5 Resepi Cheesecake Tanpa Bakar Yang Mudah - Lovely Sunshine 5 Resepi Cheesecake Tanpa Bakar Yang Mudah

5 Resepi Cheesecake Tanpa Bakar Yang Mudah

5 RESEPI CHEESECAKE TANPA BAKAR YANG MUDAH | Hari ini ialah hari Perintah Kawalan Pergerakan yang ke 40. Rutin harian menjadi terhad apabila kita tidak dibenarkan keluar rumah akibat wabak pandemik Covid-19 ini. Disebabkan ini kita bukan sahaja dapat manfaatkan bersama keluarga yang tersayang, kita juga dapat mencuba pelbagai resepi di dalam dapur.

Waktu begini Mya suka mencari resepi pencuci mulut yang simple dan tidak melecehkan. Antara pencuci mulut yang menjadi pilihan ialah Cheesecake Tanpa Bakar. Dengan kata lain, kek keju yang tidak perlu dibakar. Hanya sejukkan dan sedia untuk dimakan.

Senarai di bawah adalah 5 Resepi Cheesecake Tanpa Bakar Yang Mudah.

#1 The Classic No Bake Cheesecake


no bake cheesecake


Bahan-bahan

For the crust
1 1/2 cawan biskut Oreo yang dihancurkan
4 sudu besar mentega cair

For the fillings
1 paket Cream Cheese di suhu bilik
1 1/2 cawan powdered sugar
3 cawan whipped cream
1 sudu teh esen vanilla

Cara-cara
1. Masukkan biskut Oreo dan mentega di dalam mangkuk bersaiz sederhana. Kacau sehingga rata.
2. Isikan campuran biskut Oreo di dalam acuan dan tekan sehingga campuran padat dan rata. Sejukkan di dalam peti ais selama 10 minit.
3. Di dalam mangkuk stand mixer, masukkan cream cheese dan kacau di kelajuan tinggi sehingga menjadi lembut dan berkrim. Tambahkan powdered sugar sedikit demi sedikit dahulu, kacau di kelajuan rendah dan kemudian di kelajuan tinggi sehingga semua gula menjadi sebati.
4. Masukkan esen vanilla dan kacau sehingga sekata.
5. Kacau whipped cream ke dalam adunan cream cheese dan gula menggunakan spatula sehingga sebati.
6. Masukkan adunan cream cheese ke dalam acuan crust tadi dan ratakan.
7. Tutup pan dengan plastic wrap dan biarkan cheesecake selama 2-4 jam di dalam peti ais.
8. Siap. Hidangkan bersama buah-buahan segar.

Resepi Asal: The Busy Baker

#2 No Bake Chocolate Cheesecake

no bake chocolate cheesecake

Bahan-bahan

For the crust
2 cawan biskut Oreo yang dihancurkan
1 sudu besar gula
7 sudu besar mentega cair

For the fillings
1 pack cream cheese, suhu bilik
1 1/2 cawan powdered sugar
1/4 cawan sour cream
1 sudu teh esen vanilla
1 1/2 cawan bittersweet chocolate cair, suhu bilik

Cara-cara

1. Masukkan biskut Oreo, gula dan mentega cair ke dalam mangkuk dan kacau sehingga sebati. Masukkan bahan tadi ke dalam pan dan tekan sehingga padat. Sejukkan selama 10 minit.
2. Di dalam mangkuk mixer, pukul cream cheese sehingga berkrim selama beberapa minit. Masukkan powdered sugar dan pukul sehingga sebati. Masukkan sour cream dan esen vanilla dan kacau.
3. Masukkan coklat cair ke dalam adunan tadi, pukul sehingga adunan menjadi ringan dan gebu.
4. Ratakan adunan cheese tadi ke dalam pan. Tutup dengan plastic wrap dan sejukkan sehingga 3-4 jam.
5. Siap dan hidang.

Resepi Asal: Mel's Kitchen Cafe

#3 No Bake Strawberry Cheesecake

no bake strawberry cheesecake

Bahan-bahan

For the crust
2 1/4 cawan biskut kraker hancur
2 sudu besar gula
secubit garam
10 sudu besar mentega cair

For the fillings
1 cawan strawberi
2 1/2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar air sejuk
2 1/4 sudu teh serbuk agar-agar
1 pack cream cheese, suhu bilik
1/2 cawan gula
1 1/4 cawan cold heavy whipping cream
3/4 cawan powdered sugar
1/2 sudu teh esen vanilla

