Pengalaman Swab Test Covid-19 - Lovely Sunshine Pengalaman Swab Test Covid-19

Pengalaman Swab Test Covid-19

PENGALAMAN SWAB TEST COVID-19 | Assalamualaikum sahabat sekalian. Hari ini Mya nak cerita pengalaman yang tak disangka berlaku pada bulan Mac yang lalu. Perkara ini berlaku tanpa kita duga sedangkan waktu kejadian Mya dan rakan sekerja hanya melakukan kerja bersama-sama. Sambil berborak seperti biasa. Keesokan hari Mya diberitahu bahawa salah seorang rakan kerja mengalami simptom muntah dan demam. Pada waktu itu, Mya dan rakan sekerja yang lain menganggap masalah kesihatan yang dialami adalah common.

Pengalaman Swab Test Covid-19

Nak dijadikan cerita rakan yang mengalami simptom tersebut disahkan positive covid-19. Kami sangat-sangat terkejut dengan keputusan yang diterima. Kami mendoakan semoga dia cepat sembuh. Disebabkan itu, pejabat kesihatan daerah membuat senarai nama pekerja yang perlu diswab test. Yang paling terkejut sekali, Mya dimaklumkan oleh ketua pentadbir yang Mya adalah salah seorang kontak rapat pesakit. 

Mya mula risau dan berdebar-debar apabila dimaklumkan sedemikian. Selain itu, kami diberitahu untuk membuat swab test pada hari Jumaat pada pukul 10 pagi di Pejabat Kesihatan Daerah Cheras. Perasaan Mya makin berdebar-debar dan perasaan takut menyelubungi diri. Kami semua tak sangka yang selama ini hanya dengar kes dari jauh. Bila berlaku depan mata, Ya Allah tuhan sahaja yang tahu.

Pada hari kejadian, kami rakan sekerja bercadang untuk pergi bersama-sama. Yelah, nak kurangkan rasa nervous dan sokongan dari rakan sekerja. Kami membuat swab test secara drive-thru bermula pukul 10 pagi. Dalam perasaan takut, nervous plus berdebar-debar boleh pula kejadian lucu berlaku pada geng pembantu makmal ini. 

Kita tak berapa dengar jelas waktu ketua pentadbir bagitahu kat mana, pukul berapa. Kitorang sesat plus salah tempat. Buat malu sahaja dengan jururawat dekat Klinik Kesihatan Cheras. Rupanya kena naik atas sikit baru jumpa PKD Cheras. Sementara tunggu pukul 10, kitorang duduk dalam kereta sambil jantung berdegup laju, nervous katakan.

Saat yang ditunggu hampir tiba, jantung Mya semakin tidak keruan. Sempat lagi google pengalaman orang lain bagi menghilangkan rasa takut di hati. Nama dipanggil saat nombor diberi. First swab ini Mya kena dekat hidung. Bagi Mya sedikit pedih dan gatal hidung macam tersumbat. Alhamdulillah lepas swab tu lega sikit hati walaupun kena pakai gelang pink. huhu. Mya kena sign agreement dan kuarantin di rumah selama 10 hari. So, bermulalah episod kuarantin di rumah.

Bukan di rumah tapi di dalam bilik. Waktu tu rasa bersalah dengan adik bongsu. Selalunya Mya yang masak makanan untuk dia. Ini terbalik pula dia yang belikan makanan untuk Mya. Dia lah yang jaga makan dan minum Mya sepanjang kuarantin. 

Mya terperuk sahaja dalam bilik menghadap telefon dan lain-lain. Terlalu bosan dan stress. Sambil menunggu panggilan telefon daripada PKD Cheras mengenai keputusan swab test. Kami dimaklumkan keputusan diberitahu melalui aplikasi MySejahtera. Alhamdulillah syukur sangat-sangat dengan keputusan negative bagi swab test yang pertama. Setelah itu, Mya menunggu panggilan seterusnya untuk swab test kali kedua.

Mya dan kontak rapat yang lain perlu hadir untuk second swab test pada hari Khamis berikutnya. Kali ini masih sama drive-thru swab test cuma di bahagian tekak. Rasa nak termuntah pun ada. Dia jolok sampai ke anak tekak. Berdoa semoga dipermudahkan segala urusan. Kemudian, kami pulang. Menanti keputusan second swab test pula.

Alhamdulillah sekali lagi keputusan akhir swab test adalah negative. Syukur sangat-sangat. Tinggal satu hari lagi untuk potong gelang pink. Mya membawa diri dan surat agreement semasa sesi pemotongan gelang. Pada 20 Mac 2021, Mya dapat melakukan rutin harian seperti biasa.

Banyak pengajaran yang Mya dapat sepanjang perkara ini berlaku ke atas diri sendiri. Jagalah diri sendiri supaya dapat lindungi keluarga tersayang. Sentiasa patuh arahan dan SOP yang dijalankan. Yang paling penting, sentiasa beribadah kepada Allah supaya musibah Covid-19 hapus dari muka bumi ini. 

Jangan disangka air yang tenang, tiada buaya. Kita tak jangka benda yang berlaku pada orang, rupa-rupanya kita pun terkena. Selagi boleh jaga diri dan patuh SOP, kita jaga sebaik mungkin. Mya doakan semoga kita semua sihat selalu dan dijauhkan dari covid-19.

p/s: Mya minta maaf sangat atas ketiadaan sebarang gambar berkaitan swab test. Atas faktor kerja, everything is private and confidential. Terima kasih. <3

Sincerely,
Mardhiyyah Rosli

Post a Comment

7 Comments

  1. Syukur alhamdulillah...syukur negative..jaga diri ye...

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah result Mya negatif. Stay safe yea :)

    ReplyDelete
  3. Tak dapat nak bayang sobs. Alhamdulillah, syukur that it turns out negative.

    ReplyDelete
  4. Semoga kita semua sentiasa dilindungi drpd segala jenis penyakit ;~;

    ReplyDelete
  5. Mudah-mudahan kita bebas daripada jangkitan..

    ReplyDelete
  6. tak suka laaa swab test huhuh . especially kat hidung tu ya allah rasa senak. tapi husband rileks jaa.. hidung dia besaq ku t heheh

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen yang diberi.
Mya akan blogwalking ke blog anda semula.