Pengalaman Kontak Rapat Positif Covid19 - Lovely Sunshine Pengalaman Kontak Rapat Positif Covid19

Pengalaman Kontak Rapat Positif Covid19

PENGALAMAN KONTAK RAPAK POSITIF COVID19 | Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Mya betul-betul bersalah tinggalkan blog ini tanpa entri yang terbaru. Idea ada tapi untuk mengolah menjadi satu entri itu agak sukar bagi Mya. Hari ini Mya nak kongsi pengalaman Mya sepanjang menjadi kontak rapat positif sebanyak 2 kali.

Pengalaman Kontak Rapat Positif

Pertama kali Mya disahkan sebagai kontak rapat covid19 pada pertengahan bulan 3. Waktu tu memang tak jangka pun yang senior Z sama tempat kerja tak sihat. Sebab satu hari sebelum dia ambil cuti sakit, kitorang have fun dan berborak tak ingat yang sebenarnya kitorang ni kat tempat kerja. 

Bila dah nampak simptom-simptom yang menunjukkan dia demam itu, Mya ingat simptom yang dialaminya adalah common. But salah seorang senior R suspek yang senior Z ini possible positive covid19. Of course, masa tu minda dah tak keruan. Berdebar dengan perasaan "kena swab ke?".

Perasaan berdebar tu makin teruk lebih-lebih lagi bila Mya disahkan sebagai kontak rapat senior Z. Jantung berdegup laju, tangan dah menggigil. Yelah, kalau boleh tak nak lah swab sorang-sorang. Takut sangat-sangat.

PKD Cheras datang sekolah untuk list out kontak rapat dan pekerja yang hadir pada hari terakhir sebelum senior Z bercuti. Semua orang kena swab cuma Mya dan rakan pejabat yang kontak rapat perlu dikuarantin selama beberapa hari ek? Maybe 10 ke 14 hari kot. My memories are getting old. Asyik lupa je.

Alhamdulillah keputusan sebelum dan selepas kuarantin adalah negative. 

Apabila Mya disahkan sebagai kontak rapat untuk kali kedua, terkejut tapi less nervous. Yang ini betul-betul berdekatan dengan Mya sebab satu family satu rumah. Seriously memang terkejut, sebab kitorang; Mya dan adik F actually baru je balik dari kampung. Mya memang totally cuba yang terbaik untuk jaga SOP. 

Mya tak berniat nak salahkan sesiapa. Mungkin kita tak sedar kita ni carrier but tolonglah buat self test kit sebelum travel jauh atau sekadar berjalan-jalan.

My adik disyaki positif pada 22 Oktober 2021, pada hari Jumaat yang lalu. Kitorang satu family guna self test kit pagi tu sebab adik F dah start demam panas dan sakit tekak. Adik F suspek yang RnR T mungkin tempat yang dijangkiti. Sebab dia seorang je yang turun pergi toilet.

You know what, pagi 22 tu Mya dah siap berpakaian untuk pergi kerja dan diberitahu yang adik F positive. Terkejut, gelisah dan dalam masa yang sama gi kerja ke tak? Mya inform big boss dan supervisor berkenaan perkara di atas.

Big boss suruh kuarantin dan comfirmkan keputusan self-test. And Alhamdulillah Mya dan ahli keluarga negative. Lepastu, Mya update keputusan dekat aplikasi MySejatera dan kemaskini status covid19. Melalui aplikasi MySejahtera Mya diwajibkan untuk Home Surveillance Order (HSO) dari 22 Oktober hingga 28 Oktober 2021.

So, these are what really happened to me since I have been quarantined.

22 Oktober 2021
Buat self test kit using saliva. Keputusan negative. Tengahari macam tu, adik F kena pergi PKD Cheras untuk rawatan lanjut. Adik F cakap dia kena admitted masuk MAEPS, Serdang. As a kakak, Mya cuba jaga jarak dan dalam masa yang sama tolong apa yang boleh. Yang paling geram kan, abang M hantar makanan roti dengan biskut. Yang sedap-sedap semua dia ambil. Tinggalkan kita biskut tawar lemak. So, tinggallah Mya sorang-sorang kat rumah ini.

23 Oktober 2021
Badan dah mula terasa panas, dengan selesema nya jangan cakaplah. My ayah suruh Mya minta tolong jiran incase Mya perlukan apa-apa. But seriously I tak suka menyusahkan orang sampailah dah betul-betul teruk. And yup petang tu juga Mya dah start rasa sakit tekak dan cuba cari ubat yang ayah Mya baru beli 2 hari lepas. Tak tahu pulak bila disuruh ambil semua, adik F semua bawa angkut sekali dengan dia. 