Cara-cara

1. Masukkan bahan crust di dalam mangkuk dan kacau sehingga sebati.
2. Masukkan crust ke dalam pan dan tekan sehingga padat. Sejukkan di dalam peti ais.
3. Masukkan strawberi ke dalam blender, blend sehingga puri menjadi halus.
4. Masukkan puri strawberi dan tepung jagung ke dalam periuk sederhana dan masak di atas api sederhana. Kacau adunan sehingga  pekat dan berbuih dalam 5-10 minit.
5. Perlahankan api dan biarkan sehingga 1-2 minit. Alihkan dan tuang ke dalam mangkuk. Ketepikan sehingga sejuk.
6. Masukkan air sejuk ke dalam mangkuk kecil. Kemudian masukkan serbuk agar-agar. Biarkan selama 5 minit.
7. Panaskan adunan agar-agar tadi dan kacau sehingga agar-agar larut.
8. Masukkan larutan agar-agar tadi ke dalam adunan strawberi dan kacau sehingga sebati. Ketepikan.
9. Di dalam mangkuk mixer, pukul cream cheese dan gula sehingga sebati.
10. Masukkan 1/3 adunan strawberi tadi dan pukul sehingga sebati. Masukan adunan strawberi itu sedikit demi sedikit supaya adunan sebati dan halus.
11. Masukkan heavy whipping cream, powdered sugar dan esen vanilla ke dalam mangkuk mixer yang lain, pukul dengan kelajuan tinggi sehingga kembang.
12. Masukkan whipped cream ke dalam adunan strawberi sehingga sebati.
13. Masukkan ke dalam crust pan dan ratakan.
14. Sejukkan cheesecake ke dalam peti ais selama 5-6 jam.
15. Dah siap.

Resepi Asal: Life, Love & Sugar

#4 No Bake Key Lime Cheesecake

no bake key lime cheesecake

Bahan-bahan

For the crust
2 1/2 cawan biskut krim kraker hancur
1/2 cawan mentega cair

For the fillings
2 pack cream cheese, suhu bilik
1 1/2 cawan powdered sugar
1/3 cawan jus limau
1 sudu besar parut kulit limau
1 sudu teh esen vanilla
1 1/4 cawan cold heavy whipping cream

Cara-cara
1. Gaulkan biskut krim kraker dan mentega dan masukkan ke dalam pan. Tekan sehingga padat.
2. Di dalam mangkuk mixer, pukul cream cheese sehingga sebati.
3. Masukkan gula, jus limau, kulit limau dan esen vanilla dan pukul sehingga sebati.
4. Masukkan cream dan pukul perlahan. Kemudian pukul di kelajuan tinggi sehingga adunan pekat dan gebu.
5. Masukkan ke dalam pan dan ratakan. Tutup dengan plastic wrap dan sejukkan sehingga 5-6 jam.
6. Siap dan hidang.

Resepi Asal: The Recipe Critic

#5 No Bake Nutella Cheesecake

no bake nutella cheesecake

Bahan-bahan

For the crust
250g biskut Oreo hancur
6 sudu besar mentega cair

For the fillings
1 pack cream cheese
2 cawan nutella
1 1/2 cawan powdered sugar

For the toppings
1/2 cawan heavy cream
113g semisweet chocolate dicincang halus
2 cawan kacang hazel dipanggang dan dicincang

Cara-cara

1. Letakkan kertas minyak atau aluminium foil di dalam loyang 9 inci. Ketepikan.
2. Masukkan biskut Oreo dan mentega di dalam mangkuk. Gaul sehingga sebati.
3. Tekan campuran biskut ke dalam loyang sehingga padat. Sejukkan di dalam peti ais.
4. Masukkan cream cheese ke dalam mangkuk mixer, pukul sehingga berkrim selama 2 minit
5. Masukkan powdered sugar dan pukul pada kelajuan perlahan sehingga sebati. Kemudian, pukul adunan tadi selama 2 minit pada kelajuan sederhana.
6. Masukkan nutella dan pukul sehingga sebati selama 2 minit.
7. Isikan adunan filling tadi ke dalam crust. Ratakan sehingga sekata. Simpan di dalam peti sejuk.
8. Di dalam periuk kecil, panaskan heavy cream di atas api sederhana.
9. Tuangkan krim tadi ke dalam mangkuk berisi coklat yang telah dicincang. Biarkan selama 3 minit. Kacau sehingga coklat cair dan sebati.
10. Ratakan coklat ke atas cheesecake tadi. Taburkan kacang hazel di atas cheesecake.
11. Simpan di dalam peti ais selama 6-8 jam.
12. Siap dan hidang.


Selamat Mencuba..

Post a Comment

0 Comments