Calmia Silky Soft Foot Cream - Lovely Sunshine Calmia Silky Soft Foot Cream

Calmia Silky Soft Foot Cream

CALMIA SILKY SOFT FOOT CREAM | Assalamualaikum, Hari ini Mya nak kongsi pendapat tentang produk Calmia Silky Soft Foot Cream. Sebenarnya punca Mya membeli produk krim kaki ini kerana kulit semakin kering dan sensitif dengan gigitan nyamuk. Terlalu banyak berjalan menggunakan flat shoes mahupun high heels menyebabkan kaki lenguh dan bisa. Sibuk dengan kerja sehingga tiada masa untuk penjagaan kulit kaki.

Calmia Silky Soft Foot Cream
Calmia Silky Soft Foot Cream

Mya berikhtiar untuk mencari produk yang sesuai dengan kulit. Seperti biasa, Althea adalah tempat yang Mya kerap kunjungi kebelakangan ini. Mya mencari produk yang sesuai berdasarkan harga dan feedback customer yang sudah menggunakannya. Feedback sangat memberansangkan dan harga juga berpatutan. Mya terus buat keputusan untuk membeli produk Calmia Silky Soft Foot Cream ini. 

Calmia Silky Soft Foot Cream

Selepas penggunaan selama 2 minggu berturut-turut, Mya sangat berpuas hati dengan hasilnya. Kulit kaki terasa halus dan lembut di tangan. Baunya sungguh wangi dan menyenangkan. Mya lebih suka memakai krim ini sebelum waktu tidur dan kemudian menyarung kaki dengan sepasang stokin. Alhamdulillah, kaki semakin halus dan tiada lagi kekejangan kaki pada waktu pagi.

Mya membeli produk Calmia Silky Soft Foot Cream ini dengan harga RM 17 di laman web Althea Malaysia. Di sini Mya senaraikan kandungan produk Calmia Silky Soft Foot Cream;

Calmia Silky Soft Foot Cream

*kekejangan kaki berlaku mungkin disebabkan suhu yang sejuk. Pemakaian stokin telah membantu bagi mengelak kekejangan terus berlaku.

Lot's of LOVE,
Mya Rosli

Post a Comment

1 Comments

Terima kasih atas komen yang diberi.
Mya akan blogwalking ke blog anda semula.