Tips Kulit Berjerawat - Lovely Sunshine Tips Kulit Berjerawat

Tips Kulit Berjerawat

Tips Kulit Berjerawat | Assalamualaikum,

Tips Kulit Berjerawat

Hari ini mya nak share tentang tips kulit berjerawat yang mya pelajari di dalam kelas Nurraysa. Mya juga tidak lepas dari masalah kulit berjerawat. Kadang-kadang sampai naik geram dengan jerawat di atas muka. Kalau boleh nak picit semua jerawat.

Tetapi sebenarnya dengan memicit jerawat, kesan ke atas kulit menjadi teruk sehingga meninggalkan parut. Apa penyebab kulit kita berjerawat? Timbulnya jerawat di muka atas faktor-faktor tertentu seperti makanan, hormon, stress atau tekanan, jangkitan bakteria, penggunaan alat solek dan resdung.

Faktor Penyebab Kulit Berjerawat

  1. Makanan
    Makan makanan yang berminyak serta makanan pedas juga menyebabkan kulit kita berjerawat. Tidak lupa juga makanan seperti kekacang memberikan kesan yang sama dan mendapat tindak balas yang negatif seperti keradangan dan gatal-gatal pada muka. Sentiasa jaga pemakanan. Kalau boleh ambil makanan yang seimbang.
  2. Hormon
    Kelenjar hormonal acne yang menggalakkan pengeluaran lebihan minyak yang menyebabkan pori-pori tersumbat dan keradangan kulit muka.
    Hormon ini juga akan berkurang apabila meningkat dewasa. Mengikut article Hormonal Acne: Traditional Treatments, Natural Remedies, and More, 50 peratus daripada wanita yang berumur 20 hingga 29 tahun dianggarkan mengalami jerawat. Manakala, 25 peratus bagi wanita yang berumur 40 hingga 49 tahun.
  3. Stress
    Stress berlaku akibat tekanan kerja, tekanan belajar, masalah perhubungan dan lain-lain. Stress menyebabkan jerawat di muka bertambah teruk dan penyembuhan luka lambat sembuh.
  4. Jangkitan Bakteria
    Jangkitan Bakteria berlaku apabila kita sentuh kulit muka terlalu kerap. Akibat memicit jerawat juga menyebabkan sisa jerawat itu merebak ke bahagian muka yang lain. Anda haruslah jaga kebersihan kulit. Lakukan aktiviti yang menyeronokkan sehingga muka anda bebas dari sentuhan tangan anda.
  5. Penggunaan Alat Solek
    Terlalu kerap menggunakan alat solek menyebabkan pori-pori tersumbat, whitehead dan blackhead timbul. Tidak membersihkan alat solek sebelum tidur juga menyebabkan jerawat naik di muka. Sentiasa bersihkan muka selepas pemakaian mekap. Pilih alat solek yang bebas bahan kimia.
  6. Resdung
    Bakteria terkumpul di hidung menyebabkan jerawat timbul. Whitehead juga menjadi teruk terutamanya di kawasan hidung dan dagu. 

Cara Atasi Kulit Berjerawat

  1. Cuka Epal / Apple Cider Vinegar
    Membantu mengeluarkan minyak. Berfungsi sebagai antiseptik dan antibakteria.
    Titiskan sedikit cuka epal di cotton pad dan dap dap ke muka sekali sehari. Pada penggunaan pertama, anda akan rasa pedih tetapi kesannya sangat efektif.
    Anda juga boleh campurkan 2 sudu cuka epal dan segelas air suam untuk detox. Minum setiap pagi.
  2. Putih Telur
    Pilih telur yang mempunyai gred. Putih telur kaya dengan sumber acid amino dan mempunyai enzyme yang dikenali sebagai lysozyme. Lysozyme berfungsi sebagai antibakteria.
    Ambil sebiji telur dan asingkan putih telur. Kemudian, kacau sehingga sebati dan jadikan peel-off masker. Masker putih telur dapat menanggalkan sel-sel kulit mati.
  3. Serbuk Kunyit
    Campurkan serbuk kunyit, yogurt asli dan madu untuk dijadikan masker. Tetapi jangan terlalu lama, nanti muka jadi kuning. Nak keluar pun tak boleh.
  4. Tablet Vitamin C
    1 hari dihadkan pengambilan sebanyak 1000mg. Tablet ini sesuai untuk dijadikan ubat demam dan kesihatan. Tablet ini juga baik untuk kulit.
  5. Timun
    Menyejukkan kulit dan mengurangkan keradangan kulit. Mempunyai vitamin A, B1, B2 dan C.
    Parut timun sehingga hancur dan simpan ke dalam peti ais.
  6. Tomato
    Mempunyai vitamin A, C dan E. Meremajakan kulit dan meneutralkan warna kulit. Tomato juga merawat sunburn.
    Blend tomato sehingga hancur. Kemudian jadikan ais kiub. Bila dah beku, letakkan ais kiub di tempat berjerawat.
  7. Ais
    Mengecutkan jerawat dan meredakan keradangan. Ais juga dapat mengecilkan liang pori muka.
    Anda hanya perlu tuam di muka sahaja.
  8. Lemon
    Mengeluarkan minyak dan menyingkirkan bakteria di muka.
    Campurkan lemon dan madu juga dapat menghilangkan jeragat.
  9. Nurraysa Collagen Soap
    Buihkan sabun dengan sedikit air, gosokkan pada muka, biarkan kering seketika dan bilas dengan air.
Lakukan cucian muka sekurang-kurangnya 3 kali sehari iaitu pada waktu pagi, bila muka berpeluh dan sebelum waktu tidur. Asingkan juga tuala muka dan tuala badan.

Itu sahaja tips untuk hari ini.
Terima kasih... <3

Post a Comment

9 Comments

  1. semoga bermanfaat untuk pembaca2 semua

    helloaiman

    ReplyDelete
  2. Pemakanan dan stress tu setakat ni memang betul la.
    Kalau stress and tak cukup tidur confirm naik jerawat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jerawat senang naik, tapi nak tunggu dia turun punyala lama.. Sampai ada yang habis beribu-ribu ringgit.

      Delete
  3. Replies
    1. memang bagus sebab semuanya bahan semulajadi. tak perlu tahu isi kandungan bahaya ke tidak. menjimatkan duit.

      Delete
  4. Kulit i xberjerawat tp x bp nk cerah2

    ReplyDelete
  5. Did you test my new article? calories in apple I desire you'll adore it :)

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen yang diberi.
Mya akan blogwalking ke blog anda semula.