My Life Journal Part Two - Lovely Sunshine My Life Journal Part Two

My Life Journal Part Two

MY LIFE JOURNAL PART TWO | Assalamualaikum, Hari ini kita nak sambung lagi berkaitan jot down journal. Sebenarnya dua entri ini bukanlah nak bandingkan keburukan aplikasi mahupun buku tulis. Mya cuma nak kongsi apa yang Mya rasa dan apa yang Mya suka buat. Mya suka menonton video masakan ataupun melihat perkara yang Mya suka di Pinterest. Lagipun, gambar-gambar di Pinterest menarik lebih-lebih lagi berkaitan makanan. 

My Life Journal

Jika gambar itu menarik, kita cuma tekan save ke board mengikut topik. Tapi sememangnya simpan dalam Pinterest je lah kan. Untuk memudahkan Mya melihat resepi, tips kesihatan dan lain-lagi di Pinterest. Mya menulis di dalam setiap jurnal yang ada. Mestilah mengikut topiknya sendiri. Kita sebagai blogger pun boleh share entri di Pinterest walaupun berlainan bahasa. Kiranya, saling berkongsi entri antara satu sama lain.

Jom kita bagitahu apa isi setiap jurnal tambahan yang Mya ada dan sebab Mya menulis jurnal tersebut. Pertama sekali, buku agama. Mya nak belajar balik benda wajib dan sunnah perlahan-lahan. Dari bacaan al-quran hinggalah ke fardu kifayah. Last Mya belajar zaman sekolah rendah dahulu. Dah lama tinggal, bila ada orang tanya perkara yang kita pernah belajar dulu, tapi tak boleh jawab. Rasa macam sia-sia sahaja aku belajar selama ini. 

Memang tahun ini azam tu nak menjadi orang yang lebih baik. Cuba perbaiki kelemahan secara perlahan-lahan. Sebab itu, Mya nak catat apa yang sudah belajar dan apa yang kita nak belajar. Terutamanya yang sunnah. Wajib semestinya kena buat. Tak boleh tinggal. Nak praktikkan yang sunah tu selalu je ada alasan untuk abaikan. Buat masa sekarang, fokus pada bacaan Al-Quran dahulu.

Kemudian, buku savings. Bukan buku akaun tau. Kita tak ada buku akaun, sekarang semua bookless. Buku untuk catat keluar masuk duit dalam bank. Sama ada gaji mahupun side income. Kadang-kadang cepat je duit mengalir keluar. Sampai tak tahu barang apa yang dibeli. Mya perlahan-lahan belajar cara simpan duit yang betul. Asingkan mengikut prioriti. Selesaikan keperluan dari kemahuan.

Mya buat monthly statement untuk semua akaun yang Mya ada. Akaun mana yang boleh guna dan tidak boleh guna. Belanja ala kadar. Siap catat apa yang kena bayar setiap bulan. Walaupun duduk dengan parents, tapi bila dah berkerja, nak kurangkan beban orang lain. Ada je senarai kemahuan tapi sebulan sekali, 2 bulan sekali bolehlah. Selalunya Mya beli barang bawah RM50 sahaja. Lagi kurang lagi bagus. Banyak habis ke Nurraysa dan Althea je ni. Tapi bukan selalu ya.

Manakala buku to-do-list pula. Yang ini susah sikit nak konsisten. To do list ni ada banyak jenis. Daily, weekly, monthly dan yearly. Daily paling susah nak konsisten sedangkan rutin setiap hari hampir sama sahaja. Weekly pula macam biasa, apa yang boleh dilakukan pada setiap hujung minggu. Yang ini Mya dah set dalam kepala nak buat itu, buat ini. Cepat-cepat tulis dalam to-do-list. Manakala untuk monthly and yearly tu kena think out of the box kot. 