Syukur Alhamdulillah dengan rezeki dan hadirkan orang yang bantu Mya seikhlas hati. Dengan makanan yang melimpah ruah serta sedikit ubat untuk Mya bertahan.

24 Oktober 2021
Malam 23 hujan lebat sangat sampai Mya rasa badan panas dan menggigil. Tak boleh tidur sebab sejuk sampaikan Mya had to text my crush at 2am that I am cold. Sorry about this. I am a bit loner got no besties. And he can keep my secrets like they never exists.

Inilah yang akan terjadi bila kita mix 2 bahasa. Pagi 24, Mya panaskan makanan semalam dan makan macam biasa. Tapi sakit tekak. Cek suhu below 37.5. Tapi bagi Mya macam dah demam panas. Rasa penat dan tidak bermaya. Lepas tu Mya tak sedar tidur pukul berapa.

25 Oktober 2021
This is my stupid thinking and regretted it so much. Layan sangat craving tak fikir side effects, ambik kauuu. Terus tak boleh makan makanan solid. Tekak Mya perit sangat dan rasa macam ada luka. Minum air pun terpaksa tahan sakit. Mya masak bubur dan bolehlah makan sikit-sikit.

Benda yang paling teruk berlaku Mya mental breakdown. Mya rasa sunyi sangat, rasa macam diri ini tak berguna. Negative vibes are all over my mind. Menangis teresak-esak. And Mya rasa macam itulah sapa suruh taknak amik lesen, kan dah menyusahkan orang. Dan Mya perlukan someone so much to comfort me.

At the end, Mya yang comfort diri sendiri cakap Allah ada dengan Mya, teman Mya dan lindungi Mya. And yes Mya doa banyak-banyak dan usaha yang terbaik untuk sembuh.

Kenapa tak bagitahu orang? Sebab Mya takut kena reject, Mya takut apa yang Mya luahkan hanya small matters. So, yup. Mya pendam sendiri. Mya cuba bagitahu family yang Mya tak sihat je. Lepastu, I fall asleep.

26 Oktober 2021
Jiran Mya bagi makanan untuk breakfast dan lunch. Tapi Mya tak boleh telan langsung makanan solid. Mya panaskan bubur semalam dan paksa diri makan sampai habis. Dan Mya cuba self-test kit lagi sekali untuk tahu am I positive. Kena tunggu 15 minit untuk final result. Sementara menunggu tu, dah bermacam-macam perkara bermain di minda. Redha dengan keputusan. Siap packing barang in case positive.

15 minit berlalu, dan Alhamdulillah negative. Demam dan selesema recovered slowly. Sakit tekak makin teruk. My emak suruh tengok cermin keadaan my tekak. Actually, tekak I okay tapi disebabkan multiple ulser dekat tekak. Semua benda sakit. Minum air sakit, makan lagilah sakit. I rasa tekak I okay bila I gosok gigi dan hisap ubat lozenges. 

Ada perkara yang kelakar berlaku, salah seorang rakan sekerja telefon. Mya dah nampak nama caller. Tapi tak tahu kenapa Mya tanya ini emak ke? Rasa sebak dan Mya nangis on the spot. I miss my mom.

I kena self test kit lagi sekali 28hb sebelum masuk kerja 29hb. Kuarantin tinggal lagi 2 hari. Selagi I punya tekak tak baik, I tak boleh claim yang I dah sihat.  So itu sahaja diari kuarantin saya.

Jika ada yang tertanya dengan segala makanan yang diberi, saya simpan semuanya dalam peti ais. Tekak dah baik dan makanan masih boleh dimakan, I makan. 

Itu sahaja untuk entri kali ini. Mya mohon doakan Mya dan keluarga cepat sembuh daripada covid19. Dan Mya doakan kita semua dijauhi dari wabak yang melanda. Aamiin.

Terima kasih. <3.

Btw, Mya minta maaf dengan perubahan kata nama secara tiba-tiba. Hehe.

Lots of Love,
Mardhiyyah Rosli

Post a Comment

1 Comments

  1. masa macam ni tak boleh -ve thinking. kena buang jauh-jauh kalau benda yg bukan-bukan duk bermain dalam fikiran. kalau rasa tak tenang, ambil wudhu & solat. jangan layan sangat perasaan tu. akak pun ada experience jadi kontak rapat dengan member ofis yang +ve. member tu kena +ve covid lps dah cucuk vaksin dos ke2. alhamdulillah member tu dah sihat pun sekarang. bila kita dalam situasi skrg ni mmg mcm-mcm duk fikir tambah pula kita jadi kontak rapat kenalan yang +ve. mmg perasaan tu cuak. nak kena buat test. haih. macam-macam hal. jadi fikir yang elok-elok je, moga yang elok-elok saja di sekeliling kita.

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen yang diberi.
Mya akan blogwalking ke blog anda semula.