan Whitening Moisturizer

Nurraysa Argan Whitening Moisturizer

Nurraysa Argan Whitening Moisturizer  | Assalamualaikum,

Argan Whitening Moisturizer

Hari ini mya nak review lagi satu produk Nurraysa iaitu Argan Whitening Moisturizer. Mya mula pakai moisturizer ini pun sebab mya ada baca post Kak Iman yang bertajuk SKINCARE BEGINNER | THE BASIC ROUTINE. Post ini mengajar mya betapa pentingnya penjagaan kulit muka lebih-lebih lagi kepada beginner macam mya. Orang yang baru nak belajar tentang skincare. Moisturizer ini dipakai untuk melembapkan muka dan mengelakkan kulit muka kering dan kusam.

Argan Whitening Moisturizer

Argan Whitening Moisturizer ini mengandungi Argan Oil yang sememangnya mempunyai fungsi untuk melindungi kulit dari rosak, anti radang, memperbaiki struktur kulit dan melambatkan proses penuaan. Moisturizer ini sangat sesuai untuk kulit sensitif seperti mya. Cara penggunaannya amat mudah; ambil sedikit dan ratakan di kulit muka secara memutar. Formulanya jenis cecair seperti losyen mudah serap ke dalam kulit. Hasil penggunaan Argan Whitening Moisturizer ini menjadikan kulit mya menjadi halus dan tiada lagi parut.

Ada satu hari tu, mya geram sangat dengan jerawat yang tumbuh kat muka, mya terus picit. Selepas itu, mya cuba sapu moisturizer dekat tempat jerawat tu. Alhamdulillah, kesan parut akibat tangan gatal telah hilang. Mya juga menggunakan moisturizer ini sebagai makeup base supaya mekap tahan lama dan foundation tidak pecah.

Kelebihan Argan Whitening Moisturizer:-

  • Melembap dan menghaluskan kulit.
  • Mengurangkan kulit kering dan pecah-pecah.
  • Membantu mengurangkan parut.
  • Membaiki kulit rosak.
  • Mengurangkan bintik-bintik dan noda hitam dipermukaan kulit.
  • Melindungi dan mempercepatkan pertumbuhan sel-sel kulit baru.
  • Melambatkan proses penuaan.
  • Mencerahkan kulit dan membuat warna kulit lebih sekata.
  • Sesuai dengan kulit sensitif.
Itu sahaja review untuk hari ini. 

Jika ada sebarang pertanyaan mengenai produk Nurraysa, bolehlah whatsapp mya di 019 249 6259.

#ArganWhiteningMoisturizer
#DropshipNurraysa
#TeamNKR
#NurraysaBeauty


Post a Comment

4 Comments

  1. ramai dah orang heboh keberkesanan nurraysa nih tau. macam nak cuba tapi risau pulak sebab uyul dah byk kali tukar skincare. hehehe
    Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

    ReplyDelete
    Replies
    1. uyul boleh cuba trial pack dulu. pakai yang itu je pun boleh. merawat kulit dari dalam.
      nak pakai sabun sahaja pun boleh. dia keluarkan segala toksin dalam kulit akibat skincare yang terdahulu.

      Delete
  2. hehe ni produk yang mesra wuduk tu kan..

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen yang diberi.
Mya akan blogwalking ke blog anda semula.