Siapa yang tak teringin nak kuruskan badan? Mya cuma nak kurangkan lemak di bahagian-bahagian tertentu sahaja. Mya boleh dikategorikan dalam kumpulan kuat makan. Dalam sehari, paling banyak makan nasi 3kali. Tapi nasi itu adalah main menu bagi Mya. Tak makan nasi sehari boleh masuk angin. Sampai ke malam effect dia . Nak kurangkan berat badan bukannya senang, ada pantang larang lebih-lebih bab makanan. Senaman pula sebagai aktiviti tambahan di samping penjagaan makanan yang seimbang.

Mya suka jot down apa yang Mya lihat dan baca. Mya ada target sendiri dalam kurangkan berat badan. Dengan itu, terciptalah weight loss journal. Mya akan senaraikan makanan yang khas untuk loss weight, tak kira la smoothies ke buah-buahan atau pun sayur-sayuran. Mya juga menulis simple workout bagi beginners. Memang Mya tinggi tapi lemak yang ada di badan sukar untuk dikurangkan. Mungkin disebabkan cara pengambilan makanan yang tidak seimbang. Mya bermula agak perlahan sedikit atas sebab kesihatan. 

Alhamdulillah, sekarang Mya dah makan pelbagai jenis sayur. Kalau tak sebelum ini memang memilih. Segala jenis pucuk Mya makan kecuali sayur yang pahit dan pedas. Mungkin sejak mak ada kebun sayur di belakang rumah, makan sahaja apa yang ada. Buat masa sekarang, halangan untuk kurangkan badan ialah nasi dan makanan manis. Pantang nampak chocolate, mesti nak beli. Bercakap pasal chocolate, dark chocolate sangat sesuai untuk kurangkan berat badan. Mya pernah sebelum ini beli dua bar dark chocolate. Dark chocolate 95% Cocoa dan keatas sangat sesuai untuk dimakan. Tetapi harganya sangat mahal untuk setiap saiz. Apa-apa pun Mya masih cuba mengawal makanan dan banyakkan sayuran.

Dan yang terakhir sekali, self care journal. Jurnal untuk mencatat aktiviti yang patut dilakukan dalam menyayangi diri sendiri. Mya mudah tertekan dengan keadaan sekeliling. Selalunya emosi sentiasa terganggu. Mya nak ajar diri supaya tidak panik dan sentiasa bersedia bila mengenai diri sendiri. Cara penjagaan kulit juga Mya tulis di dalam jurnal ini. 

Tidak ketinggalan juga self-complement. Sentiasa puji diri sendiri, siapa lagi kalau bukan kita. Cari motivasi dan quote yang menaikkan semangat. Mya juga senaraikan tips manjakan diri terutamanya pada waktu malam. Rutin harian yang lebih fokus kepada diri sendiri. Banyak lagi perkara yang Mya cuba praktikkan bagi menaikkan semangat. Self confident dan usaha itu penting. Tidak lupa juga niat dalam melakukan setiap kerja. In sha allah, setiap usaha pasti ada kejayaan.

Itu sahaja jurnal yang Mya ingin kongsikan di sini. Setiap target yang dicapai mahupun sedikit pencapaian perlu dicatat untuk dikenang. Inilah usahaku dalam mencapai cita-cita mahupun impian. Yang penting niat, usaha, tawakal dan syukur ke hadrat Illahi. Setiap yang berlaku atas kehendakNya. Di sini Mya kongsikan gambar beberapa jurnal yang ada. 

My Life Journal Part Two

Setiap yang kita lakukan pasti ada ujian dan halangan. Yang berbeza hanyalah cara untuk mengatasi. Jangan sekali-kali bandingkan diri dengan orang lain. Setiap orang ada keistimewaan tersendiri. Kita je sebenarnya kena tunjuk apa keistimewaan kita. Tak perlu nak tunggu orang. Kita sendiri boleh buat. Sentiasa yakin dengan diri sendiri. Sayangkan diri sendiri. In sha allah, hidup lebih senang daripada biasa. Itu sahaja untuk hari ini.

Yang Ikhlas,
Mardhiyyah Rosli

Post a Comment

1 Comments

  1. MashaAllah, terbaik sangat mya! Semoga segala niat baik mya terlaksana semuanya. :)

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen yang diberi.
Mya akan blogwalking ke blog anda semula.