Simple Crepe - Lovely Sunshine Simple Crepe

Simple Crepe

SIMPLE CREPE | Assalamualaikum, Hari yang ditunggu-tunggu, akhirnya dapat juga Mya belajar buat crepe. Tapi yang paling simple dan menggunakan bahan yang dah sedia ada di rumah. Sebelum itu, Mya nak cerita kenapa Mya nak buat sangat crepe ni. Sebenarnya, Mya mula berminat dengan bakeri selepas Mya menonton rancangan anime. 

Anime ini mengenai seorang pelajar perempuan yang tidak ada basic pun mengenai bakeri. Di dalam setiap episod pasti ada dessert and sweets yang menarik. Kita akan tertanya-tanya sedap ke makanan tu. Crepe ini adalah resipi pertama Ichigo dan cara-cara membuatnya agak sukar bagi Mya. Crepe tidak boleh terlalu tebal atau nipis.

Mya pernah merasa sekeping Crepe di Johor Premium Outlet beberapa tahun yang lalu. Rasanya yang agak sedap beserta topping pilihan. Tetapi kebanyakan Crepe yang dibuat kedai adalah menggunakan Crepe pan yang tersendiri. Hanya letak adunan dan ratakan. Mereka tidak perlu risaukan ketebalan crepe itu. 

Mya juga mencari beberapa resipi Crepe di browser dan Pinterest. Mya mencari resipi yang simple dan tidak menggunakan bahan yang banyak. Hari ini Mya berjaya membuat beberapa keping Crepe sebagai snek tengahari. Mya membuat berdasarkan resepi di Pinterest. Tetapi sukatan setiap bahan mungkin tidak sama seperti resipi asal. 

SIMPLE CREPE

BAHAN-BAHAN

4 biji telur
1 sudu besar gula (Mya guna powdered sugar)
1/3 sudu teh garam
1/3 cawan minyak sayuran
2 cawan susu - lebih baik gunakan yang non-fat / low fat ( Mya guna Dutch Lady Full Cream)
1 1/3 cawan tepung gandum
1 sudu teh esen vanilla
Sedikit mentega

CARA-CARA

1. Pecahkan 4 biji telur di dalam mangkuk.
2. Kacau sehingga sebati.
3. Masukkan gula, garam, minyak sayuran, susu, esen vanilla dan tepung.
4. Kacau sehingga semua bahan sebati.
5. Tapiskan supaya adunan menjadi halus dan tidak berketul-ketul.
6. Panaskan pan di atas dapur dengan api sederhana.
7. Sapukan mentega di seluruh pan.
8. Tuangkan adunan ke dalam pan.
9. Ratakan adunan ke seluruh kuali.
10. Biarkan selama 5-10 saat, kemudian terbalikkan.
11. Angkat dan hidang bersama topping pilihan.

* Crepe jangan terlalu nipis dan tebal. Nak nampak cantik, biarkan keperangan tapi jangan terlalu lama di atas api.

Simple Crepe

Inilah dia Simple Crepe yang disediakan oleh Mya. Maaflah jika hidangan tidak cantik. Mya hanya menggunakan Lady's Choice Peanut Butter with Chocolate Spread sebagai topping. Anda juga boleh buat apa-apa topping mengikut kreativiti masing-masing. Anda juga boleh buat Crepe Cake dengan menyusun lapisan Crepe dan krim pilihan sendiri seperti Chocolate Cream, Whipped Cream ataupun Durian Cream. 

Pada pendapat Mya, Crepe ini lebih sedap bila ada topping pilihan. Jika tiada topping atau perasa, mungkin crepe ini dikategorikan sebagai lempeng. Yang berbeza cuma bahan-bahan yang digunakan. Terus terang Mya cakap, mya tak berapa minat dengan lempeng kerana tiada rasa manis. Lagipun, I'm a sweet tooth. Mya suka makanan manis tapi tak boleh terlalu manis. Pelik tak? 

Apa-apapun enjoy the food. Bercakap pasal anime yang berkenaan, jika tiada aral melintang Mya akan up entri anime tersebut. Okay?

Lots Of Love,
Mya Rosli

Post a Comment

1 Comments

Terima kasih atas komen yang diberi.
Mya akan blogwalking ke blog anda semula.