Awareness To Myself

18:43


Assalamualaikum

Sejak mula meminati barang mekap dan produk penjagaan kulit,  nampak sahaja barang itu mudah dan menarik. Semua benda nak beli. Tapi kebelakangan ini, mula sedar diri sikit lebih-lebih lagi kesesuaian produk yang dibeli dengan kulit. Bukan sedar diri tentang kecantikan sahaja, berat badan, penjagaan makanan dan senaman juga diambil kira. Mya nak beritahu apa yang Mya sedang lakukan dalam mengubah diri ke arah yang lebih baik. 

Tapi lebih kepada produk yang dipakai dan cara penjagaan. Mya mula meminati produk kecantikan apabila terlibat sebagai Dropship Nurraysa. Dari situ Mya mula berjinak dari satu produk ke satu produk. Apabila Mya sudah mula bekerja dan penampilan semasa bekerja diambil kira. Mya perlahan-lahan membeli produk mekap terutamanya lipstick dan bedak. Simple touch gitu. 

Kesedaran terhadap pemilihan produk yang sesuai. Produk apa yang sesuai dengan kulit dari segi bahan dan kualiti produk itu sendiri. Sejak kebelakangan ini, Mya banyak membaca tentang penjagaan kulit dengan betul melalui twitter. Mya bermula dari twitter dan blog kak imanabdulrahim, kemudian twitter rakan sejagat kak iman. Banyak pro and cons Mya belajar. Dari segi pemilihan cleanser yang sesuai, basic routine yang kena jaga dan step by step skincare routine ala-ala korea gitu. 

Mya juga belajar setiap perjalanan kita kena try and error. Tapi bila dah berjaya, just stick to one. Sama macam produk kulit juga, tak semua produk sesuai dengan kulit. Tapi bila dah jumpa yang sesuai, janganlah fikir nak cuba yang lain. Kulit mya jenis yang sensitif. Ada resdung pula tu. Masa belajar dulu, banyak kali tukar pencuci muka. Ikut trend katakan. Bila jerawat mudah naik di hidung, Mya cari produk yang betul-betul sesuai. Alhamdulillah, Mya dah pakai Nurraysa Collagen Soap sejak 2017. 

Jerawat di hidung makin berkurang. Masih ada lagi resdung apabila berdekatan dengan habuk atau terlalu sejuk. Jerawat masih lagi timbul mungkin faktor kebersihan, makanan dan hormon. Hormon boleh berubah mengikut keadaan kita juga. Mood swing pun boleh menyebabkan hormon tak stabil. Banyak yang Mya masih pelajari dan terapkan dalam jadual harian Mya.

Bukan sahaja pasal penjagaan kulit, Mya juga membaca artikel atau pun post mengenai cara pengambilan makanan yang betul. Mya seorang yang suka kuat makan, tapi jarang naik badan. Probably cara hidup yang kurang bersenam, berat badan naik mendadak. Lebih-lebih lagi masa bulan Syawal. So, Mya mencari inisiatif untuk memulakan senaman secara perlahan-lahan. 

Berdasarkan apa yang Mya baca, senaman untuk kurangkan berat badan perlu dilakukan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Disebabkan Mya dah lama tak bersenam, effect apabila buat sekali tu, memang sakit. Nak gelak dan baring pun tak boleh. Buat masa sekarang, Mya melakukan senaman 1 kali seminggu pada hari ahad. Mya tahu cara hidup sendiri memang tak sihat lebih-lebih bab makanan. 

Makanan yang sedap itulah punca kesihatan makin teruk. Antaranya Maggi, makanan proses seperti nugget, kentang goreng, dan ayam gunting tetap menjadi pilihan. Bab nak kawal makan paling susah bagi Mya. Nak kawal, kawal juga. Tapi disebabkan Mya ni ada gastrik. Paling kurang, nasi mesti ambil sekali sehari. Kalau tak mulalah, pening kepala. Hari itu, Mya tekad nak kawal makan, cubalah sarapan dengan portion yang betul. Bila dah biasa makan banyak, kita akan pertikaikan cukup ke nasi ini. Tak silap Mya, portion yang betul ialah suku, separuh dan separuh. Suku bahagian untuk nasi, manakala separuh bahagian untuk protein, sayuran dan buah-buahan. 

Cubaan pertama ya, memang mencabar jugalah. Sebab selalunya Mya ambil portion nasi lagi banyak dari lauk pauk. So bila kena cut separuh tu, rasa macam tak cukup. Lebih-lebih lagi bila puasa enam, bila dah puasa. Semua nak bantai. So, cubaan pertama tu macam sia-sia. Tapi alhamdulillah dari segi pengambilan sayur-sayuran ada perubahan. Dulu, sayur yang warna hijau semua tolak tepi. Nama sayur pun still tak kenal lagi. Cuba bayangkan dah 26 tahun hidup, sayur sebelum dan selepas pun berbeza. Sekarang, setiap kali makan, tak cukup kalau tak ada sayur-sayuran. Semua sayur makan, dari jenis ulam ke sayur hijau ke, semua telan. 

Perubahan nak ke lifestyle yang lebih baik ada tapi memang secara perlahan-perlahan. Mungkin disebabkan kesedaran diri terhadap penyakit yang semakin berleluasa dari kronik sehingga biasa-biasa. Mya masih lagi cuba untuk terapkan dalam diri. In sha allah, bila dah ada rutin yang sesuai dengan masa kerja. Mya boleh buat. Mya pasti boleh buat. Siapa lagi kalau bukan kita yang kena usahakan. Apa-apa bermula daripada diri sendiri juga. Tak perlu nak ikut kawan sangat. Kalau tak ada usaha. So, we are fighting with ourselves. Good luck and Ganbatte.

"Every success comes after failure, don't ever give up on it."

Love,
Mya Rosli

You Might Also Like

3 comments

  1. bab senaman.
    bab nak tukar gaya makan.
    hu hu hu memang susah, mya.
    aida still merangkak dlm menjayakan 2 bab ni.
    as for skincare, now only aida sedar diri.
    baru lah ada complete rejimen of skincare.
    sebab dah 40-an kan :)

    ReplyDelete
  2. Sama lah tengah usaha nak ubah gaya makan, nak kurangkan instant dengan fast food sebab tak elok. All the best mya!

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
Selamat berkenalan.
Sila komen dengan perkataan yang baik-baik sahaja.
Terima kasih.

Top Comments

Shoutbox

Sila tinggalkan link anda di profile atau di ruangan mesej. Mudah untuk saya blogwalking ke blog anda.