Addicted With Wattpad

12:19


Assalamualaikum,

Mya rasa semua orang tahu apa itu Wattpad? Wattpad ialah laman web di mana penulis menulis cerita imaginasi mereka sebagai e-novel. E-novel yang berada di dalam laman web Wattpad mempunyai pelbagai genre dan bahasa. Tapi setakat ini, mya baru jumpa dua bahasa; Melayu dan Inggeris. Yelah, itu je bahasa yang mya tahu. Mesti korang nak tahu macam mana mya boleh terjebak dengan Wattpad ini ya.

Mya memang suka membaca sejak dari kecil lagi. Lebih-lebih lagi komik dan novel cinta. Sebelum ini, mya lebih suka baca cerpen dan novel di Penulisan2u. Tapi kini tidak lagi kerana mya lebih suka menonton anime dan membaca blog. Mya ada juga terdengar pasal Wattpad ini di blog tapi buat tak tahu je. Mya mula daftar dengan Wattpad selepas membaca novel review by Mayy Jie. Wow! Banyaknya novel dekat Wattpad ini, terutamanya novel cinta. Terus mata mya bersinar-sinar. Mya terus cari novel cinta tapi yang bahasa Melayu punya. Mya bukan tak minat novel bahasa Inggeris, tapi kalau isinya padat, panjang dan tebal. Mya cepat putus asa dan bosan. Walaupun bahasa Inggeris, subjek kegemaran mya. 

Dulu mya selalu beli novel pakai baucar buku. Tapi sejak jadi penganggur terhormat kat rumah ini, mya minat benda lain pula. Kali terakhir mya beli buku dekat Big Bad Wolf, setahun yang lalu. Mya beli novel sebanyak 10 buah dan semuanya bahasa Inggeris. Dari 10 buah novel, hanya 2 buah sahaja yang mya dah habis baca. Selebihnya, mya simpan dalam kotak buat koleksi buku. 

Sebelum ini, mya banyak menghabiskan masa dengan menonton anime, membaca blog dan bersosial media. Sekarang bila dah kenal Wattpad ini, 24/7 mya menghadap novel cinta di online ini. Dah habis baca satu novel, cari novel yang lain pula. Mya start baca dekat Wattpad ini tak sampai seminggu, tapi mya dah habiskan 17 buah e-novel termasuk yang belum diupdate sepenuhnya. Nampak tak kenapa mya cakap "I'm addicted with Wattpad". Okaylah. Setakat di sini sahaja coretan untuk hari ini. Mya nak sambung baca e-novel lagi laa.

Lot's of love, <3 <3

p/s: Mya ada tulis sebuah cerita untuk di jadikan sebuah novel, tapi berhenti separuh jalan. Patut ke mya habiskan cerita itu dan publish di Wattpad?


You Might Also Like

14 comments

  1. Dah lama tak baca wattpad tapi kalau dah start baca memang akan addicted !

    ReplyDelete
    Replies
    1. kebanyakan semua cerita menarik.. kalau tak sempat baca, simpan siap2 dekat library

      Delete
  2. dah lama tak baca...still ada dlm phone..tak uninstall lg.. yes2 u should publish..go ahead

    ReplyDelete
  3. yeahh ada member ni..Diya mmg best wattpad tu ka sbb free tapi ada jugak yg separuh then kena beli naskah dia..Umi suggest Diya baca https://umifuzy.blogspot.my/2017/07/review-in-love-with-mr-billionaire.html sebab memang best sangat cerita dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. diya baca yg free je. nnti diya tgk ya entri akak.

      Delete
  4. Ena suka tengok orang yang suka membaca ni. Ena ni malas membaca novel2 yang tobai2 ni. Suka baca komik je manjang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh yeke? Kalau yang novel tebal2, mya boleh baca tapi mesti novel cinta dan berbahasa melayu. Mya pun suka baca komik. Ada koleksi lagi itu.

      Delete
  5. Habiskan la cerita mya tu. KG pun suka baca enovel d wattpad...best kan...dah lama tak membeli novel..heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. best sangat2, banyak genre pula tu. in sha allah, mya habiskan.

      Delete
  6. Replies
    1. bulan ini tak kot. mya busy sampai hujung bulan. ini pun tengah nak siapkan entri for autopublish.

      Delete

Assalamualaikum..
Selamat berkenalan.
Sila komen dengan perkataan yang baik-baik sahaja.
Terima kasih.

Sila tinggalkan link anda di profile atau di ruangan mesej. Mudah untuk saya blogwalking ke blog anda.